39

3.1K 431 62
                                        

WARNING !

CHAPT INI TERSUNGGUH SANGATLAH PANJANG. JIKA BOSAN, DIPERSILAKAN UNTUK SKIP

———————————

"Minumlah sikit Taehyung. Sikit je. Ni sedap tau"

Kata Seongwoo, memujuk Taehyung untuk meminum wine yang baru sahaja dituangnya.

"Seongwoo, aku tak minum." Taehyung menolak secara lembut sambil tersenyum.

"Alaa minum laa sikit. Sikit je" pujuk Seongwoo lagi.

"Tak nak.. Jangan paksa aku boleh tak? Kan aku dah cakap aku tak minum!" Agak meninggi suara Taehyung menolak pujukan Seongwoo.

"Tak gentle betul!" Seongwoo menggulingkan matanya. Rasa tercabar pula Taehyung dibuatnya bila dikata tak gentle.

"Okay fine!" gelas yang berisi wine yang berada dihadapannya itu dia ambil dan terus dia teguk. Seongwoo tersenyum sinis.

Setelah habis dia teguk, dia mula memicit-micit kepalanya.

"Tambah lagi.." dia menghulurkan gelasnya tadi.

"Seriously?"

"Cepatlah tambah"

Lalu Seongwoo segera menuang wine ke dalam gelas itu.

Segelas per segelas berjaya Taehyung habiskan tanpa disedari. Pada waktu ini juga, dia mula berjalan terhuyung-hayang, tidak dapat mengawal kestabilan tubuhnya.

"Taehyung, kau dah mabuk ni" kata Seongwoo tetapi Taehyung hanya mampu berdiam.

"Aku hantar kau balik okay?"

Seongwoo mula memapah bahu Taehyung menuju ke arah tempat parkir kereta.

***

"Kau nak aku hantar kau ke rumah kau ke macam mana?"  Soal Seongwoo tetapi lansung tidak dijawab Taehyung. Dalam fikirannya sungguh kosong dan hanya rasa pening yang menguasai diri.

Botol wine yang berada di tangannya terus dia teguk. Dah berapa liter dia meminum air itu.

"Ke kau aku hantar kau ke rumah Yeonha?" Seongwoo tersenyum sinis.

Namun begitu, Taehyung seakan sudah hanyut di lautan.

"Okay rumah Yeonha!"

Seongwoo mengawal stereng keretanya menuju ke arah rumah Yeonha dengan bibirnya yang tidak lekang dari tersenyum sinis.

***

"Dah sampai!" Seongwoo membuka tali pinggang keledar dan kemudiannya keluar dari kereta untuk membuka pintu kepada Taehyung pula.

Selepas itu, bahu Taehyung terus dia papah. Loceng di pintu pagar rumah itu dia tekan. Beberapa saat kemudian, keluarlah seorang gadis yang sudah berpakaian tidur memandangkan sekarang waktu sudah lewat malam.

"Eh Seongwoo, Taehyung? Ada apa datang rumah aku malam malam ni?" soal Yeonha.

"Haa Yeonha, Taehyung ni mabuk teruk. Boleh kau tumpangkan dia kat rumah kau sekejap tak? Aku dah call Haejung suruh ambil dia kejap lagi kat sini" tipu Seongwoo.

Ragu-ragu Yeonha mahu terima ataupun tak.

"Kenapa kau tak hantar dia kat rumah dia saja?"

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang