+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins
❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞
Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik.
- FANFICTION -
A jeon jungku...
"Apa kau buat ni Haejung? Kau ingat kahwin ni main main ke?" Soal Jimin dengan riak wajah yang terkejut.
Maklumlah hari ni Jungkook dah kembali menjadi CEO secara rela paksa di The Jeon's Trading. Pada hari ini juga, Jimin datang melawatnya di rumah. Katanya nak ucap tahniah kepada orang yang baru balik dari honeymoon.
Yeas.. Jungkook pun dah bagitahu tentang ini pada kawan baik dia, Jin, takkanlah Haejung tak boleh bagitahu masalah dia pada Jimin? Lagipun dia percaya yang Jimin tu bukannya pengkhianat macam Yeonha.
"Kahwin je kot. Pape hal cerai. Apa susahnya?"
"Babi kau Haejung!"
"Maaf babi tak de kat sini"
"Tapi kaulah yang babi sekarang!"
"Kalau aku babi, kau pun babi jugak.. Haa kau kan cousin aku sama keturunan atok dan nenek" santai saja ayat Haejung.
"Hahaha kan? Kau babi betina, aku babi jantan HAHAHA sep sikit weyh!" Lalu mereka berdua membuat give-me-five. Sengal juga Jimin ni.
"Ni yang sayang kau ni hahaha!" Sehati sejiwa betul mereka berdua.
"So sekarang kalau dua ekor tenuk tu bercerai, kau dengan Jungkook pun akan bercerai jugalah. Macam tu?" soal Jimin.
"Nampaknya begitulah.."
"Kalau kau jatuh cinta dengan Jungkook macam mana?"
"Kau buat lawak apa ni? Hahaha! Aku takkan sesekali jatuh cinta dengan dialah" Haejung tergelak hambar.
"Kalau Jungkook yang jatuh cinta dekat kau pula macam mana?" soal Jimin lagi.
Haejung terdiam seketika.
Kalau ye macam mana?
Dia cuba merenung kembali segala layanan Jungkook pada waktu terdekat ni. Sangat berbeza dengan masa mula-mula mereka kenal dulu.
"Haha tak mungkinlah. Lagipun layanan dia semua tu adalah fake hope" Haejung buat-buat tergelak.
Dia yakin yang Jungkook buat semua tu dengan hati yang tidak ikhlas. Mana tahu dia juga bagi harapan palsu sepertimana Taehyung lakukan pada dia dahulu.
"Huh suka hati kau lah! Tapi kau jangan pula buat nasib Jungkook sama macam aku. Haa aku ni sampai hari ni tengah broken lagi pasal Lisa nak kahwin dengan jantan lain. Sakit tau dok?" Jawab Jimin dengan sedih.
"Alolololo siannya.. tak pe lah, ramai lagi manusia atas dunia ni yang lebih baik daripada Lisa boleh kau pilih"
"Ouh begitu? Kalau macam tu kenapa kau masih berdendam dengan Taehyung sedangkan kau dah ada suami yang jauh lebih baik daripada dia?" selamba badak saja soalan Jimin.
"Heh! Kau punya Lisa tu cuma nak kahwin dengan orang lain je. Tapi Taehyung tu pengkhianat. Ada hubungan dengan kawan baik aku sendiri sedangkan depan aku kemain lagi baik"
Haejung merengus kasar. Bila teringatkan kembali kisah silamnya, sungguh dia sakit. Sakit yang teramat.
"Okay kay jangan marah. Haa balik pada cerita aku tadi, aku bukannya tak boleh move on tapi aku tak tahu siapa yang boleh jadi pengganti Lisa. Sedih betul hidup aku bukan macam kau. Lepas clash dengan Taehyung, terus kahwin dengan Jungkook"
Jimin mencebik sedih. Bukan boleh buat main dengan Haejung yang keras hati ni.
"Tapi kalau kau nak pengganti yang baru, aku boleh tolong carikan" Haejung menaikkan beberapa kali keningnya.
"Betul eh? Nak nak nak!!!" hamboih eksaited dia!
"Tapi dengan satu syarat" Haejung tersenyum sinis. Terus saja idea jahat datang dalam kepala otaknya.
"Apa dia?"
"Nah" Haejung memberikan Jimin sekeping kertas kecil yang tertulis nombor telefon seseorang.
"Nombor sape ni?" soal Jimin termangu-mangu.
"Taehyung.. aku nak kau tolong aku jahanamkan rumah tangga dia. Sebab Yeonha, bini dia tu macam dah boleh baca taktik aku yang sekarang ni" jawab Haejung.
Terkaku Jimin seketika. Jadi Haejung nak libatkan dia dalam dendamnya?
Eh tak tak tak! Cukuplah dia libatkan Jungkook saja asalkan tak mengancam kehidupannya yang dah cukup bahagia ini.
"Eii taa nak aku! Ambil balik ambil balik" Jimin meletakkan semula kertas tadi di tangan Haejung.
"Aku tak nak masuk campur urusan kau. Aku tak nak jadi pemusnah rumah tangga orang!" Jimin mengeleng beberapa kali.
"Okay kalau kau tak nak. Aku takkan carikan pengganti Lisa untuk kau. Haa broken laa kat situ sampai mati pun" Haejung terus bangun dari duduknya.
"Okay okay fine.. aku setuju!" Jimin mengambil semula kertas yang tertulis nombor telefon Taehyung tadi dari tangan Haejung.
"Bagus.." Haejung tersenyum puas.
***
•
•
•
"Encik! Bukan macam ni caranya!" kata Jiminna yang sudah tepu otaknya mengajar Jungkook. Mahu saja dia gunting rambut Jungkook pakai tempurung kelapa.
Mana taknya! Bila diajar, dia ni pula melekat dengan Ipong miliknya. Entah game apa pulak dia main. Lepas tu mulalah tak reti nak buat itu ini.
"Heh aku yang bos ke hengko yang bos? Cakap baik baik sikit dengan CEO" kata Jungkook pula.
"Tapi encik tu yang tak nak tengok saya ajar. Macam mana saya tak marah?" Jiminna mencebik.
Jungkook terdiam seketika.
"Macam ni lah. Ni projek ni awak buat. Saya nak tidur"
Jungkook bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke arah sofa yang sudah tersedia dalam pejabatnya.
"Eii encik!"
"Nanti saya pujuk appa naikkan gaji awak 10 kali ganda!" terus Jungkook merebahkan diri atas sofa.
Dengar saja pasal gaji, Jiminna terus senyum.
"Okaylah saya akan handle semua projek tu"
Jungkook tersengih sebaik sahaja Jiminna keluar dari pejabatnya. Senang nak pujuk Jiminna. Bagi duit saja terus blah.
Kalaulah nak pujuk hati batu Haejung untuk lupakan semua dendam dia adalah semudah itu? Kan senang.
Tapi tu lah, nak lembutkan hati isterinya tak semudah kicap ABC.
Tiba-tiba Jungkook tersenyum sinis. Sepertinya dia tahu cara untuk memikat Haejung selepas ini.
++++
Nampaknya Haejung semakin menyakai di situ 🌚
Get ready for the next chapt
Our little bunny 💕
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.