"Saya jumpa benda ni dalam bilik omma dan appa" Haejung memegang surat yang dijumpainya pagi tadi."Sekarang saya nak awak cakap dengan saya ini apa?" Haejung menghempaskan kertas tersebut di hadapan muka Jungkook. Terus Jungkook mengambilnya.
Tergamam dia bila melihat surat tersebut adalah surat beranak milik Taehyung.
Name: Kim Taehyung
Father's name: Kim Bum
Mother's name: Jeon Somi"Haejung.. biar kook terangkan"
"Tak payah nak bermanja sangatlah! Guna aku-kau saja!" Haejung menyilangkan tangannya ke dada.
Tiada apa yang perlu dia berdalih lagi kali ini. Apapun, Haejung perlu tahu hal sebenar hari ni juga
"Okay.. sebelum tu aku minta maaf sangat sangat sebab dah banyak tipu kau.."
Haejung hanya terdiam. Hanya mahu dengar apa yang dia nak sampaikan.
"Masa kita kat Sydney dulu. Kau gaduh dengan aku sebab aku jumpa Taehyung di restoran capati. Yes, memang aku tipu kau. Masa tu aku bagitahu kau yang aku sengaja berlagak baik depan dia sebab tak nak bagi dia syak apa apa pasal kita"
Jungkook menarik nafas seketika.
"Then?"
"Sebenarnya waktu tu.. aku dah bagitahu dia yang kau kahwin dengan aku hanya untuk hancurkan rumah tangga dia"
Retak hati Haejung mendengar pengakuannya.
Sungguh sakit hati! Mahu saja dia tampar tampar muka Jungkook. Tak sangka orang yang dia percaya dan dia cintai waktu ini begitu senang menipu dia.
"Lepas tu, SMS hari tu. Aku bagitahu kau yang aku chatting dengan Seokjin.. Tapi sebenarnya aku hantar chat tu pada Taehyung, bukannya Seokjin"
Berkaca terus mata Haejung. Jadi selama ini, dia saja yang bodoh diperdayakan oleh suami sendiri?
"Dan lagi satu, orang yang berada dalam gambar bersama aku dan appa tempoh hari.. orang yang aku cakap dia tak datang masa hari perkahwinan kita, dialah Taehyung, abang tiri aku, sama ibu tetapi lain ayah"
"Apa?" Haejung mengeleng tidak percaya.
"For your information, rumah dan semua harta yang kita tinggal ni adalah milik arwah appa Taehyung, bukan appa aku"
Hatinya seperti kaca terhempas ke lantai. Kenapa Jungkook sanggup buat dia begini?
Ditipu? Ini bukan kali pertama.
"Kenapa awak buat macam ni Jungkook? Awak.. dah tipu saya sejak hari pertama kita jumpa lagi. Kenapa Jungkook kenapa?" kolar baju Jungkook dia goncang dengan kuat.
"Aku minta maaf Haejung. Aku terpaksa"
Semakin laju air matanya mengalir. Geram pun ada, sedih pun ada.
Dulu dia ditipu oleh Taehyung. Tapi sekarang, ditipu oleh adik tirinya pula?
"Tapi Haejung.. aku buat semua ni ada sebab.."
"Sebab apa lagi? Awak nak cakap yang awak berpakat dengan Taehyung untuk hancurkan hati saya lagi sekali? Tak.. Awak tak rasa apa yang saya rasa. Percayakan seorang lelaki seperti percayakan api. Lama-lama kena bakar dengan api tu sendiri"
Matanya memerah menahan marah. Memang tepat prasangka dia selama ini. Tetapi dia saja yang bodoh percayakan Jungkook.
"Bukan macam tu—" terus kata-kata Jungkook dipotong.
"Saya ingat awaklah orang yang terbaik dalam hidup saya. Tapi.. saya salah. Saya selalu salah nilai orang. Dua dua pengkhianat! Dahlah! Mulai hari ni, saya takkan tinggal di rumah dan serumah dengan pengkhianat macam awak lagi"
Terus dia mengambil bagasi dan menuju ke almari. Semua pakaian dia yang berada dalam almari dia sumbatkan ke dalam bagasi.
"Haejung.. dengar dulu.."
"Nak jelaskan apa lagi? Awak nak tipu saya lagi? Saya takkan percaya awak dah"
"Tak.."
"Dengar sini! Im Haejung yang cintakan Jeon Jungkook dulu dah tiada.. sebab dia dah bencikan awak. Ceraikan dia!"
Terus dia menarik bagasi tadi untuk beredar dari situ.
"Haejung! Haejung tolonglah.." Jungkook berlari mendapatkannya.
"Awak nak apa lagi?"
"Jangan pergi.. Aku betul betul minta maaf.. Tolonglah dengar dulu penjelasan aku" rayu Jungkook.
"Saya takkan percayakan manusia macam awak lagi!"
Haejung mengambil tangan Jungkook lalu meletakkan telefon bimbit miliknya.
"Jangan cari saya.."
Bagasi itu dia tarik dan meninggalkan Jungkook.
"Haejung!" jeritnya tetapi lansung tidak menghentikan langkah perempuan itu.
Sungguh dia tak dapat terima ini. Gadis yang amat dia cintai, tinggalkan dia.
Dia terduduk di lantai sambil menyerabutkan rambutnya.
"Haejung.. Tolonglah faham.. Aku cintakan kau.. Aku minta maaf.."
++++
Adakah ff ini semakin membusankan dan hanya membuang masa anda untuk membacanya? Aii need ur comment 😭
Seiya cuba menahan diri daripada menangis 😢😢😢
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fiksi Penggemar+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...