"Kesian kau Jiminna" Jimin meletakkan coolfever pada dahi Jiminna apabila mendapati Jiminna tengah demam sekarang. Ni kes penat sangat siapkan projek kat syarikat Jungkook tu lah.
Jiminna memegang tangannya.
"It's okay oppa, Jiminna nak tidur. Oppa keluarlah dulu"
"Nae" Jimin menyelimutkan Jiminna dengan selimut yang tebal.
Baru sahaja dia tiba ke muka pintu bilik, langkahnya dihentikan tatkala teringatkan pada sesuatu.
Dia memandang ke belakang semula. Kelihatan Jiminna sudahpun tidur.
Telefon Jiminna selamat berada atas meja kecil yang terletak di sebelah katilnya.
Dia mendekati telefon itu dan mengambilnya. Sekeping kertas kecil dikeluarkan dari poket seluar. Kertas itu adalah kertas pemberian Haejung yang ditulis nombor telefon Taehyung.
Betul ke apa yang dia lakukan?
Terus dia bergerak ke ruang tamu bersama telefon Jiminna di tangannya.
Jimin berfikir sejenak.
Patut ke aku buat?
Tapi janjinya dengan Haejung?
***
•
•
•
Taehyung yang kepenatan baru balik dari kerja terus merebahkan diri di sofa.
"Huh penat~"
Yeonha sudah memberitahunya yang dia tiada di rumah petang ini kerana pergi hospital untuk memeriksa kandungannya.
Telefon yang berada di sebelahnya dia ambil.
Beratus-ratus chat masuk melalui Whatsapp seusai saja dia membuka data.
Unknown: Hello Taehyung sayang!
Unknown: you ni mentang mentanglah dah kahwin dah tak ingatkan I
Unknown: Eii benci arr gini!
Taehyung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betina mana pula yang chat aku ni?
Taehyung meletakkan kembali telefon dia tanpa melayan chat itu. Entah orang gila mana yang chat dia di petang hari ni.
Baru sahaja matanya hampir terlelap,
TING!
TING!
TING!
TING!
Berjuta-juta chat masuk.
"Siapa pulak yang chat banyak banyak ni?" rungut Taehyung dan mencapai telefonnya kembali.
Unknown: you kasi I bluetick je?
Unknown: You ingat I ni sampah ke?
Unknown: Takkan you dah tak ingat I?
Unknown: Ni I Jiminna, girlfriend lama you!
Unknown: Sampai hati you tinggalkan I hah Taehyung?
Unknown: I dont care! I akan pastikan you berpisah dengan your wife!
Taehyung mula tak sedap hati. Sejak bila dia ada girlfriend yang bernama Jiminna? Siapa pula perempuan tu? Setahu dia, dia hanya tahu Haejung saja sebelum ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/130417337-288-k556316.jpg)
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
أدب الهواة+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...