N - 09

3.8K 518 85
                                    

Haejung berdiri di beranda seorang diri. Walaupun dah hampir pukul 2 pagi, dia masih tak mahu tidur.

Dalam fikirannya sekarang hanyalah ada pasal siapa yang bagi cincin dan tiket itu.

Kelihatan Jungkook pun sudah lama tertidur.

Angin malam yang sejuk menerpa tubuhnya. Mahu tak beku dia sekarang. Tapi tu lah, selagi tak dapat jawapan selagi tu lah tak dapat tidur.

Dia memandang bawah. Masih ada lagi beberapa buah kereta yang lalu lalang. Orang di sini pukul 2 pun masih belum tidur.

"Tak tidur lagi ke~~" terdengar sayu saja suara yang berbisik di telinganya.

Hati Haejung sudahpun berdebar. Jangan-jangan tu hantu yang hantar tiket dan cincin tu?

"Jangan ganggu aku!" Haejung menjerit. Dalam fikirannya mati mati dia fikir tu hantu.

"Ini akulah, sengal!" badannya dipusingkan ke belakang.

"Jungkook!" terus badan Jungkook dipeluk erat.

"Apa masalah kau senarnya?" Jungkook cuba menolak bahunya agar dilepaskan tetapi dia semakin memeluk Jungkook erat pula adalah.

Jungkook menghela nafas berat.

"Saya takut.."

"Kau nak takut apanya?"

"Takut hantu"

Jungkook menggulingkan matanya. Apsal lah bini aku ni bodoh sangat?

"Jangan nak mengada sangat! Dah masuk tidur. Dah malam ni" kata Jungkook perlahan.

"Tak nak!"

"Kenapa pulak?"

"Nak balik.."

Jungkook meniup rambut depannya pasrah.

"Eh bukan ke kau kan yang beria-ria sangat nak datang sini? Jadi kau jangan menggedik nak balik pulak. Cepat masuk tidur!"

"Tak nak!"

Eii geramnya!

Jungkook terus menolak bahunya dengan agak kuat sehingga pelukkannya terlepas. Kemudian, badan Haejung terus diangkat ala bridal style masuk ke dalam.

"Hey turunkan saya!" Haejung menampar-nampar bahu Jungkook.

***

"Nak pergi Opera House tak?" soal Jungkook sambil tersenyum.

Pes time nampak dia senyum. Omo kyeopta!

"Tak nak!" Haejung memeluk lututnya atas katil.

"Kau ni dah kenapa? Aku tak fahamlah dengan kau. Pasal tiket dan cincin kau tu, lupakan sajalah. Kalau bukan omma yang bagi, manalah tahu appa yang bagi. Ataupun omma kau. Haa ataupun Jiminna tu yang bagi"

Jungkook cuba menenangkan hatinya. Kalau tak, mesti si Haejung ni menjadi gila sorang sorang nanti.

"Appa takkan bagi sebab dia busy dengan omma awak tu. Omma saya dan Jiminna pula, awak ingat diaorang tu kaya sangat ke nak bagi semua ni?" kakinya dilunjurkan.

Jungkook mendengus kasar.

"Dah lah.. Sekarang kau nak ikut aku tak pergi Opera House?" soal Jungkook.

"Tak nak! Lagipun awak tak sweet. Nak record video pun susah" jawab Haejung dengan nada merajuk.

"Kau nak suruh aku buat apa lagi untuk jahnamkan rumah tangga ex kau?"

Kini Jungkook tersenyum sinis. Kakinya dinaikkan ke atas kaki Haejung. Membulat terus mata Haejung melihat tindakan Jungkook yang difikirkan innocent selamani.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now