63 ━ End

4K 417 316
                                    


"Aku tak sangka lah pulak yang company kau dah nak bankrup, Jungkook! Kau buat apa sampai banyak gila duit syarikat rugi ni?" soal Taehyung dengan tegas.

"Ma-maaf.." itu saja yang mampu Jungkook ungkapkan.

Mahu saja Taehyung lempuk muka dia pakai spanner paip biar mampus kejung kat situ.

"Kook... aku bukan nak marah kau ke apa. Kau tu dah besar dan kau kena fikir tentang diri, isteri dan anak kau. Kalau kau bankrup, kau nak bagi diaorang makan apa? Makan pasir? Sampai bila kau nak terus main game macam budak tadika begini? Sampaikan kau tu tak reti apa-apa. Ya memang! Aku pun suka juga main game juga tapi taklah sampai company bankrup!"

Taehyung mengeleng sambil mencekak pinggang. Penat pula membebel.

"Lepas tu... aku nak buat apa lagi?" soal Jungkook dengan wajah comelnya. Ada hati nak pujuk Taehyung!

"Macam ni lah.. Aku dan Jiminna boleh tolong kau. Yang penting sekarang aku nak kau pecat Seokjin dari jadi PA kau dan ambil Jiminna semula. And I'll be your second personal asisstant. Setuju?"

Jungkook terdiam seketika. Bukan dia tidak bersetuju, tapi bagaimana pula dengan Seokjin? Takkan nak buang dia macam tu je? Kesian..

"Pasal Seokjin, aku akan bagi dia sebuah cafe sebagai pampasan memandangkan dia suka memasak" sambung Taehyung seperti sudah tahu apa yang berada di fikiran Jungkook.

Jungkook mengangguk faham.

"Baiklah Kook setuju"

"Tapi sekejap saja aku boleh jadi second PA kau. Lepas company kau pulih, aku kena balik Sydney semula. Kau tahu kan dah lama aku tak balik sana. Lagipun, aku ada buka company sendiri kat Sydney. Sekarang ni pun Tuan Hoseok as CEO aku tu yang jaga" jelas Taehyung.

Jungkook tergamam seketika.

"Kau.. kau hebat, Tae" senyuman bangga dihadiahkan. Bangga dengan pencapaian Taehyung.

"Yes! Sebab aku hidup otak letak di kepala. Bukan macam kau, otak kat lutut! Ingat sikit Kook, aku yang bagi company ni dekat appa kau sebab nak balas jasa dia yang besarkan aku. Sekarang appa kau tu dah tua dan tak larat. Tak lama lagi, kau sendiri yang akan pegang pangkat pengusaha di company ni. Berubahlah, Kook.."

Taehyung tersenyum lalu menepuk bahunya berkali-kali.

Terkebil-kebil mata Jungkook dibuatnya. Tak sangka Taehyung lebih jauh berfikiran matang berbandingnya walaupun mereka cuma berbeza dua tahun saja.

Mungkin kerana Taehyung yang pernah hidup susah dengan kematian bapa kandungnya dahulu sebelum Puan Jeon bertemu dengan Tuan Jeon.

Lain pula dengan Jungkook yang dilahirkan dalam hidup serba kemewahan yang menyebabkan dia malas bekerja dan hanya tahu membuang masa walaupun dia dah tahu yang kemewahan yang dia ada ini adalah asalnya milik arwah appa Taehyung.

Tetapi kerana Jungkook dan Tuan Jeon dianggap sebahagian dari keluarganya, Taehyung sanggup memberikan separuh dari hartanya kepada mereka.

Murah betul hati Taehyung!

***

"Omma dah balik!"

Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka luas.

Maka terpancarlah sinaran wajah Puan Jeon dan Tuan Jeon yang berseri-seri.

"Jeon!!!" Puan Im terus berlari ke arah Puan Jeon.

Maklumlah hari ni boleh dikatakan family day kerana Puan Im, Seokjin, Jimin, Jiminna, Taehyung semuanya berkumpul di rumah agam milik Jungkook ini.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now