Puan Im memperbetulkan selendang putih yang dipakainya. Al-maklumlah hari ini adalah hari yang paling bahagia buatnya. Mentang-mentanglah upacara perkahwinannya dengan Seokjin akan berlangsung tak lama lagi.
Sesekali dia menerjah masuk ke dalam bilik Haejung yang tidak berkunci itu. Memang dari semalam lagi dia datang ke rumah itu bagi menjalankan majlis perkahwinannya dengan Seokjin di Seoul.
Kelihatan anak tunggalnya itu sedang termenung di luar tingkap dengan wajah yang menyimpan seribu satu kedukaan.
Dia mendekati Haejung. Bahunya disentuh.
"Haejung.. sudahlah.. sudahlah tu duduk sedih saja. Kesian cucu omma tu nanti kalau di tahu mummy dia 24 jam nangis saja"
Haejung berpaling tubuh memandangnya. Tangan kedut wanita tua itu dia pegang.
"Omma.. tahniah tau. Tak sangka dalam diam dah ada orang lain yang sayangkan omma. Bila omma dah kahwin dengan Seokjin nanti, omma jaga dia baik baik tau. Haejung tak nak dia jadi macam Jungkook" kata Haejung.
"Kenapa kamu cakap macam ni nak? Sudahlah tu. Mungkin jodoh kamu dengan Jungkook tu tak panjang. Redha je lah. Mana tahu ada orang yang lebih baik dari dia nanti"
"Haha! Omma ni lawaklah. Kalau ye pun, siapalah yang nak kat Haejung ni" dia tergelak kecil.
"Omma nampak budak Jimin tu baik je orangnya. Dia dah banyak tolong kamu"
Banyak banyak manusia atas dunia ni, si Jimin tu jugak yang dia berkenan. Pastu Joonie nak campak mana haa?
Tahulah dia tak tahu yang Jimin sebenarnya suka pada Joonie. Sebelum ni pun, Jimin tu cuma kesiankan Haejung saja bukannya sukakan dia pun.
"Apalah omma ni, Jimin tu dah sukakan orang lain. Dia tu cousin Haejung je pun, mestilah dia nak tolong Haejung" jawabnya sambil tersenyum.
"Tak apalah kalau begitu.. Omma pergi dulu ye? Tak lama dah ni majlis nak berlangsung"
"Okay.. Tahniah omma"
"Gomawo"
Puan Im mula beredar keluar dari bilik itu.
***
Kini semua orang sudah berada di dalam gereja menantikan perkahwinan Im Hobie dengan jejaka muda bernama Kim Seok Jin.
Seokjin kelihatan sungguh berdebar, menunggu ketibaan Puan Im yang masih lagi dalam perjalanan menuju ke sini.
Maklumlah Haejung tidak mengiringi ibunya pada hari ini. Mungkin sangat penat kerana kandungannya yang hampir mencecah 6 bulan itu.
"Mana omma ni?"
Skrin telefonnya dipandang sekilas. Tiada apa-apa notification dari Puan Im.
Dia mula bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke luar gereja untuk menunggu Puan Im di luar pula.
***
"Omma tak siap lagi ke? Semua orang dah tunggu ni" soal Haejung melalui talian.
"Kejap kejap.. Ni haa Jimin ni yang jadi driver. Dia pergi langgar ayam serama pak cik Namjoon driver teksi tu pulak. Ni omma tengah bergaduh dengan pak cik Namjoon laa ni. Dia mintak ganti rugi.. haih!" jawab Puan Im.
"Hmmnn cepat sikitlah. Kesian Seokjin ni dari tadi tunggu omma"
"Okay okay.. omma nak on the way dah ni. Kbye!"
"Bye"
Dia mematikan panggilannya. Dia kembali menunggu Puan Im dan Jimin di luar gereja itu.
Tiba-tiba, ada sebuah kereta mewah berhenti di kawasan yang tidak jauh darinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/130417337-288-k556316.jpg)
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Фанфик+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...