"Kim Taehyung" panggil seorang jururawat.
Taehyung terus bangun dari duduknya dan menuju ke arah meja kaunter untuk mengambil ubat-ubatnya.
Ya! Dia datang ke sini untuk mengambil ubat penenang. Sejak arwah isterinya, Yeonha, meninggal dunia, fikiran dia seakan-akan tidak normal lagi. Ada saja perkara bodoh mahu dia lakukan. Maka sebab itulah dia terpaksa mengambil ubat penenang untuk menenangkan jiwanya.
Tiba-tiba, dia terdengar jeritan seseorang dari arah belakang. Semua orang yang berada di sini juga turut memandang ke arah suara itu.
"Doktor cepat sikit!"
Jimin turut berlari bersama beberapa orang jururawat sambil menolak sebuah katil pesakit menuju ke wad kecemasan.
Pada waktu yang sama juga, Yeri yang turut bertugas pada hari itu berlari ke arah katil tersebut dan menuju ke wad kecemasan.
Tanpa sedar, mereka sebenarnya sudahpun melintasi Taehyung yang masih tercengang di kaunter ubat itu.
Sesekali Taehyung melihat pesakit yang berwajah pucat yang berada di atas katil tadi.
Jungkook?
Tanpa membuang waktu yang lama, terus dia mengejar katil yang mendahuluinya itu sehingga dia berada betul betul di hadapan wad kecemasan.
"Maaf encik berdua sila tunggu di luar" kata Doktor Yeri lalu menutup pintu wad.
Jimin mengusutkan rambutnya. Begitu juga Taehyung yang masih terpinga-pinga masih tidak tahu tentang apa yang berlaku.
"Itu Jeon Jungkook ke?" soal Taehyung kepada Jimin bagi mendapat kepastian.
Jimin mula memandangnya dari atas sampai bawah. Seperti pernah nampak lelaki ni. Tetapi siapa?
Jimin hanya mampu mengangguk perlahan untuk soalan Taehyung tadi.
"Kenapa dengan dia?" soal Taehyung. Kini reaksi wajahnya juga turut bertukar menjadi cemas.
Dia juga turut risaukan Jungkook. Bagaimana kalau Jungkook ada apa-apa?
Memang benar dia bencikan Haejung kerana dendamnya terhadap gadis itu. Tapi tak pula dia membenci Jungkook.
Kerana bagi dia, Jungkook lah yang selalu bersama dengan dia dulu tak kira susah mahupun senang. Selalu menjadi peneman untuk dirinya, sehinggalah dia berkahwin dengan Yeonha pun sebab Jungkook yang nasihatkan dia.
Dia juga sudah menganggap Jungkook seperti adik kandungnya sendiri walaupun berlainan bapa.
"Kau ni siapa nak tahu pasal dia?" soal Jimin pula dengan kerutan di dahi.
"Aku Taehyung, abang tiri dia" sempat dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Jimin tapi hulurannya tidak disambut. Lantas dia menjatuhkan tangannya kembali.
Jimin terdiam seketika sebelum menjawab soalannya tadi,
"Jungkook.. dia ada heart cancer, stage 3"
"Bwoh?" terperanjat Taehyung mendengarnya. Kenapa dia tidak tahu?
Dia mula diselubungi rasa bersalah. Bersalah kerana tidak mengambil berat tentang adiknya sendiri. Sehingga adiknya itu ada penyakit kanser hati pun dia tidak tahu.
"Mesti kau terkejut kan?" soal Jimin dengan sinis. Taehyung hanya terkaku, tidak memberi apa-apa reaksi.
"Bukan kau saja, tapi semua orang tak tahu pasal ni. Aku ni pun baru saja tahu lepas jumpa dia tadi. Lepas dia bagitahu aku tu, dia terus pengsan. Sebab tu lah aku terus bawa dia ke sini" jelas Jimin.
Rasa bersalah semakin kuat menguasainya. Dia mula teringat kembali dimana Jungkook menceraikan Haejung di hadapan matanya sendiri.
Sudahlah lelaki itu sakit, ditambah pula dengan kesalahannya yang menfitnah Haejung sebegitu.
"Kau ni siapa pula?" soal Taehyung.
"Aku.. Park Jimin, sepupu Haejung dan juga abang kepada Jiminna. Kau mesti ingat lagi siapa Jiminna kan?"
Taehyung berdecit.
Memang sakit hati dan dendamnya masih ada untuk Haejung, tapi bila dilihat kepada keadaan Jungkook waktu ini, dia perlu memaafkan Haejung.
"Taehyung.." Jimin memegang bahu Taehyung.
"Aku... minta maaf. Sebenarnya Jiminna tak salah masa tu. Dia tak tahu apa-apa pun pasal chat kau. Semuanya sebab aku. Dan kau pun tahu Haejung macam mana dulu? Ya memang, kami berdua berpakat untuk hancurkan rumah tangga kau dengan Yeonha. Tapi aku lansung tak ada niat untuk bunuh Yeonha. Begitu juga dengan Haejung. Dia dah betul betul menyesal buat Yeonha dan kau macam tu" terang Jimin.
Taehyung mengetap bibir.
Bila diingatkan wajah Yeonha, mahu sahaja dia menangis sekarang. Sakit hati!
Tetapi.. jika dia tidak memaafkan Haejung, bagaimana pula dengan perasaan Jungkook? Sudahlah dia cintakan Haejung tapi isterinya dituduh curang. Tambahan pula dengan Jungkook yang sedang berperang dengan maut.
Tiba-tiba, seorang jururawat keluar dari wad tadi dengan wajah yang serius.
"Doktor mahu berjumpa dengan encik berdua"
***
"Penurut pemeriksaan ke atas Encik Jungkook, dia perlukan penderma hati untuk sembuhkan dia sebelum kanser dia mencapai stage 4"
Kata Dr. Yeri merangkap doktor peribadi Jungkook sebelum ni dengan sungguh professional.
"Tetapi sekarang, pihak hospital pun kadang-kadang dah berputus asa mencari penderma organ sebab.. kebanyakannya ramai orang yang takut sekiranya mereka menanggung risiko"
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
"Mengikut fakta, hati masih dapat tumbuh semula jika didermakan kepada orang lain. Cuma mungkin bergantung pada nasib samaada akan menanggung risiko ataupun tidak" jelas Dr. Yeri lagi.
"Kalau macam tu, biar saya saja yang dermakan hati untuk Jungkook" kata Taehyung dengan spontan membuatkan Jimin terkejut.
"Taehyung.. kau—"
"Aku anggap Jungkook dah macam adik kandung aku sendiri, Jimin. Aku sayangkan dia" Taehyung tersenyum kelat.
"Awak pasti dengan keputusan awak, Encik Taehyung?" soal Dr. Yeri.
"Ya saya pasti"
"Tapi doktor.. Penderma hati akan mati ke?" soal Jimin dengan lancar tanpa berlapis. Laser sungguh mulut dia!
Dr. Yeri tersenyum.
"Penderma hati mungkin tidak akan menempah maut. Cuma ianya bergantung kepada nasib baik ataupun buruk dalam menanggung risiko semasa dia lepas dia menderma nanti"
Jimin mengangguk perlahan tanda faham.
"It's okay, doktor. Saya rela dermakan hati saya untuk Jungkook" celah Taehyung.
"Baiklah kalau begitu.. Kami perlu periksa hati encik terlebih dahulu untuk mengesahkan samaada hati encik sesuai atapun tidak untuk Encik Jungkook"
++++
Anda pasti Taehyung yang akan dermakan hati untuk Jungkook? 🌚
Atau Jungkook mati? 🌚
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfic+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...