59

3.3K 426 166
                                    


Muzik muzik di kelab ini kedengaran sungguh kuat membuatkan Taehyung hampir pekak. Ya! Dia datang sini bukannya nak enjoy pun cuma mahu mengimbas kembali bahawa inilah tempat yang paling sial untuk dirinya sehingga dia terperangkap dalam perangkap Seongwoo dahulu.

"Nah kau punya coke" seorang pelayan lelaki meletakkan coke di atas meja Taehyung.

Tanpa berfikir apa-apa, dia terus meneguk air coke itu dengan rakus sekali.

Tiba-tiba, matanya tertangkap pada dua figura. Dimana seorang lelaki mendukung seorang perempuan yang sudahpun tidak menyedarkan diri, menuju ke tingkat atas.

Apa dia buat tu?

Taehyung terus berlari ke arah mereka berdua.

"Kau nak bawa dia ke mana?" soal Taehyung seusai tiba di situ.

"Kau pehal nak tahu?" soal lelaki itu balik dengan muka tidak puas hati. Bila terlihat wajah perempuan yang didukungnya itu, macam dia pernah nampak.

"Kau jangan nak buat macam macam dengan dia!"

Waktu dimana dia terperangkap dengan Yeonha dulu terimbas kembali. Jadi sekarang, dia tidak mahu perempuan dihadapannya ini turut mendapat nasib yang sama seperti arwah isterinya dahulu.

"Kau ni siapa nak halang aku ha?" dia meletakkan perempuan itu di sofa lalu mengangkat wajah berdepan dengan Taehyung.

"Aku ni.. bakal suami dia" kata Taehyung tanpa teragak-agak walaupun dia tidak mengenali perempuan tadi.

Lelaki itu tersenyum sinis. Sesekali tangannya diangkat untuk menumbuk muka Taehyung tetapi Taehyung sempat menumbuknya terdahulu.

Lelaki itu rebah ke lantai. Dia terus menyentuh bibirnya dan.. Darah?

Baru saja dia ingin bangun, Taehyung terus menumbuknya lagi sehingga dia pengsan dan terkejung di situ.

Perempuan tadi terus Taehyung bawa keluar dari kelab itu memandangkan tempat ini sah tidak selamat lagi untuknya.

***

Perempuan itu diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu sebelum Taehyung bergerak pula ke arah tempatnya iaitu di tempat pemandu.

Setelah pintu keretanya ditutup rapat, dia kembali melihat wajah perempuan itu.

Punyalah dia imbas fikirannya untuk mengingati perempuan ini, dan akhirnya,

"Jiminna?"

Ini bukan ke adik Jimin? Yang telah diperalat oleh abangnya sendiri untuk meruntuhkan rumah tangganya dulu.

Itu pun sebab dia pernah tengok dp Jiminna ni dalam whatsapp dulu.

"Tak sangka dunia ni kecik sangat"

***

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Semua orang kecuali Jiminna berada di hospital menanti keputusan Jungkook. Maklumlah Jiminna tidak sihat pada hari ni sebab tu lah dia tak datang.

"Encik, sila turunkan tandatangan di sini" Dr. Kim memberikan Jungkook sehelai dokumen. Dokumen dimana dia perlu bersetuju untuk menamatkan riwayat Haejung.

Pen di tangannya dia genggam erat. Air matanya juga turut mengalir dengan deras. Sungguh dia tidak sanggup.

Dia memalingkan tubuhnya ke belakang pula untuk melihat wajah ahli keluarga Haejung yang lain.

Puan Im sudahpun menangis teresak-esak di bahu Seokjin.

"Hobie.. janganlah macam ni. Kita kena doakan yang terbaik untuk Haejung" pujuk Seokjin.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now