Taehyung membuka laptop miliknya. Kemudian, dia menuju ke youtube.
Di muka hadapan 'home' lagi dah terpampang video Haejung bersama Jungkook. Lantas jarinya mengawal mouse dan menekan pada video tersebut.
theJEONhaejung uploaded video:
Honeymoon in Sydney
- 4 hours agoTerpapar video Haejung bersama Jungkook yang sedang menikmati hari-hari indah di sini.
Sedih?
Kecewa?
Ya sangat sedih, kecewa, terluka, berdarah, sakit otak, sakit jiwa raga, sakit jantung dan sakit segala-galanya.
Haejung mungkin dah bahagia dengan orang yang jauh lebih baik darinya.
Sebenarnya hati dia masih lagi untuk Haejung. Pernikahan dia dengan Yeonha semua ini adalah terpaksa. Dalam hatinya, nama Yeonha lansung tiada. Yang cuma ada hanyalah Haejung.
Selamani dia berpura-pura baik dengan Yeonha dan bencikan Haejung adalah bersebab. Begitu juga dengan perkahwinannya dengan Yeonha sehingga dia terpaksa tinggalkan Haejung.
Antara sebabnya adalah,
"Oppa, saya dah pergi scan baby kita tadi. Doktor cakap baby kita sihat walafiat" kata Yeonha yang baru tiba di rumah.
Lantas laptop tadi ditutup. Mati dia kalau Yeonha nampak.
"Ouh ye ke?" Taehyung tersenyum lalu Yeonha seraya duduk disebelahnya.
"Agaknya kita dapat baby boy ke baby girl ye?" seloroh Yeonha.
"Tak kesah asalkan nasib dia tak sama dengan oppa" kata Taehyung.
"Maksud oppa?"
"Tak de pape.."
"Oppa tak suka ke kahwin dengan saya?" soal Yeonha dengan dingin.
"Mana adalah! Mestilah oppa bahagia kita kahwin. Lagipun sayang kan dah pregnant" kata Taehyung dengan ragu-ragu.
"Betul ni?"
"Ye.. betul"
***
•
•
•
"Jangan buka mata lagi!" Haejung menarik tangan Jungkook ke suatu tempat dengan keadaan mata Jungkook diikat dengan sehelai kain.
"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" soal Jungkook yang dah macam orang buta. Sudahlah diikat dengan kain, hari pun sudah malam, memang sah lah buta.
"Tengok sajalah!"
Akhirnya mereka berhenti di suatu tempat.
"Okay dah sampai!" Haejung membuka ikatan pada mata Jungkook.
Jungkook terpegun melihat Opera House yang bercahaya dengan bunga bunga api yang tak henti henti menghiasi.
Haejung buat kejutan untuknya?
Malu pula rasa bila si isteri yang membuat kejutan untuk si suami sedangkan suaminya itu masih lagi berjiwang dengan ps4 yang dah hancur tempoh hari.
"Haejung.. kau--" belum sempat dia bercakap, Haejung sudahpun mengeluarkan monopod miliknya.
"Say cheese!" kata Haejung sambil mengangkat peace.
Jungkook pula yang sudah mengecapi kebahagian, cuba senyum dengan seikhlas hati. Beberapa keping gambar diambil.
"Thanks for your cooperation!" ucap Haejung. Jungkook mengerutkan kening. Hairan.
Apa yang dimaksudkannya?
Jari Haejung ligat menekan-nekan skrin telefon untuk upload gambar-gambar tadi.
Wajah Jungkook yang berseri-seri tadi hilang dengan sekelip mata.
Kejutan yang dia dapat bukannya ikhlas dari hati Haejung. Semuanya sudah dia rancang.
Dia memang sengaja bagi orang fake hope ke apa?
"Haa nak pergi mana pula lepas ni?" soal Haejung.
"Balik.. Aku nak tidur" kata Jungkook. Sungguh dia kecewa. Haejung ni memang tak pernah faham perasaan dia.
"Alah! Tak kan satu tempat ni je?" Haejung mencebik.
"Dah lah aku nak balik. Kalau kau nak pergi sangat, haa pergilah sorang sorang" seraya Jungkook berjalan meninggalkan dia.
Memang sebelum mereka berkahwin, dia dah janji akan tolong Haejung untuk balas dendamnya. Tapi sekarang.. semuanya rasa lain. Juga dia takut. Bukannya apa, takut kalau kalau suatu hari nanti dendam Haejung tu memakan dirinya sendiri.
Lagipun dia kenal sangat dengan Taehyung. Bukan kenal sebagai kawan saja, tapi lebih daripada tu.
Taehyung tak salah dalam hal sebenar tapi Haejung saja yang berburuk sangka. Perkahwinannya dengan Yeonha juga adalah bukan kehendaknya. Semuanya ada sebab.
Bukan Jungkook tak mahu berterus terang pada Haejung tapi dia takut benda lain pula yang terjadi. Maka sebab itulah dia sanggup menjadikan Haejung sebagai isterinya.
++++
Apakah sebab yang lebih terperinci yang membuatkan Taehyung dengan Yeonha kahwin?
Aii harap u semua tak jemu baca cerita karut haku ni. And aii hope u semua tak maki maki Haejung sebab bagi fake hope dekat jeon HAHAHA ! *gelak dengan puan jeon*
Terimalah cinta dari Kookie dengan seikhlas hati ♥
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfic+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...