"Encik Jungkook, hari ni ada meeting" kata Jiminna yang baru sahaja memasuki pejabat Jungkook.
"Pukul berapa?" soalnya.
"Sekarang"
Jungkook memandang jam Rolex yang dipakai di tangannya. Tepat pukul 12 tengah hari.
"Awak tolong handlekan boleh? Saya kena balik sekarang ni, ada hal sikit" tipu Jungkook.
Padahal dia memang dari pagi lagi dah plan nak balik tengah hari ni.
Sebab?
Pertama, malas kerja lama lama.
Kedua, sebab dia rindukan Haejung sangat sangat.
Ketiga, sila ulang yang pertama dan kedua. Sekian.
"Hmm baiklaa.." jawab Jiminna sambil mengeluh. Macamlah dia tak kenal dengan perangai Jungkook macam mana. Ada saja yang membuatkan dia tak nak masuk kerja.
Nasib baiklah syarikat ni mempunyai pekerja yang baik lagikan berdedikasi macam Jiminna.
Nak harapkan CEO dia? Bankrup lah syarikat ni nanti. Sekarang ni pun dah macam Jiminna yang pegang jawatan CEO. Semua kerja dia yang buat. Jungkook? Goyang kaki dan main game saja dia tahu.
***
Jungkook memandu kereta Porsche GT3 miliknya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Bahagia sungguh.
Entah kenapa dia rasa bahagia sangat untuk berjumpa dengan isterinya pada hari ini biarpun dah hari hari dia tengok muka Haejung.
Akhirnya, dia tiba di hadapan rumahnya. Kelihatan sebuah kereta familiar yang berada di perkarangan rumah itu menimbulkan tanda tanya dalam fikirannya.
"Ni bukan kereta Taehyung hyung?" dia menjegilkan mata.
Setelah siap memarkir kereta, dia terus berjalan masuk ke dalam rumahnya. Perasaan ingin tahu semakin membuak. Apa yang Taehyung buat di rumah itu semasa dia tiada?
Apabila tiba di dalam rumah, suasana kelihatan sunyi sepi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tetapi itu belum memuaskan hatinya. Dia mengorak langkah menuju ke biliknya pula.
Apabila tiba dihadapan pintu bilik, tombol pintu itu dipulas perlahan. Tapi sayangnya, ianya berkunci.
"Kunci?" hairan pula Jungkook.
Biasanya Haejung tidak pernah mengunci pintu biliknya. Tapi kenapa—?
Tombol pintu bilik itu dipulas lagi tetapi tetap tidak berjaya.
"Haejung!" panggilnya dari luar tetapi tiada apa-apa sahutan.
"Haejung! Kau ada kat dalam ke?"
"..."
Dengan berbekalkan seluruh tenaga yang ada, dia mula memecahkan pintu itu.
KEDEGANG!
Jungkook yang tadinya bahagia, perlahan-lahan menjadi tawar. Sungguh tidak dijangka apabila melihat isteri yang amat dia cintai kini berada sekatil dengan abang tirinya sendiri.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfic+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...