M - 14

3.8K 484 49
                                        

Haejung's POV

Kelihatan Jungkook sedang bermain dengan telefonnya atas katil sebelah aku. Ye lah nak main ps4 pun ps4 dah hancur. Padan muka!

"Jungkook nanti petang ni kita nak pergi mana pulak?"

Aku memeluk lengannya. Okay aku tahu aku gedik !

Dia perlahan-lahan melepaskan tangan aku.

"Tak de pergi mana mana. Tidur je" dia meletakkan telefonnya di meja kecil dan berbaring untuk tidur.

"Alaaa..." aku merungut.

Telefon aku yang sudah lama berada di tangan, aku lihat. Gambar-gambar yang berjaya aku ambil sebelum ni, aku upload dalam ig. Ada juga aku edit jadi video dan upload dekat youtube.

Aku tahu kau akan tengok, Taehyung. Hestek mohonjeles ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Tiba-tiba, tangan aku terus ditarik Jungkook membuatkan aku terbaring di sebelahnya.

Wajah Jungkook yang menghadap dengan aku, aku pandang. Kelihatan wajahnya agak serious.

"Kau nak teruskan lagi ke rancangan kau tu?" soalnya dengan lembut.

Aku tersenyum.

"Bukan ke itu ke plan kita sebelum ni?" soalku balik.

"Macam mana kalau kau jatuh cinta dengan aku nanti?" soalnya lagi.

Aku menyerabutkan rambut coconut dia.

"Takkanlah! Sebab kita kahwin ada tujuan kan?"

Dia memegang pergelangan tangan aku yang menyerabutkan rambutnya.

"Dah tidur.."

Tangannya kini memeluk pinggang aku pula. Wajah dia kini betul betul dekat dengan aku sekarang. Eii ingat sweet ke?

Beberapa minit kemudian, terdengarlah dengkuran halus daripadanya yang menandakan dia sudahpun tidur disebelah aku. Aku tersenyum memandang dia. Cepat betul dia tidur.

End of Haejung's POV

Taehyung memerhati setiap gambar yang dipost oleh Haejung di instagram.

Sakit hati, cemburu?

Ya masih kuat terasa!

"Oppa buat apa tu?" kelihatan Yeonha yang baru saja keluar dari bilik.

Belum sempat Taehyung menutup laptop yang digunanya sekarang, Yeonha sudah ternampak gambar-gambar Haejung bersama Jungkook.

"Oppa masih sayangkan Haejung ke?" kening Yeonha bertaut. Marah pun ada, sedih pun ada, nak nangis pun ada.

"Tak Yeonha.. Oppa sebenarnya cuma nak tengok dia bahagia dengan pilihan dia saja" Taehyung cuba menenangkan Yeonha.

Tahu sangat emosi gadis itu tak stabil sekarang kerana mengandung. Jadi dia perlu mengambil berat terhadapnya lagi lagi bayi dalam kandungannya itu.

"Oppa janji dengan saya yang oppa akan setia dengan saya.." kata Yeonha sambil mengangkat jari kelingking dia.

Taehyung tersenyum.

"Takkanlah oppa nak tinggalkan isteri yang sedang mengandungkan anak kandung oppa ni" tubuh Yeonha dipeluk erat.

***



[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang