Jungkook's pov
"Haejung! Buka pintu ni!" jerit aku dari luar bila Haejung disahkan menghidap penyakit kanser merajuk stage 10.
"Tak nak!" jeritnya pula dari dalam.
Aku cuba memulas tombol pintu tetapi berkunci pula. Aishh kuat betul dia ni merajuk!
"Okay fine! Aku minta maaf sebab keluar dengan makcik Yoonji tadi. Sumpah aku tak dating pun dengan dia, aku cuma teman dia pergi beli nasi berlauk depan klinik 1Korea tu je" jelas aku.
"Awak tipu!"
"Ini betul betul bukan cobaan!"
"Awak ingat saya tak nampak awak bersweet sampai makan ais krim dengan makcik Yoonji tadi?"
Aku jatuh terjelopok ke lantai dengan keadaan wajahku yang melekat di daun pintu.
"Haejung oii bukalah pintu ni.. Kalau ye pun, takkanlah aku nak ngorat makcik Yoonji yang tua bangka tu"
Aku sudahpun buat muka mimik menangis.
"Eleh.. Seokjin tu boleh je tergilakan omma saya?"
Aku mengusutkan rambut. Teruk betul bini aku ni merajuk. Jeles dengan makcik Yoonji punya pasal.
"Kenapa ni, Kook?" tiba-tiba aku disapa seseorang dari belakang.
"Makcik Yoonji! Haejung merajuk dengan Kook!" aku memeluk kaki makcik Yoonji.
Ya memang, aku memang manja dengan makcik Yoonji sejak kecil lagi berbanding omma dan appa.
Takkan korang tak tahu Jeon Somi yang diva dengan Jeon Bieskook yang ketat berketak-ketak tu macam mana?
"Alahai.. Tak mo lah nanges nanges.. Haejung tak nak buka pintu eh?" soal makcik Yoonji.
Aku mengangguk dengan muka sedih.
"Alaa ni haa kunci pendua bilik kamu. Makcik pegang sebab pagi tadi nak kemas bilik ni"
Makcik Yoonji menghulurkan aku segugus kunci yang sememangnya itu kunci bilik aku.
Saya cinta kamu makcik Yoonji anak Yoongi!
"Terima kasih, makcik Yoonji!" aku tersenyum kelat.
"Dah pergi sana pujuk isteri kamu. Kan malam ni kamu kena tidur di kandang kuda kan.. " ujar makcik Yoonji.
"Arraso.." terus aku bangun dari terdampar di lantai.
Kunci tadi dimasukkan ke dalam tombol pintu dan dipulas-pulas hingga terbuka. Maka, dengan langkah kanan aku memasuki bilik tidur ini.
Pintu ditutup semula sebaik sahaja aku berada di dalam.
Kelihatan Haejung sedang duduk di penjuru katil sambil menyilangkan tangan ke dada.
Sempat dia menggulingkan mata.
Hamboii tiru style aku laa tu!
ANDA SEDANG MEMBACA
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfiction+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...
![[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/130417337-64-k556316.jpg)