Sudah tiga hari mereka berdua tiba di rumah mereka. Haejung mencapai telefonnya yang berada di atas meja kecil. Aplikasi instagram ditekan.
Sesekali dia menyinggah profile milik Yeonha dan Taehyung untuk melihat apa-apa update yang baru dari mereka.
Namun, tiada baru pun. Yang paling terbaru pun ialah bertarikh sebulan yang lepas.
Pelik ! Bukankah Taehyung atau Yeonha aka selalu update gambar mereka berdua?
Dia juga sudah menghantar dm kepada Yeonha semalam untuk meminta maaf, namun tiada pula jawapannya. Biasanya dia akan balas walaupun mereka bermusuhan.
Takkan mereka berdua dah betul betul bercerai kerana dia?
Dia termenung seketika. Nasib baiklah dia dan Jungkook sudahpun menempah tiket penerbangan ke Sydney pada minggu hadapan.
"Sayang, ni haa malam ni Jiminna buat birthday party kat rumah dia. Nak ikut tak?" soal Jungkook seraya melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Ouh hari ni birthday Jiminna eh? Mestilah nak ikut"
"Okay jom teman aku pergi beli hadiah"
Haejung terus mengangguk beberapa kali tanda setuju. Bab ni memang dia pro.
***
•
•
•
Taehyung memberhentikan kereta yang dipandunya sewaktu lampu isyarat bertukar kepada warna merah. Pada waktu yang sama, dia juga melentokkan kepala di stereng kereta sambil terkenangkan kisahnya bersama Yeonha dahulu.
Sedih.. kenapa dugaan seberat ini dia yang perlu hadapi? Kenapa nasibnya selalu malang?
Sudahlah dia dari kecil lagi kehilangan kasih sayang seorang bapa. Selain itu, terjerat dalam perangkap Seongwoo pula.
Dan sekarang? Isteri dan anak yang bakal melihat dunia itu juga turut pergi meninggalkannya dia. Kasihan dia.
"Hikss.."
Dia mula menangis teresak-esak. Adakah dia memang ditakdirkan untuk tidak hidup bahagia?
PIN! PIN!
Terhinjut dia bila mendengar bunyi hon dari kereta-kereta yang berada di belakang, memberi isyarat supaya dia bergerak apabila lampu isyarat sudahpun bertukar warna hijau.
Tanpa berlengah lagi, Taehyung mula menggerakkan kenderaannya kembali menuju ke destinasi.
***
Sejambak bunga diletakkan di atas pusara arwah isterinya. Jarinya juga tak lepas dari mengesat air mata yang kian mengalir.
Kematian arwah Yeonha dan anaknya itu lansung tidak dia sebarkan. Dia sengaja tidak menyebarkan berita ini kerana tak mahu seorang pun ahli keluarganya yang tahu. Ini kerana untuk memudahkan kerjanya.
Kerja apakah itu?
"Yeonha.. Oppa minta maaf sebab tak dapat jaga sayang dan anak kita dengan baik. Tapi oppa janji.. oppa akan balas dendam kepada orang yang menyebabkan kematian ini"
Taehyung mengetap bibir. Air matanya tak henti mengalir. Sesekali anak matanya beralih pada kubur arwah anaknya yang ditanam bersebelahan dengan arwah Yeonha pula. Terus dia mendekati kubur itu.
"Anak daddy ni mesti comel kan?" Taehyung tersenyum kelat.
"Maafkan daddy sebab tak mampu kenalkan anak daddy kepada dunia. Daddy.. bersalah"
ANDA SEDANG MEMBACA
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfic+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...
![[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/130417337-64-k556316.jpg)