"Oppa! Haejung unnie lari lah" kata Jiminna seusai sahaja dia pulang dari tempat kerja."Bwohh? Lari?" soal Jimin acah terkejut.
"Ha'ah.. Kesian Encik Jungkook tu. Nak gila dia tadi tau dok?" jelas Jiminna. Sesungguhnya dia betul betul kesian dengan Jungkook yang dah separuh gila teringatkan isterinya petang tadi.
"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Jimin lagi. Pandai betul Jimin ni berlakon.
"Entahlah. Encik Jungkook minta Jiminna tolong carikan juga Haejung unnie. Dengar ceritalah malam ni dia nak ke rumah Puan Im. Manalah tahu Haejung unnie ada kat situ" jelas Jiminna.
"Hah?" terkejut Jimin dibuatnya.
"Kenapa oppa tiba-tiba terkejut macam tu sekali?" soal Jiminna kehairanan.
"Eh tak adalah.. Ni ha lipas ni!" Jimin mengambil selipar tandas yang dipakainya lalu memukul lipas hayalan yang berada di kakinya.
Semakin bangang pula Jiminna dibuatnya. Mana pulak adanya lipas?
"Ermnn.. Kalau macam tu, Jiminna naik ke atas dulu lah ye?" Jiminna meminta diri dan meninggalkan Jimin. Kan tak pepasal dia pula yang jadi gila sebab Jimin.
Jimin menarik nafas panjang kemudian menghembusnya.
"Huh! Haejung kena tahu pasal ni sebelum Jungkook datang rumah dia!"
***
•
•
•
"Bwohh? Dia tahu aku kat sini?" terkejut Haejung bila mendapat tahu tentang berita tadi melalui Jimin menggunakan talian telefon.
"Entahlah.. Ye laa kot. Lagipun kau ni yang cliche sangat terikut dengan drama melayu. Merajuk sikit balik rumah mak. Cuba kau lari tempat jauh sikit. Susahlah nanti dia nak cari kau" kata Jimin.
Ye tak ye jugak. Haejung berfikir sejenak. Tak hairanlah kalau Jungkook tahu kalau dia berada di rumah Puan Im sekarang.
"So aku kena pergi laa ni?—"
Tiba-tiba, Puan Im yang baru turun dari tangga pula menyampuk,
"Kau nak lari mana pula haa Haejung?"
Terperanjat Haejung seketika setelah melihat kehadiran Puan Im.
"Eh omma.."
Terus dia mematikan panggilannya bersama Jimin tadi.
"Ermm Haejung.. Ermm" ragu-ragu dia ingin menjawab soalan Puan Im.
"Ermm apa ermm? Kau nak lari dari Jungkook lagi ke? Ingat sikit Haejung oii... dia tu suami kamu. Dulu kau sendiri yang terhegeh minta restu dari omma nak kahwin dengan budak Jungkook tu. Dah skarang? Kau sendiri pula yang nak lari dari dia. Kau ni tuntut ilmu cara apa?" Puan Im mencekak pinggang. Maghoh ni maghoh!
Haejung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya, dia malas nak bertengkar dengan omma dia. Bukan apa Puan Im ni, semakin dilayan, semakin menjadi-jadi pula.
"Maaf omma, Haejung kena pergi sekarang juga. Haejung nak cepat ni" kata Haejung lalu terus dia berlari menuju ke biliknya untuk mengemas bagasi.
Puan Im mengeleng berkali-kali.
"Budak Haejung ni! Aku panggang buat itik panggang juga kan! Sedaplaa juga boleh makan"
Puan Im mengasah penumbuknya. Tunggu masa je Haejung ni. Tak lama lagi boleh laa tu dijadikan makanan untuk dirinya. Degil tak habis habis. Nasib baik Jungkook tu jenis yang tabah kalau tak, dah lama kena cerai.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfiction+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...