+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins
❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞
Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik.
- FANFICTION -
A jeon jungku...
"Seokjin.. Eh uncle Seokjin.. Eh pak cik Seokjin.. Eh kau tua tiga tahun je dari aku.. Eh aku nak panggil kau apa eh eh eh?!"
Jimin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Seokjin tergelak.
"Haha! Kau ni lawaklah Jimin. Kita ni kat pejabat. Untuk jadi lebih profesional, lebih baik kau panggil aku Encik Seokjin"
Seokjin memperbetulkan kot yang dipakainya. Maklumlah hari ni dia dah kembali bekerja sebagai PA untuk Jeon Jungkook.
"Ouh Encik Seokjin eh.. Hehehe" Jimin tersengih.
"It's okay.."
"Encik Jungkook ada kat dalam tak? Boleh saya masuk?"
Jimin juga turut bercakap dengan gaya professional. Maklumlah dia juga kini sudahpun menjadi usahawan terbesar syarikat Durian Crepe yang baru dibukanya pada bulan lepas.
Dia dah kaya okay?
"Ada.. tapi buat apa Encik Jimin nak jumpa dia?"
"Saya ada hal sikit"
"Hal pejabat ke hal rumah?"
Banyak soal pulak Seokjin ni.
"Hal rumah.." jujurnya. Malas nak menipu nanti Seokjin ni tanya macam macam pula.
"Pasal Yeonha? Jimin, aku dah nasihat dia dah pun.. Tapi dia macam tu je.. Dia tak kisah lansung" jawab Seokjin dengan selamba. Hilang terus sikap professionalnya tadi.
"Aku tahu.. Tapi boleh tak kalau aku masuk dulu? Ada benda penting aku nak bincang dengan dia"
Seokjin mengangguk perlahan.
"Yes you can.. Tapi jangan sampai buat dia marah. Penat aku nak kena kemaskan meja dia nanti" kata Seokjin.
"Okay pak cik!" Jimin menepuk bahu Seokjin berkali-kali sebelum masuk ke dalam bilik Jungkook.
"Pak cik?" Seokjin menunjukkan jarinya ke arah dirinya sendiri. Tua sangat ke dia?
***
"Macam mana kau boleh masuk bilik aku?" soal Jungkook dengan wajah yang ketat persis seperti Tuan Jeon.
"Dah bilik kau ada pintu, bolehlah aku masuk. Lainlah kalau kau buang pintu tu"
Jungkook berdecit.
"Jungkook.. Aku bukannya nak buat hal nak bagi kau marah ke apa, tapi aku cuma nak tanya. Kau tak menyesal ke tinggalkan Haejung?"
Soalan Jimin ini membuatkan dia hampir menakung air matanya.
Sejujurnya, dia tidak sanggup meninggalkan Haejung. Dia buat semua ini pun sebab terpaksa.
"Haejung tu merana kat rumah tunggu kau. Setiap hari dia menangis sebab kau. Aku dah nasihatkan dia tapi.. itulah. Hati dia memang tak boleh move on. Sebab dia cintakan kau sangat sangat. Tapi.. kau pula buat dia macam ni. Sudahlah tinggalkan dia masa mengandung, tak mengaku anak, tak hiraukan keadaan dia, lepas tu kau ada perempua lain pula" jelas Jimin satu persatu.
Jungkook memejam matanya rapat. Sesekali rasa seperti mahu mengalirkan air mata.
"Setiap hari dia merungut nama kau. Sampailah dia dah beranakkan anak kau pun, dia tanya kau lagi. Lagi satu, anak kau perempuan. Namanya Jeon Yeonha. Mungkin sebab Haejung rindukan arwah Yeonha dia bagi anaknya dengan nama yang sama" sambung Jimin lagi.
"Yeonha meninggal?" soal Jungkook dengan agak terkejut.
"Kau tak tahu lagi ke?" Jungkook mengeleng.
Lalu Jimin mula membuka cerita yang sebenar. Dia tidak mahu berahsia lagi. Kalau ye pun, sampai bila dia nak berahsia tentang kematian Jung Yeonha?
"Faham?" soal Jimin.
Jungkook mengangguk perlahan kemudiannya memejamkan mata kembali. Air matanya juga mula bertakung.
"Aku minta maaf. Sebenarnya dah lama aku agak yang Haejung tak salah pada hari tu"
"Lepas tu?" Jimin menepuk dahi.
"Aku tinggalkan Haejung bukan sebab aku bencikan dia. Tapi aku sayangkan dia.."
"Apa maksud kau?" semakin hairan pula Jimin dibuatnya.
Kalau bukan kerana dia bencikan Haejung, kenapa dia tinggalkan wanita itu yang sedang sedang sarat mengandung seorang diri tanpa dia?
"Aku.. aku sakit. Kanser hati stage 3"
Jimin tergamam, terkaku, tersentak. Betul ke apa yang dia dengar?
"Aku tinggalkan dia sebab aku tak nak dia sedih bila aku tak ada nanti. Aku dah tak ada harapan untuk hidup lagi. Sebab tu lah aku cuba jauhkan diri dari dia. Dan perempuan yang dia jumpa hari tu, dia doktor Yeri, kawan sekolah aku dulu dan juga doktor peribadi aku" sambungnya.
"Jungkook kau—" belum sempat Jimin menghabiskan kata-katanya, Jungkook terus mencantas.
"Aku ingat bila dia jumpa aku dengan Yeri hari tu, dia akan bencikan aku. Tapi—"
Kata-katanya dihentikan bila kepalanya mula terasa pening. Terasa berat matanya untuk dibuka. Berat teramat.
"Jungkook! Kau okay tak?" Jimin mula panik ditambah pula dengan hidung Jungkook yang perlahan-lahan mengalirkan cecair merah.
GEDEBUK!
"Jungkook!" jeritnya apabila Jungkook sudahpun berjaya jatuh ke lantai dengan keadaan yang tidak sedarkan diri.
++++
Suggest sikit.. Korang nak jungkook mati ke macam mana? 😌
Bagaimana pula dengan Taehyung yang lama menghilang? Adakah dia akan membuat kambek? 🌚
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.