"Yeonha! Tunggu!" Taehyung cuba menahan tangan Yeonha setibanya mereka tiba di apartment mereka.
Yeonha berhenti dan memandangnya. Berkaca sudah matanya bila teringatkan perkara tadi.
"Sudahlah Taehyung.. Saya tahu oppa masih cintakan Haejung kan? Ye saya tahu saya memang perampas! Perampas kekasih kepada kawan baik sendiri!" bentak Yeonha.
Sakit hati bila melihat suaminya sendiri memandang wanita lain. Lagi-lagi bekas teman wanitanya.
"Ani– sayang tak pernah rampas oppa dari Haejung pun! Oppa ni cuma ex dia saja bukannya suami dia pun! Sayang.. oppa sayangkan Yeonha. Oppa takkan pernah sesekali tinggalkan Yeonha.. Percayalah!"
Yeonha menunduk sedih.
Memang dia dah agak semua yang terjadi ini mungkin rancangan Haejung semata-mata. Namun, Taehyung juga perlu dia jaga agar tidak terus hanyut dalam permainan ini.
"Saya cuma nak oppa layan saya macam mana orang lain layan isteri mereka. Saya tak nak oppa lepaskan tanggungjawab oppa terhadap baby ni. Tu saja yang saya minta. Saya tahu oppa tak pernah cintakan saya pun.. Tapi sekurangnya, oppa ikhlas sayangnya baby ni.."
Terus Taehyung menarik Yeonha ke dalam pelukannya.
"Tolong jangan cakap macam tu.. Walaupun kita kahwin sebab terpaksa, oppa akan belajar cintakan sayang.." kata Taehyung membuatkan Yeonha menangis dalam pelukannya.
Tak pasti samaada Taehyung betul betul ikhlas ataupun sekadar ingin menjaga perasaannya...
***
•
•
•
"Alaa.. esok dah nak balik" Haejung mencebik.
"Baru ni nak balik sangat" jawab Jungkook dingin sambil bermain ipong miliknya.
"Tapi tu baru ni.." kata Haejung dengan terselit nada sedih
"Kat rumah pun boleh honeymoon" jawab Jungkook lagi tanpa memandangnya.
"Honeymoon kat rumah? Hahaha! Ingat sikit yang awak tu dah kerja bukannya meringkuk dalam rumah main ps4 lagi" kata Haejung sambil acah acah gelak.
"Malam kan ada?" kini Jungkook meletakkan ipong miliknya di meja kecil yang berada di sebelah katil.
"Gatal!" dahinya ditunjal lagi. Entah kali ke berapa dah dahinya ditunjal oleh Haejung.
"Biar omma cepat sikit dapat cucu." Senyuman sinis dipamerkan.
Oh tuhan mana perginya Jungkook innocent yang dia kenal dulu?
"Dah lah saya nak tidur!"
Haejung menarik selimutnya dan terus berbaring.
"Tak payah nak jual mahal sangat laa... Ingat sikit yang kau tu pernah aku sentuh" Jungkook kini berbisik di telinganya.
Haejung memejam mata serapat-rapatnya. Tolonglah jangan ingatkan peristiwa malam itu! Kerana ianya sungguh memalukan!
Haejung terus menarik selimut sehingga menutupi kepalanya. Jungkook pula sudahpun mengekek ketawa, berjaya menyakat isterinya.
***
•
•
•
"Waa rindunya!!!" Haejung memeluk pintu pagar rumah mereka apabila mereka sudahpun selamat tiba di Korea.
"Dah dah tepi tepi nak bukak pintu!"
ANDA SEDANG MEMBACA
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfiction+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...
![[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/130417337-64-k556316.jpg)