46

2.7K 408 98
                                        

"Jimin.. aku rindukan dia.." Haejung menangis di pangkuan Jimin.

Kini Jimin saja yang sanggup menemani dia memandangkan Puan Im sudahpun balik ke rumahnya. Katanya balik sebab nak jaga makan minum anjing gemuknya yang bernama Yeontan tu.

Begitu juga dengan Jiminna yang sibuk memanjang. Tak sama pula dengan Jimin yang hanya menjual durian crepe di tepi jalan. Boleh saja sesuka hati dia bila nak pergi meniaga.

Haejung juga sudahpun balik ke rumahnya iaitu rumah ketika bersama Jungkook dulu apabila lelaki itu sudahpun lansung tidak pulang rumah semenjak mereka bercerai.

Jimin mengusap kedua-dua belah bahunya.

"Sudah laa tu Haejung.. Tak elok kalau kau duduk menangis pagi petang siang malam je. Kau tu pregnant. Kan jadi apa-apa dekat baby kau nanti macam mana?" nasihat Jimin.

Sungguh dia risaukan tentang keadaan Haejung. Mana taknya kalau dah hampir 24 jam kerja dia menangis saja.

"Jimin.. ni anak Jungkook. Takkan aku nak lahirkan dia dalam keadaan tiada appa kat sisi dia nanti?"

Haejung sudahpun mengesat air matanya.

"Taehyung memang kejamkan?" soal Jimin dengan riak wajah yang sungguh simpati.

Dia juga sudah buntu nak buat apa lagi. Haejung memang takkan berhenti menangis kerana setiap hari dia berharap agar Jungkook balik semula kepadanya. Tapi itulah, Jungkook tetap tidak pulang.

"Tak.. aku yang kejam sebenarnya. Taehyung buat semua ni pun sebab aku" jawabnya perlahan.

"Apa maksud kau?" Jimin mengerutkan keningnya. Susah nak faham dengan situasi ini.

"Pasal chat yang kau selalu hantar pada Taehyung dulu tu. Sebab chat tu, Yeonha meninggal. Dia kemalangan sebab dia ingat Taehyung curang dengan dia" jelasnya.

Jimin seperti terkaku tak berkutik mendengar penjelasannya. Yeonha meninggal?

"Ak-aku t-tak terfikir pun s-sampai macam tu sekali" Jimin tergagap. Tak percaya dengan apa yang berlaku.

"Aku tahu.. Aku yang salah sebab paksa kau buat semua tu. Aku kejam.. Aku pembunuh"

Sekali lagi Haejung menangis teresak-esak mengenang kisah kezalimannya yang dahulu. Tapi disaat dia mahu berubah, begini pula derita yang dia perlu tanggung.

"T-tak Haejung! Aku yang salah. Aku yang pembunuh. Bukan kau" protes Jimin.

"Tak.. Kau tak salah. Aku yang salah. Aku tahu kau tak berapa setuju dulu tapi aku yang paksa kau buat benda tu" Haejung tetap menegakkan keadilan.

"Ani- aku yang salah. Aku yang mulakan chat tu bukan kau. Aku yang buat Yeonha meninggal!" Jimin juga turut naik seoktaf.

"Aku yang salah!"

"Kau tak salah, Haejung. Aku yang salah!"

"Tapi kau buat semua ni pun sebab aku juga kan? So aku yang salah"

"Tak aku!"

"Okay kita berdua sama-sama salah!"

Mereka berdua terdiam seketika sambil memandang antara satu sama lain.

"Aku menyesal.." Haejung mengeluh berat.

"Sudahlaa.. Benda dah lepas nak buat macam mana"

Haejung memandang cincin perkahwinannya yang tersarung di jari. Walaupun dia sudah ditinggalkan Jungkook, dia tidak pernah sesekali menanggalkan cincin itu.Kerana dia selalu berharap agar lelaki itu akan balik dan merujuk kembali dengannya.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang