38

3.1K 425 59
                                        


Haejung memasukkan beberapa duit syiling ke dalam telefon awam tatkala dia kini sudahpun tiada telefon lagi.

"Hello Jimin! Kau ada kat mana sekarang?"

"Aku ada kat gerai durian crepe aku laa. Eh Haejung, kau get ready lah. Jungkook on the way ke resort kau tu" kata Jimin melalui talian.

"Bwoh? Macam mana dia tahu aku kat sini?"

"Aku yang bagitahu"

"Kenapa kau budus sangat Jimin?" dia sudahpun menggenggam tangannya. Geram pula dia dengan Jimin ni!

"Bukan macam tu maksud aku.. Cuba kau fikir baik baik. Tak ada guna pun kau lari jauh-jauh. Masalah kau takkan selesai juga. Lebih baik kau bawa bincang perkara ni elok-elok dengan Jungkook. Lagipun aku nampak dia tu dah betul betul sayangkan kau. Aku tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti dia jadi gila sebab kau"

Terang Jimin dengan panjang lebar tetapi hanya dibalas keluhan berat dari Haejung.

"Tak apalah Jimin. Aku letak dulu lah ye? Sebab kau lah aku kena lari lagi"

Lantas genggaman telefon itu dia letakkan di tempat asal semula.

"Aniya! Aku kena cari tempat lain. Jungkook tak boleh jumpa aku kat sini.." Dia mencekak pinggang.

"Kau nak lari ke mana lagi?"

Tergamam seketika dia bila terdengar suara itu. Lantas dia memalingkan tubuhnya ke kebelakang.

Wajah Jungkook terpapar di hadapannya sambil tubuhnya berdiri tegak.

Ini semua angkara Jimin! Tak! Dia tak boleh jumpa aku! Itulah yang berada di benak fikiran Haejung.

Baru sahaja dia memulakan langkahnya untuk pergi dari situ tetapi pinggangnya lantas dipeluk Jungkook dari belakang.

"Please Haejung.. Tolong jangan tinggalkan aku lagi.." kata Jungkook seakan-akan merayu supaya gadis itu tidak meninggalkan dia lagi buat kali ini.

"Aku cintakan kau sangat sangat. Percayalah yang aku tak ada niat langsung nak permainkan kau atau buat kau sakit hati lagi. Aku betul betul rindukan kau"

Jungkook memejamkan matanya menahan air mata. Sungguh dia rindukan gadis ini.

"J–jungkook.." Haejung cuba melepaskan tangan Jungkook daripada terus memeluk pinggangnya tetapi tidak berjaya.

"Jungkook lepaslah! Kat sini ada ramai budak" kata Haejung sambil tangannya berusaha meleraikan pelukan

Sesekali Jungkook memandang sekeliling. Ya memang! Kawasan ini memang terdapat ramai budak. Tetapi dia hanya tersenyum sinis.

"Baguslah kalau budak-budak tu tengok."

Sesekali Jungkook mencium ubun rambut isterinya.

"Jungkook! Tak baik awak buat macam ni! Diaorang tu kecik lagi" tegas Haejung setelah melihat ramai budak yang sudahpun memerhatikan mereka berdua.

Ada yang memegang gula-gula kapas, ada yang memegang layang-layang, ada yang sedang memakan ais krim. Kini mereka berdua dikelilingi oleh kanak-kanak ribena.

"Jungkook please.. lepaskan saya."

Haejung cuba melepaskan lagi pelukan itu tetapi semakin erat pula Jungkook memeluk pinggangnya.

"Jangan harap aku biarkan kau lari lagi"

Sesekali Jungkook mengangkat tubuhnya secara bridal style.

"Eii turunkan saya lah!" Haejung sudahpun memukul bahunya dengan kuat tapi apa je yang Jungkook ni rasa. Macam kena gigit nyamuk saja.

"Aww hyung sweetlah!" kata salah seorang daripada kanak-kanak ribena itu.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang