+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins
❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞
Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik.
- FANFICTION -
A jeon jungku...
"Yeonha.. kamu ni comel je macam daddy kamu" Haejung mengusap lembut pipi gebu anaknya itu.
Dia kini sudahpun pulang ke rumahnya memandangkan hari ini ialah hari ke-20 Yeonha dilahirkan. Dilahirkan tanpa Jungkook.
Begitu juga dengan penceraiannya, tempoh untuk merujuk kembali dengan Jungkook sudahpun tamat sejak Yeonha dilahirkan hari tu lagi.
Mungkin jodohnya dengan Jungkook betul betul terhenti di sini.
Dia tersenyum kelat. Dia redha. Lagipun Jungkook dah mungkin berbahagia dengan Yeri, perempuan pilihan dia hari tu.
Walau apa jua sekalipun, dia tidak mahu menyimpan dendam mahupun apa-apa niat jahat terhadap Jungkook sepertimana dia menaruh dendam terhadap Taehyung dahulu.
Bukan apa, dia tidak sanggup menanggung beban yang berat apabila dendamnya itu banyak mendatangkan keburukan kepada dirinya, serta anaknya.
Tapi bila diingatkan kembali, berguna juga dendamnya dulu. Sebab dendamnya lah, dia berkahwin dengan Jungkook.
Dia kembali memandang Yeonha yang berada dalam belaiannya.
"Mummy selalu ada untuk Jeon Yeonha. Biarpun daddy tak akan ada untuk Yeonha, Yeonha tetap anak mummy yang comel"
Sesekali hidung bayi itu dia cuit. Geram pula bila melihat budak ini.
"Haejung! Oii Haejung!!"
Jimin berlari masuk ke dalam rumahnya sambil memegang beg plastik di tangan.
"Ye kenapa ni Jimin? Kalut semacam je"
Jimin menarik nafas tercungap-cungap keletihan. Beg plastik di tangannya dia letak.
"Ni haa aku belikan susu Anmum 3 in 1. Ni pula susu Dutch Lady. Haa ni lagi satu pula ialah susu kambing dan susu lembu. Doktor cakap, kau kena campur keempat-empat susu ni dalam satu botol dan bagi Yeonha minum untuk pertumbuhan yang cepat" jelas Jimin.
"Laa ini je ke? Aku ingat apa dah tadi tiba-tiba menjerit macam ada emergency je"
Jimin tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hehehe.. Itu saja"
Jika diikutkan hati, mahu saja dia memberitahu Haejung tentang Jungkook. Tapi bila dilihat wajah polos Yeonha yang kiut miut itu, hatinya rasa serba salah.
Betul kata Jungkook dulu, mungkin Haejung akan sedih jika tahu tentang penyakitnya. Sudahlah dia baru saja lepas beranak. Tak baik pula kalau Yeonha tengok ibunya menangis lagi.
"Ni tengok apa uncle Jimin beli untuk Yeonha"
Haejung mengangkat beg plastik tadi dan ditunjukkan kepada Yeonha. Jimin pula hanya mampu tersenyum kelat.
***
"Jungkook.. Lepas ni hyung akan buat pemeriksaan hati untuk dermakan pada kau.."
Taehyung mengusap perlahan rambut Jungkook tatkala lelaki itu lansung tidak menyedarkan diri.
Taehyung mengetap bibir. Entah mengapa, air matanya gedik sangat nak keluar pada masa ni.
"Aku minta maaf, Jungkook. Haejung tak salah pada hari tu sampai kau ceraikan dia. Aku yang plan semua ni sebab aku bencikan dia. Tapi sekarang, aku baru sedar yang aku salah. Aku dah buat orang yang aku sayang menderita. Aku juga dah hampir kehilangan kau sekarang. Maafkan hyung, kook"
Sesekali air matanya menitis ke atas tangan Jungkook.
"Untuk tebus kesalahan aku, biar aku yang selamatkan kau, Jungkook. Aku takkan biarkan kau tinggalkan aku macam mana Yeonha tinggalkan aku dulu"
Tangan pucat Jungkook diusapnya.
Tiba-tiba, pintu bilik wad itu dikuak perlahan. Terdapat seorang jururawat berjalan menghampirinya.
"Encik Taehyung?" soalnya.
"Ye saya"
"Boleh ikut saya? Untuk pemetiksaan hati"
Taehyung tersenyum sambil mengangguk perlahan. Sempat dia mengerling seketika wajah Jungkook yang masih tidur itu.
"Hyung pergi dulu, kook" kata Taehyung sebelum keluar dari bilik wad itu.
Jungkook perlahan-lahan membuka matanya setelah kelibat Taehyung kini sudah tiada lagi.
Perlahan-lahan dia mengalirkan air mata. Dia sudah mendengar semuanya apa yang disampaikan oleh Taehyung tadi cuma dia sengaja berdiam diri.
Sebenarnya, tiada siapa-siapa yang jahat mahupun perampas diantara mereka. Tetapi kerana dendam, Taehyung dan Haejung terperangkap dalam jiwa hitam masing-masing dan tidak tahu apa itu erti kalah.
Semuanya nak menang sampai mereka tidak sedar bahawa mereka berdua telahpun mencipta bara api kepada masa hadapan mereka.
"Aku dah lama maafkan kau, Taehyung"
Dia tersenyum kelat sebelum sambung tidur kembali.
***
"Pihak kami dah buat pemeriksaan dengan teliti kepada kesesuaian hati encik dan hati Encik Jungkook"
Dr.Yeri memyerahkan Taehyung sekeping sampul surat besar.
"So?"
"Maaf, hati Encik Taehyung tak sesuai untuk Encik Jungkook. Jadi kami perlukan penderma lain"
"Bwohh?" agak terkejut Taehyung mendengarnya. Hati dia tidak sesuai untuk Jungkook?
Jadi sekarang, siapa yang sanggup untuk menderma hati kepada Jungkook?
++++
Nak update lagi tak malam ni untuk tahu siapa penderma hati untuk jeon? 🌚
Kalau tak nak tak apa 😏
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.