58

3.3K 410 181
                                    

"Haejung.." tangannya diraih.

"Aku minta maaf" Jungkook menangis sepuas-puasnya.

Baru dia tahu betapa besarnya pengorbanan isterinya. Cuma dia saja yang kejam tinggalkan wanita ini dulu.

"Aku tahu aku bodoh.. sebab sia-siakan kau. Sia-sia pengorbanan kau untuk cari aku, minta aku kembali pada kau. Aku memang kejam buat kau macam anak ayam mencari ibu"

"Tolonglah bangun, sayang.. Aku rindukan kau"

Rambut Haejung diusap. Sudah 3 bulan dia tidak menyedarkan diri. Bernafas pun cuma berpihak pada oksigen.

"Aku tahu kau kuat, Haejung. Aku janji, aku akan buat kau bahagia lepas ni. Dan juga anak perempuan kita, Yeonha"

"Tapi.. aku cuma minta kau bangun dan kembali menjadi Im Haejung yang aku kenal dulu. Itu saja!"

Air matanya tak berhenti mencurah menanti wanita itu untuk bangun kembali. Tapi, dia tetap tidak bangun bangun.

"Aku cintakan kau, Haejung. Bangunlah. Aku harap kau akan berkorban lagi demi aku lepas ni. Iaitu berkorban untuk hidup"

Dahi Haejung terus dia kucup berserta air matanya yang tidak henti henti berlinangan.

***

Wajah Jeon Yeonha diusap lembut. Comel betul anaknya seorang ni.

"Mesti Yeonha rindu mummy kan?" soal Jungkook pada budak kecil itu.

Yeonha yang dari tadinya senyap tak berkutik tiba-tiba menangis,

"UWEKK UWEKK!"

"Alamak!" Wajah Jungkook mula menjadi cuak.

Susu dalam botol bayi itu sudahpun habis. Kalau ye pun, macam mana nak buat susu anak?

Maklumlah hari ni dia baru keluar dari hospital. Lepas keluar dari hospital tu, dia terus kena jaga Yeonha. Nak bagi Puan Im jaga pun takut menyusahkan orang tua tu.

"Alahai.. Kamu minum susu daddy je lah" Jungkook mula menyelak baju yang dipakainya.

Taehyung yang baru turun dari tangga, tersentak dengan tindakan adiknya yang tak berapa nak senonoh itu.

Haih! Lepas keluar dari hospital macam ni pula jadinya!

"Weyy Jungkook! Apa kau buat?" Taehyung mengerutkan dahi.

"Nak bagi Yeonha minum susu lah"

"Susu pale kau! Kau tu jantan sedar diri sikit!" marah Taehyung lantas mendekati mereka berdua.

"Hahaha! Kook tak reti buat susu lah hyung. Hyung tolong buatkan boleh tak?" Jungkook tersengih.

"Haish kau ni! Macam mana nak jadi bapak! Buat susu anak pun tak pandai! Buat anak pandai pulak!" rungut Taehyung sebelum mencapai botol susu itu.

"Alah! Kau pun suka juga buat anak kan?"

Sesekali Taehyung memukul kepalanya dengan botol susu yang dipegangnya.

"Kau nak aku cucuk hati kau pula ke? Biar ada semula penyakit kanser tu" Taehyung mencekak pinggang ala-ala mak limah. Macam dia pula yang jadi mak kepada Jungkook serta nenek kepada Yeonha.

"Uwekk uwekk uwekk!!"  Yeonha menangis lagi.

"Pujuk anak kau. Aku nak pergi buat susu" kata Taehyung sebelum bergerak menuju ke dapur.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now