Epilogue

3.5K 381 87
                                        

"Yeonha.. maafkan aku" sesekali air matanya menitis di pusara Jung Yeonha.

Boleh tahan sudah agak lama wanita itu berjaya dikebumikan, hari ini baru Haejung berpeluang untuk melawat kuburnya. Mungkin kerana arwah Yeonha dikuburkan di Sydney yang agak jauh dengannya. Ditambah lagi dengan dia perlu menghadap konflik gila pada baru baru ini.

"Kalau kau ada kat sini, dengarlah yang aku betul betul menyesal dengan diri aku sebab buat kau macam ni. Semuanya rancangan aku tapi tak sangka pula sampai jadi macam ni. Dan kau pula yang perlu tanggung. Aku yang khianati persahabatan kita sebenarnya bukan kau. Aku yang salah!"

Semakin kuat pula dia menangis. Menyesal!

Jung Yeonha, kawan karibnya sejak berumur 6 tahun hancur dengan sekelip mata bila dianggap pengkhianat. Semua ini kerana terperangkap dalam mainan Seongwoo dahulu. Betapa mudahnya  ini semua berlaku.

"Haejung.." terdengar suara seseorang menyapanya.

Perlahan-lahan Haejung mendongakkan wajah dan memandang tuan empunya suara.

"Taehyung..?"

"Aku jumpa ni dalam bilik dia pagi tadi"

Taehyung menghulurkannya sebuah buku nota bersaiz sederhana.

"Apa ni?"

"Diari Yeonha" terus Haejung mengambilnya dari tangan Taehyung sebelum lelaki itu beransur pergi meninggalkan dia sendirian di situ.

Perlahan-lahan dia membuka diari itu. Terdapat banyak tulisan telah tertulis di situ serta sekeping sampul surat yang terselit di celahnya.

Lantas dia membuka dan membaca surat itu,

To: Im Haejung

Im Haejung, aku Jung Yeonha berharap kau akan baca surat ni :')

Maafkan aku.. aku langsung tak berniat nak khianati persahabatan kita. Kita dah lama berkawan dan kita juga dah saling mengenali antara satu sama lain.

Aku juga tak berniat nak rampas Taehyung dari kau. Lagi lagi aku tahu dia ada hubungan dengan kawan baik aku sendiri iaitu kau. Tapi.. dunia ni kejam, Haejung.

Kami terperangkap dalam mainan manusia yang sememangnya ada niat jahat antara kita. Semua tu mengubah hidup aku. Aku sengsara, Haejung.

Aku tahu masa aku dah sah menjadi isteri Taehyung pun, Taehyung tetap sayangkan kau. Aku sakit!

Tapi aku redha. Aku juga berharap kau bahagia dengan Jungkook, adik kepada Taehyung. Tapi kenyataannya kau kahwin dengan dia hanya untuk melihat penceraian kami. Betul kan?

Aku rasa terancam. Ditambah lagi Taehyung selalu mengelamun, teringatkan kau. Tapi aku saja yang memujuknya untuk tidak balik kepada kau kerana aku tak nak anak dalam kandungan aku lahir tanpa bapa kandungnya.

Tapi aku pasti semua tu tak lama :')  Mungkin lepas ni aku akan lepaskan Taehyung untuk tunaikan apa yang kau nak.. Aku harap kau bahagia..

JungYeonha

Semakin parah pula air matanya mengalir. Sedih..

Betapa besarnya derita yang ditanggung wanita itu. Namun dia saja yang tidak tahu dan hanya tahu untuk menambah masalah.

"Tak Yeonha.. aku tak bahagia bila dapat tahu kau kena tanggung semua derita ni. Aku minta maaf.."

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang