WARNING! CHAPT NI SERAM! KALAU ADA PENYAKIT LEMAH JANTUNG LEBIH BAIK JANGAN BACA!———————————
Semakin sarat dia mengandung, semakin penat dia berjalan. Maklumlah hari ini dah tepat 9 bulan.
Haejung mula duduk di kerusi di meja makan. Entah mengapa perutnya terasa begitu sakit.
"Unnie kenapa ni?" tegur Jiminna yang baru datang ke situ.
Malumlah hari ini, Jiminna, Jimin, Puan Im dan Seokjin semuanya ada di rumah itu.
Katanya mahu membuat jamuan BBQ pada malam nanti bagi menyambut kejayaan Jimin yang sudahpun berjaya menghasilkan syarikat durian crepe. Begitu juga dengan Jiminna yang menjadi PA kepada abangnya sendiri.
Hebat sungguh Jimin. Senyap senyap dah buka syarikat. Jiminna pun. Daripada bekerja dengan Jungkook, lebih baik dia menjadi PA kepada abang kandungnya sendiri.
"Entahlah Jiminna. Perut ni tiba-tiba je rasa sakit"
Jiminna yang sudahpun perasan kaki wanita itu sudah dipenuhi darah, berasa panik.
"Eii kenapa kaki unnie berdarah? Kena sengat pacat ke?"
Jiminna yang sudahpun cuak mula berlari kehulu kehilir.
"Hah pacat? Mana mana?" Haejung juga mula cuak.
"Omma ada pacat!" jeritnya apabila melihat kelibat Jiminna sudahpun hilang. Enrah kemana budak tu lari.
Puan Im, Seokjin dan Jimin mula berlari ke arah Haejung secara berjemaah. Mana tahu takut ada apa-apa dengan wanita tu.
"Haa pacat?" terkejut Jimin.
"Haejung sayang, kenapa darah penuh tu?" soal Seokjin pula.
Sesekali bahu Seokjin dipukul Puan Im.
"Seokjin! Kenapa panggil anak Hobie dengan nama 'sayang'? Seokjin jangan nak curang dengan Hobie tau!" Puan Im mencekak pinggang.
"Alah Hobie ni! Cakap sikit nak jelez! Tu tengok Haejung, kesian dia!"
Kemudian matanya terus dialihkan pada Haejung pula.
"OMO Haejung ku sayang! Kamu dah pecah ketuban ni. Cepat panggil ambulans!"
"Kejap.. mana Jiminna?" soal Jimin apabila melihat tiada pula wajahnya adiknya di sini.
"Tak payah hiraukan dialah! Cepat panggil ambulans, Jimin!"
***
Semua orang menunggu di luar wad. Semuanya tidak dibenarkan masuk kecuali ibu atau suami.
Tapi Puan Im ni tak nak masuk. Katanya mabuk darah. Suami? Siapa? Jungkook? Jangan mimpilah dia datang!
Kesian Haejung keseorangan dalam wad. Sudah berapa kali juga Seokjin mendail nombor telefon Jungkook, tetapi tidak diangkat. Mesej juga sudah banyak dihantar tetapi tiada balasan darinya.
Sudah beberapa jam mereka menunggu, tapi mereka tidak pernah jemu. Perasaan risau menguasai. Bukan apa, manalah tahu takut terjadi apa-apa dekat Haejung atau anaknya itu.
Kemudian, keluarlah seorang doktor perempuan dari wad itu.
"Doktor, macam mana?" soal Jiminna. Entah mana muncul budak ni tiba-tiba ada di sini.
"Boleh saya tahu mana satu suami kepada pesakit?" soal doktor itu tanpa menjawab soalan Jiminna. Kesian Jiminna tak dilayan.
Mereka berempat kini memandang sesama sendiri. Mana suami Haejung?

YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fiksi Penggemar+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...