+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins
❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞
Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik.
- FANFICTION -
A jeon jungku...
"Jungkook bangun. Nanti awak nak pergi office pula"
Haejung menggoncang perlahan tubuh Jungkook yang masih setia berbaring di katil.
"Mmmnn.." terdengar rengekan kecil tetapi mata masih belum dibuka.
"Jungkook, awak okay tak?" soal Haejung apabila perasan wajah Jungkook berubah menjadi pucat.
Berapa ratus kali muka dia pucat bila dengar nama office hah?
Dahinya disentuh. Panas.
"Awak demam ke?"
Dia tidak menjawab sebaliknya hanya tidur dan tidur.
Haejung panik. Mana tak paniknya bila tubuh Jungkook sangat panas. Baru semalam cakap, memang pagi ni dia betul betul demam.
Eh baru kerja sehari pun dah demam ke?
Nak buat macam mana ni? Takkan nak tanya Puan Jeon? Kan ganggu dia tengah honeymoon kat bora bora tu haa kesian pulak orang tua tu. Nak tanya Puan Im, ibunya sendiri? Mesti kena marah tak pandai jaga suami sampai boleh demam.
Nak tanya kawan? Siapa? Yeonha? Lebih baik Jungkook mati daripada tanya pengkhianat tu.
"Jungkook awak bertahan ye?"
Haejung terus berlari turun ke dapur.
"Biasanya orang demam makan bubur kan? Tapi.. macam mana nak masak bubur?"
Maklumlah selama dia hidup, dia tak pernah masuk dapur pun. Sebelum ni pun mak cik Yoonji tu yang masak tapi hari ni dia cuti katanya nak balik negara dia, Indonesia, sebab cucu dia beranak.
"Bodoh betul kau Haejung!" dia memarahi dirinya sendiri.
Seollenda me likey Me likey likey likey~~
Telefon bimbitnya berbunyi. Terus diangkat tanpa memandang siapa yang menelefon.
"Haa nak apa?"
"Aushh garangnya"
"Ni sape?"
"Kau tak reti baca ke nama apa yang kau save dalam phone kau tu?"
"Aku malas layan kau pepanjang sekarang sebab laki aku tengah demam"
Baru saja Haejung ingin menekan butang merah pada handphone tetapi tidak jadi bila dia sambung bercakap.
"Ni aku lah Jimin"
Telefon bimbit itu didekatkan di telinganya semula.
"Haa kau rupanya. Baik juga kau call aku sekarang ni. Jungkook demam weyh apa aku nak buat?"
"Demam? Macam mana boleh demam?" soal Jimin hairan.
"Aku malas nak cakap banyak sekarang. Kau nak tolong aku ke tak?"
***
Bubur dari resepi yang dia dapat dalam internet, diletakkan atas meja kecil bersebelahan katil mereka.
"Jungkook awak makan sikit biar cepat sikit kebah demam awak"
Jungkook bangun perlahan dan menyandarkan badannya pada dinding katil.
Bubur tadi diambil dan disuakan ke dalam mulut Jungkook.
Dia membaringkan tubuhnya kembali. Selimut ditarik hingga ke paras dada.
Bubur tadi diletakkan ke atas meja semula.
Kelihatan Jungkook sudahpun melelapkan matanya kembali. Comel pun ada.
Kata-kata Jimin dalam talian tadi masih terngiang-ngiang di mindanya.
"Kalau dia tidur balik, kau peluklah dia. At least haba dia akan masuk dalam badan kau"
"Kau nak suruh aku pulak ke yang demam?"
"Tak lah. Kalau dia tahu kau buat macam tu, mesti dia makin sayang dekat kau. Kau kan ambil berat pasal dia masa dia demam.. Haa gitu"
Haejung tersenyum sendirian. Boleh tahan juga. Lagipun, dia sedang cuba mendapatkan perhatian Jungkook ni.
Perlahan-lahan dia naik atas katil dan berbaring di sebelah Jungkook. Badan Jungkook yang panas bak api membara itu dipeluk perlahan.
Tetapi lain pulak jadinya bila,
"Kau buat apa ni?"
Terus tubuh Haejung ditolak sehinga jatuh ke lantai.
GEDEBUK!
"aduh sakit punggung" Haejung mengaduh kesakitan lalu punggungnya diusap perlahan.
"K-kau.. nak ambil kesempatan ye?" wajah Jungkook berubah menjadi Jungshook.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
***
•
•
•
"Jiminna! Kau nak pergi mana tu?" soal Jimin sambil mencekak pinggangnya.
Jiminna menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ermm Jiminna nak pergi.. ermm jumpa kawan kejap. Dia call ada emergency tadi" tipu Jiminna.
"Emergency apa kalau tiap tiap malam kamu keluar? Aku tahu kau pergi night club kan?"
Wajah Jimin bertukar menjadi merah dan berkerut.
Jiminna menggulingkan matanya.
"Kalau oppa dah tahu kenapa tanya lagi?"
"Kau jangan biadap dengan aku ya Jiminna. Appa ke yang ajar kau macam ni masa duduk oversea dulu?"
"Oppa jangan nak tuduh appa pula. Setakat keluar pergi night club ni dah menjadi perkara biasalah oppa. Oppa tu yang ketinggalan terperap dekat rumah je"
Kuang hajo punya budak!
"Okaylah Jiminna cau dulu. Pape hal roger"
Jimin mengelengkan kepala melihat karenah adiknya yang hidup terlalu bebas. Sungguh dia risau akan Jiminna. Manalah tahu terjadi apa apa dekat budak tu. Tapi tu lah, dia tu degil sangat tahu nak enjoy saja. Ni lah bahaya kalau dibesarkan dengan cara bebas.