+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins
❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞
Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik.
- FANFICTION -
A jeon jungku...
"Tak apa Puan Im. Puan Im cakap saja nak makan apa. Seokjin belanja" kata Seokjin dengan bangga.
Maklumlah hari ini dia berjaya mengajak Puan Im ke restoran yang bertaraf lima bintang yang baru di dibuka tepi sungai Jeju itu.
"Menyusahkan kamu saja.. huhuhu" Puan Im tergelak kecil sambil menutup mulutnya dengan jari jemari kecilnya.
"Mana ada menyusahkan Puan Im. Saya ikhlas ni"
Malu pula Puan Im dibuatnya. Sudahlah hatinya dah berbunga setaman ni bila diajak dating dengan lelaki idamannya tengah tengah malam. Ditambah pula dengan bunga bunga api yang tak henti henti menghiasi langit.
Indah sungguh.
"Saya orderkan ni ye untuk Puan Im?" Seokjin menunjukkan jarinya di kad menu.
"Hobie okay saja, Seokjin"
"Waiter!" Seokjin mengangkat sebelah tangannya memanggil pelayan.
Setelah makanan dan minuman siap dia order, Seokjin kembali memandang Puan Im.
"Puan Im.. Kalau saya tanya ni jangan marah ye?" soal Seokjin dengan agak berdebar.
"Ermm apa? Tanyalah"
"Puan Im ni senarnya dah umur berapa?"
"Hohoho! Kamu ni Seokjin. Hobie dah berumur nak. Dah 48 tahun dah. Dua tahun lagi dah 50 tahun.. hohoho!"
Puan Im tergelak kecil lagi. Seokjin pula hanya tersenyum.
"Kalau Seokjin melamar Puan Im sekarang macam mana?"
Mahu tak terbuntang mata Puan Im mendengar kata-kata Seokjin.
Adakah ini semua mimpi?
Puan Im terkaku tak berkutik. Jantungnya bagaikan terhenti. Terhenti buat beberapa jam.
Sesekali dia menepuk-nepuk pipinya mahu menyedarkan dirinya sendiri dari tidur.
Tapi gagal kerana ini bukannya mimpi. Ini realiti!
Seokjin pula mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Ianya adalah sebuah kotak kecil berwarna merah dan berbentuk hati.
"Puan Im?" Seokjin melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Puan Im tatkala melihat wanita tua itu sudahpun gaya seperti patung cendana.
Puan Im yang baru tersedar dari kejut itu kembali tersenyum.
"Hobie.. ermm Hobie.. Eermm Hobie.. ermm..."
GEDEBUK!
Tiba-tiba tubuh Puan Im terjatuh dari kerusi yang diduduknya lalu mencium lantai.
"HOBIE KU SAYANG!!"
Jerit Seokjin cuba mendapatkan Puan Im yang sudahpun selamat mendarat di lantai itu dengan keadaan matanya yang tertutup.