57

3.2K 390 221
                                    

Ubat mula disuntik ke dalam badan Jungkook membuatkan  lelaki itu terus tertidur sewaktu ingin melakukan pembedahan.

Hari ini adalah hari dimana dua insan sedang cuba melawan maut.

Badannya ditidurkan ke katil lalu katil itu ditolak ke wad pembedahan.

Taehyung yang masih termanggu-manggu di luar wad itu hanya mampu berdoa agar kedua-duanya selamat.

Lampu dinyalakan lalu menyuluh insan yang bernama Jeon Jungkook. Begitu juga dengan penderma hati yang berada di katil yang tidak jauh darinya.

***

Beberapa jam kemudian, setelah pembedahan siap dilakukan, katil penderma itu ditolak keluar dari bilik pembedahan dan menuju pula ke wad kritikal kerana ianya dianggap kritikal.

"Doktor macam mana dengan mereka berdua?" soal Taehyung dengan cemas bila melihat katil tadi ditolak keluar.

"Kedua-duanya masih koma sekarang. Kami harap encik boleh bertenang. Kami akan cuba sedaya upaya yang terbaik" jawab salah seorang dari doktor itu.

Maklumlah pembedahan ini memerlukan ramai doktor, bukannya Dr. Yeri sahaja yang ada.

Semakin risau pula Taehyung. Dia juga tidak berhenti berharap agar mereka berdua berjaya diselamatkan tanpa apa-apa risiko.

***

Setelah tiga minggu Jungkook tidak menyedarkan diri, akhirnya dia membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya yang dari gelap perlahan-lahan bertukar menjadi kabur dan seterusnya menjadi jelas seperti sediakala.

Tangannya juga digerak perlahan lalu menyentuh tangan yang berada di sebelahnya.

"Taehyung?"

"Jungkook kau dah sedar?" terpapar satu senyuman ceria di bibir Taehyung.

Setelah berkurun menemani lelaki itu, akhirnya Jungkook sedar juga.

"Hyung.. Apa h-hyung bu-buat kat sini?" soal Jungkook dengan suara yang tergagap berserta serak.

"Aku yang jaga kau. Sejak hari mula mula kau operate lagi" jawab Taehyung.

Jungkook mula mengingati kembali. Bukan mudah dia untuk ingat semua benda yang terjadi selepas baru saja tersedar dari tidurnya yang begitu lama.

Lama-kelamaan dia mengambil masa, dia akhirnya teringat di mana Taehyung datang melawatnya di sini pada hari itu.

Bukankah Taehyung mahu mendermakan hati kepada dia? Takkan Taehyung dah sihat macam ni sekali?

"Aku yang jaga kau. Sejak mula mula kau operate lagi"

Dia teringat kembali kata-kata Taehyung yang sebentar tadi.

"Maafkan aku sebab gagal selamatkan kau. Doktor kata, hati aku tak sesuai nak dipandankan dengan kau" kata Taehyung lagi seperti sudah tahu apa yang berada di fikiran Jungkook.

"Jadi.. siapa yang dermakan hati?" soal Jungkook dengan agak perlahan. Taehyung menunduk seketika sebelum menjawab pertanyaan Jungkook itu.

"Haejung.. yang dermakan hati untuk kau"

Tergamam seketika Jungkook bila mendengar nama 'Haejung'.

***

"Cepatlah sedar.. Yeonha rindukan kau.." Jimin mengusap dahi Haejung yang masih terlantar di katil hospital itu dengan keadaan yang tidak sedarkan diri.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now