Haejung's povAku tergesa-gesa menuruni anak tangga dan mencapai segugus kunci kereta. Maklumlah hari ni Yeonha Jimin yang jaga. Entahlah Jimin kena rasuk hantu mana sampai menangis sebab rindukan Yeonha petang tadi.. Ish ish ish
Aku sempat mengerling jam di tangan.
"Huh I'm late!"
Aku terus berlari ke arah kereta Audi yang kini sememangnya milik aku. Ouh lupa, Jungkook dah belikan aku Audi. So jangan jeles huhuhu !
Kereta Audi berwarna putih berkilat-kilat seperti berkilatnya muka aku ni, aku hidupkan enjin dan mula bergerak menuju ke destinasi.
Dengan segala kekalutan yang ada, aku akhirnya tiba dengan selamat di suatu destinasi yang boleh dikatakan tak adalah nak romantik sangat. Cliche je tempat ni iaitu di hadapan sungai.
Aku membuka pintu kereta dan menuruninya. Aku melangkah ke hadapan untuk mencari insan yang bernama Jeon Jungkook anak lelaki Jeon Bieskook.
Sehinggalah aku ternampak dia sedang menunggu di sebuah meja bulat yang bersaiz untuk kita-kita aje. Auww romantik!
Maklumlah di tepi sungai ini, meja ni saja yang ada. Mungkin Jungkook dah tempah awal awal meja untuk kami.
Gaun labuh berwarna merah menyala a.k.a warna feberet dia yang tersarung di badan aku ini aku angkat sedikit untuk berjalan mendekati mejanya. Begitu juga dengan Jungkook yang sudahpun menghadiahkan muka cemberut macam babun kena kurung dalam tandas.
Aku mengambil tempat di hadapanya.
"Sorry awak, lambat sikit"
Dia mengetuk-ngetuk jam rolex miliknya di pergelangan tangan.
"Kita set pukul 9.30 kan? Kenapa kau datang 9.31?"
Aku mencebik.
"Alaa.. seminit je pun bukannya lama"
"Seminit pun kira. Sedangkan mati tidak menunggu masa"
Okay sentap ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Kalau boleh aku hempuk, dah lama aku hempuk pakai papan snooker kat muka kerek dia tu.
Harap muka je handsome tapi perangai? Aku lebih rela puji perangai Yeontan, anjing omma yang kini sudah sah berkahwin dengan Yeonji, pilihan hatinya itulah!
"Mengata aku laa tu" dia menggulingkan mata. Aku berdecit.
Jungkook ni senarnya pakai ilmu hitam ke? Macam mana dia boleh baca fikiran aku yang cun lagikan savage ini?
Aku pandang dia yang sudahpun tersenyum senget. Apa kes pula ni tadi guling-guling mata, ni tersenyum pulak?
Jungkook, adakah anda sudah terkena virus zika?
"Kau pakai dress merah sebab nak goda aku ke macam mana?" soalnya spontan membuatkan aku ternganga. What?
"Eh eh! Dress ni saya pakai sebab wardrobe saya tak ada dress lain selain dress ni tau!" protes aku.
Tak tahu nak cakap ini kegilaan atau kebabian, matanya meliar memerhati setiap sudut badan aku.
What daa?
Terus aku mencapai beg tangan dan menutup dada aku. Eww tak sangka rupanya Jungkook ni miang tahap ayam makan ulat bulu.
Dia kemudiannya menghela nafas berat sebelum menolak satu bungkusan yang boleh tahanlah besar juga kepada aku.
"Apa ni?" soal aku.
"Belum bukak lagi pun dah tanya" dia menggulingkan matanya lagi sambil menyilangkan kakinya dan bersandar di bahagian belakang kerusi.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfic+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...