45

2.9K 398 157
                                        

Haejung's pov

Setelah urusan di mahkamah berjaya diselesaikan, aku datang berjumpa Jungkook di luar mahkamah untuk meraih simpati.

"Jungkook.." tangannya aku raih tetapi lantas ditepisnya.

"Jangan sentuh aku" kata Jungkook tanpa sedikit pun memandang wajah aku.

Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku cuma rindukan dia tapi.. Itulah dia dah tak percayakan aku dah.

"Jungkook.. hiks.. saya tak buat perkara sekeji tu. Sa-saya tahu saya kejam. Tapi.. saya ta-takkan khianati awak" kata aku dengan agak tergagap.

Aku sudahpun menangis teresak-esak. Pandangan aku alihkan ke bawah apabila dia mula pandang mata aku. Tak sanggup untuk bertentangan mata dengan dia lagi. Semakin ditatap, semakin sebak dada menahan sedih.

"Haejung, aku dah nampak semua permainan kau lah. Lagipun.. bukan ini ke yang kau selalu minta dengan aku dulu? Kau memang suka laa kan aku ceraikan kau?"

Aku mengeleng perlahan sambil mengetap bibir.

"Dulu memang saya kejam. Saya jahat sebab permainkan awak. Tapi sekarang tak.. saya betul betul cintakan. Tolong jangan tinggakkan saya, Jungkook.."

Sekali lagi tangannya aku raih. Aku.. tak sanggup kehilangan dia. Sungguh tak sanggup. Sebab aku cintakan dia. Sangat..

Adakah ini yang dia rasa semasa aku tinggalkan dia dulu?

Aku menyesal. Kerana dendam aku terpaksa kehilangan orang yang aku sayang.

"Maaf, Haejung. Semuanya dah terlambat.."

Jungkook menjatuhkan perlahan tangan aku. Kini dia pula yang menundukkan wajah.

"Aku.. aku dah penat.." sambungnya.

Dari pandangan mata aku, aku dapat lihat dia juga amat sukar untuk menerima semua ini.

Jungkook.. you such a liar!

Aku tahu kau PENDUSTA yang hebat sampaikan aku selalu kena tipu dengan kau!

"Jungkook.. awak masih cintakan saya kan?"

"..."

Dia diam saja?

"Jungkook jawablah!" berkali-kali tubuhnya aku goncang dengan kuat. Kini dia mengangkat wajah lalu memandang aku.

"Maaf, hati aku dah tawar. Aku harap kau dapat jaga diri kau. Lupakan aku.. buat selamanya"

Jungkook menjatuhkan tangan aku yang masih terlekat di bahunya dengan perlahan. Dia mula mengorak langkah pergi dari situ.

Aku hanya mampu menangis dan menangis. Sebak di dada buat aku seperti tak cukup nafas. Aku jatuh terduduk di atas tar.

Jungkook..

Dia tinggalkan aku..

Dia dah betul betul bencikan aku ke? :'(

Adakah ini balasan aku sebab sikap aku yang suka berdendam ni sampaikan aku dah buat orang meninggal dunia?

Aku benci diri aku. Semuanya salah aku.

"Hikss.." aku menangis teresak-esak.

"Haejung.."

Tiba-tiba bahu aku disentuh seseorang dari belakang.

"Jimin.." Semakin laju air mata aku mengalir.

"Jungkook.. dia dah ceraikan aku" aku menutup wajah dan menangis sepuas-puas hati.

Jimin melurut kedua-dua belah bahu aku dengan perlahan sambil memaparkan wajah simpati.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang