A - 29

3.6K 438 54
                                        


Sebelum tu, maaflah kalau korang bosan bila tengok noti selalu dok keluar haku update cerita ni saja 😂

Senarnya kalau boleh aii nak habiskan buku ni cepat cepat sebelum bulan 4/5 ni. You know, aii ni mangsa spm.. Tak lama lagi sebok dengan buku konpem tak sempat layan wattpad dah..

Fyi, chapt ni pangjang,
1200++

—————————————

"Okay tak?" soal Haejung seusai sahaja Jungkook mencuba masakannya yang bernama 'Ayam Pedas Berempah Adabi Nigeria'

Jungkook terdiam seketika sambil mengunyah ayam pedas itu.

"Tawar, kurang lada, masin berserta kuah terlalu cair"

Haejung menggulingkan mata. Susah betul nak masak ni. Menyesal tak belajar dengan Puan Im dulu.

Sebelum ini pun, mereka berdua hanya makan mee mamak kat kedai  depan rumah saja sementara mak cik Yoonji tak balik balik indonesia lagi.

"Habistu saya nak buat macam mana lagi?" Haejung menunduk sedih. Inilah kali ke-10 dia masak untuk hari ini saja tetapi tetap tak jadi. Pada Jungkook, semua masakannya tak sedap dan tersangatlah teruk.

"Restoran berlambak kat Seoul ni. Buat apa kau nak penatkan diri masak untuk aku? Opps–– buat apa sayang nak penatkan diri masak untuk oppa lagi?"

Jungkook tersenyum sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

Malu pula Haejung bila dipandang begitu. K Jungkook k jungkook!

"Dah bersiap cepat"

"Lah nak pergi mana pulak?"

"Bawa kau ke hati aku— eh eh bawa sayang ke hati saya"

***

Haejung yang sedang duduk di atas batu besar, memandang keindahan pantai sendirian.

Cantik pantai ini ditambah lagi dengan kebahagiaan yang dia ada sekarang.

Inilah saat yang paling bahagia dalam hidupnya sejak dia sudah berbahagia dengan insan bernama Jeon Jungkook.

Bagaimana pula dengan dendamnya pada Taehyung?

Haejung tersenyum sinis. Apa yang berada di fikirannya adalah, bahagialah kau dengan Yeonha. Tapi ingat, kebahagiaan kau takkan lama. Mereka berdua tetap kena bercerai!

"Sayang.." tegur Jungkook dari belakang lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Ye Jungkookie.."

"Sayang nak dengar satu cerita tak?"

"Cerita apa?"

"Cerita ni mengisahkan seorang putera raja bertemu dengan seorang gadis biasa. Pada suatu hari, putera ni ternampak perempuan tu tengah menangis kat tepi sungai sambil menyumpah-nyumpah seranah. Apa yang putera ni rasa, perempuan tu sangat marah. Tiba-tiba, perempuan tu tergelincir dan masuk dalam sungai. Lepas tu.."

"STOP!" Haejung mengangkat tapak tangannya supaya Jungkook berhenti daripada bercerita kisah dimana mereka mula-mula bertemu dulu.

"Tak lain dan tak bukan, gadis kesian tu akan jadi isteri kepada putera raja perasan tu juga kan?"

"Exactly!" Jungkook mencuit hidungnya.

Haejung menyandarkan kepala di bahu Jungkook.

"Haejung.. kalau suatu hari nanti aku tinggalkan kau, kau sedih tak?" soal Jungkook tanpa sedar dia tengah ber'aku-kau. Jungkook ni keling sikit orangnya.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang