51

2.7K 361 110
                                        

"Maaf encik.. syarikat kita mengalami kerugian yang besar sebab projek kat Hutan Lipur tu lambat disiapkan"

"Berapa harga kerugian?"

"Kira-kira 8M"

Tiba-tiba, tangan Jungkook menghentak meja menyuarat itu dengan kasar.

GANG!

"Bwoh? Macam mana boleh jadi macam tu sekali?" matanya dicebik geram.

"Kata staff bawahan, dokumen dan report dari encik lambat sampai" jawab seorang perempuan pula yang juga turut bekerja di bawah syarikatnya.

Dia menyerabutkan rambutnya. Semakin lama, semakin banyak masalah yang dihadapinya.

"Encik.. Saya rasa, encik patut ambil Jiminna bekerja semula lah. Sebab saya rasa, Seokjin tu pandai memasak je bukannya mengurus hal company" kata staff yang lain pula lalu disokong oleh mereka semua.

"Betul tu. Jiminna pro bab ni!"

Jungkook terdiam seketika.

Memang benar, Seokjin tiada kelulusan dalam bidang ni. Yang pandai dan kalis dalam hal ini adalah Jiminna.

Tapi bagaimana pula dia nak pujuk Jiminna bila gadis itu sendiri yang mahu berhenti kerja?

Semua ni menjadi kucar kancil sejak Haejung diceraikan. Tidak sangka ianya banyak memberi kesan negatif kepada dirinya.

"Nantilah saya fikirkan dulu.." dia terus bangun dari duduknya dan keluar dari bilik mesyuarat itu.

***

"Tak mau sedih sedih lagi.. Alololo baby omma seorang ni makin lama makin manja pula dah"

Puan Im mengelap air mata Haejung menggunakan hujung jarinya setelah mendengar cerita sedih gadis itu semenjak ketiadaan Jungkook.

"Haa betul tu, Haejung. Appa pun dah nasihat dah dekat Jungkook. Tapi tu lah, dia tetap tak percayakan kamu"

Kata Seokjin dengan membiasakan dirinya sebagai 'appa'.

Pada Haejung, entahlah dia nak nangis ke nak gelak bila dengar Seokjin cuba membiasakan dirinya sebagai 'appa' untuk dia walaupun Seokjin tu cuma beza beberapa tahun saja tua umurnya dengan Haejung.

"Baik appa.." jawab Haejung menggunakan panggilan 'appa' walaupun dia terasa sangat pelik lagikan janggal serta awkward. Huh appa muda!

"Tapi appa rasa, Jungkook ni ada simpan rahsia" kata Seokjin lagi.

"Maksud Seokjin?" soal Puan Im pula.

"Seokjin kenal Jungkook tu macam mana. Dia tu memang dari kecil lagi kuat berahsia. Kadang-kadang dia terpaksa menipu untuk menutup rahsia dia" jelas Seokjin.

Haejung terdiam seketika. Betul kata Seokjin, Jungkook memang suka berahsia.

Sebelum ni pun dia selalu berahsia dengannya.

Atau..

Jungkook ceraikan dia kerana ada sebab lain?

Bila difikirkan dengan baik, takkanlah Jungkook lebih percayakan Taehyung sedangkan dia sangat cintakan isterinya?

Kalau ye pun, apa sebab Jungkook buat dia macam tu?

***

Jungkook menunggu di ruang menunggu sambil menunggu ubat-ubatnya di hospital.

Ye memang, dia datang ke hospital pada hari ini bagi pemeriksaan kesihatan.

Disebabkan penyakitnya ini, dia terpaksa ceraikan Haejung. Kerana tidak mahu gadis itu terus mencintai dirinya yang bakal meninggalkan dia buat selamanya.

Dia sendiri juga rasa sangat berat untuk lakukan semua tu. Setiap hari wajah Haejung bermain di mindanya. Sungguh dia tidak dapat melupakannya.

"Jeon Jungkook bin Jeon Bieskook" panggil seorang jururawat di kaunter. Terus dia bangun dari duduknya dan menuju ke arah kaunter.

"Ini ubat encik ye" kata jururawat itu lalu meletakkan ubat-ubatnya di di atas meja kaunter.

"Terima kasih" dia mengambil ubat-ubat itu dan mula berjalan keluar.

Tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti bila mendapati ada seorang perempuan beruniform doktor, tersenyum ke arahnya.

"Jungkook? You Jeon Jungkook kan?" tegur perempuan itu.

Jungkook terdiam seketika. Cuba menghadam kembali siapa perempuan ini. Sepertinya kenal. Tapi siapa?

"You dah tak ingat I ke? Ni Kim Yeri lah"

Ha'ah Yeri! Budak nerd yang tergilakan Cikgu Lee Jong Suk, guru biology masa zaman tadika dulu!

"Ouh Yeri! Dah besar panjang you sekarang ye?"

"Ye lah. You pun I tengok pendek macam siput je dulu. Tak sangka makin lama makin handsome you kan?"

Soalan Yeri itu membuatkan dia terasa malu. Alololo baru tahu ke dia tu handsome!

"Same goes to you.. You buat kerja apa sekarang?" soal Jungkook pula.

"I jadi surgeon je.. kat hospital ni. I dengar cerita you dah jadi CEO kat company appa you kan?"

"Ha'ah" Jungkook mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Tahniah!" kata Yeri.

"Hahahh! You pun tahniah lah jugak sebab dapat capai cita-cita you" kata Jungkook sambil tergelak kecil.

Dan pada waktu yang sama juga,  kepalanya tiba-tiba terasa pening. Dia menyentuh hidungnya pula.

Darah?

"Jungkook? Are you okay?" soal Yeri cuak bila melihat keadaan Jungkook yang sekarang.

"Yeri.. I—"  belum sempat dia berkata apa-apa, tubuhnya jatuh terjelopok ke lantai.

GEDEBUK!

"Jungkook!" Yeri menampar perlahan pipi lelaki itu.

"Nurse! Come here!" jeritnya lalu beberapa orang jururawat mula mengerumuni mereka berdua.

"Kenapa ni doktor Yeri?" soal salah seorang jururawat.

"Entahlah.. Dah cepat tolong dia!"









++++

Maaflah aii terajin hari ni. Cakap nak hapdet malam ni tapi sekarang dah hapdet huhu 🤒

Nak aii buat triple update tak hari ni? Maksudnya malam nanti ada update lagi

Kalau tak nak tak pe 😌





Tak sabar 😢

Tak sabar 😢

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang