60

3.7K 410 290
                                    

"Kami pun hairan.. Seusai kami mencabut masker oksigen tu, dia terus tersedar. Jadi pihak kami nak ucap tahniahlah sebab Puan Haejung berjaya diselamatkan" jelas Dr. Kim sambil tersenyum.

Jungkook yang merasa terharu, terus mendekati Haejung yang dah bangun dan menyandar di belakang katil.

"Haejung!" senyuman kelat dihadiahkan lantas dia memeluk tubuh Haejung.

Kini tinggal mereka berdua di dalam wad itu memandangkan semua orang sudah keluar, sengaja mahu memberi ruang kepada mereka berdua.

"J-jungkook?" soal Haejung dengan agak tergagap. Pelukan tadi dileraikan.

"Yes aku.. Haejung, kau tahu tak dah berapa lama kau tak sedarkan diri? Aku rindu sangat dekat kau" kata Jungkook.

"Jungkook!" kini Haejung pula yang memeluk Jungkook bersama linangan air mata yang baru saja mengalir.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahu tak yang saya dah 9 bulan tunggu awak. Waktu tu juga saya tengah mengandungkan anak awak. Tapi.."

Kata-katanya terhenti bila hatinya tiba-tiba terasa sebak sewaktu teringat kembali perkara lama.

"Maafkan aku.. aku tahu aku salah" belakangnya diusap perlahan.

"Sampai hati awak buat saya macam tu! Awak jahat!" dia memukul bahu Jungkook berkali-kali.

"Haejung.. maafkan aku.." dia terus menguncup dahi Haejung manakala wanita itu sudahpun menangis teresak-esak.

"Lagi satu....

terima kasih sebab bangun... sayang"

***

"Jiminna! Kau chatting dengan siapa tu sengih sengih?!" Jimin mencekak pinggang.

"Alah oppa ni! Suka hati oranglah nak chat dengan siapa. Oppa nak sibuk tu pehal?" Jiminna menarik muka cemberut. Sibuk je Jimin ni suka sangat jaga tepi kain orang!

"Tak boleh! Aku kena kesah sebagai abang kau dan juga pemilik syarikat ini a.k.a bos hengkau! Listen here, kau tu PA aku. Kalau aku dengar kau tak buat kerja, sila berambus dari syarikat aku serta berambus dari rumah aku" tegas Jimin.

"Amboi oppa! Mentang-mentanglah oppa dah kaya dan maju, oppa halau Jiminna sesuka hati ye? Oppa sedar sikit dulu Jiminna yang tanggung makan minum oppa masa Jiminna kerja dengan Encik Jungkook dulu. Oppa tu apa dulu? Jual durian crepe tepi jalan je. Ini pun oppa maju sebab oppa berjaya rampas kebun durian pak cik Namjoon tu kan? Oppa ingat Jiminna tak tahu?" bebel Jiminna panjang lebar sambil turut mencekak pinggangnya.

"Eih budak ni melawan pulak? Sedar sikit aku ni lebih tua dari kau!"

"Kalau tua tak guna nak buat apa!"

"Kuanghajo punya budak! Ni mesti appa kau yang ajar kan?" Jimin mendengus geram. Melawan sungguh adiknya seorang ni.

"Eleh.. Appa Jiminna pun appa kepada oppa juga kan?"

"Menjawab!" Jimin mula menyinsingkan lengan bajunya hingga ke siku. Nak kena Jiminna ni!

"Bak sini phone kau!" Jimin cuba mencapai telefon Jiminna tetapi lantas dielak gadis itu.

"Mana boleh!"

"Cepat bagi aku! Budak ni!"

"Tak boleh!"

Dengan menggunakan kuasa silat teralak yang pernah dipelajarinya dahulu, Jimin mula menibai Jiminna.

Tak teruk pun, setakat kurung adiknya itu dalam tandas aje pun.

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now