+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins
❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞
Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik.
- FANFICTION -
A jeon jungku...
"Adakah kamu bersetuju untuk mengahwini dan menjadikan Jung Yeonha sebagai isteri yang sah hingga ke akhir hayat?(pfft abaikan ayat meraban" kata seorang paderi.
"Yes"
"Adakah kamu bersetuju untuk mengahwini dan menjadikan Kim Taehyung sebagai suami yang sah hingga ke akhir hayat?"
"Yes"
"KISS KISS!!" jerit orang ramai yang menonton perkahwinan Taehyung dengan Yeonha.
Air mata Haejung mula mengalir perlahan memandang Taehyung yang dianggap kekasihnya sudah lebih tiga tahun namun akhirnya berkahwin dengan orang lain.
Taehyung memegang kepala Yeonha bagi menunaikan permintaan orang ramai. Belum sempat dia mencium Yeonha, Haejung terus berlari keluar dari gereja tersebut.
Semua orang memandang pelik kepada Haejung namun, kesah lak aku?
"What happened?"
"Nothing. Cepat sambung"
Setibanya Haejung di luar gereja itu, dia menekup muka dan menangis sekuat hati yang boleh. Harap tak ada orang pasang telinga.
"Bodoh kau Haejung. Kenapa kau bodoh sangat nak datang?"
Dia memarahi dirinya sendiri.
"Taehyung.. sampai hati kau. Dulu kemain lagi kau cakap cintakan aku. Eh kononnya hanya aku je dalam hati kau. Kalau aku tak nak terima kau, acah nak kelar leher lah apalah. Last last kau kahwin dengan orang lain juga. Lagi pula bini kau tu Yeonha. Shit! Dia tu bff aku sejak umur 6 tahun lagi tau. Tapi boleh korang berdua khianat aku pabo!"
Air mata yang mengalir diseka dengan kasar.
"Diaorang berdua memang dah abadi pabo. Tapi aku pun pabo jugak pergi majlis kahwin diaorang acah dah boleh move on dengan semua ni"
Dengan hati yang masih membara dan terbakar, Haejung melangkah pergi dari situ.
***
"Aku benci kau Taehyung! Benci!" Haejung melontarkan batu batu kecil ke dalam sungai.
"Kau pun sama, Yeonha. Nak kata tak tahu tapi kau memang dah tahu yang aku dengan Taehyung memang ada relay sebelum ni tapi entah macam mana kau tackle dia. Korang berdua PENGKHIANAT!"
Dia menghentak-hentakkan kakinya geram.
Kemarahannya kini sangat membuak. Mana tak marah kalau orang yang disayang sudah lebih 3 tahun akhirnya kena kebas dengan kawan baik sendiri. Bukankah itu satu pengkhianatan?
"Babi anj-- ahh!" belum sempat dia menyudahkan kata-katanya, tiba-tiba kakinya tergelincir menyebabkan dia tidak sempat mengawal tubuhnya daripada jatuh ke dalam air sungai.
***
•
•
"Arch--" Matanya dibuka perlahan. Terasa pening dan agak sakit dibahagian kepala. Tangannya menyentuh dahi.
Plaster?
"Dah bangun dah? Ni haa aku buatkan kau bubur. Makanlah biar cepat sembuh dan cepat sikit hilang beban aku untuk jaga kau"
Kata seorang lelaki yang tidak dikenalinya sambil meletakkan semangkuk bubur di meja yang berada di hadapannya.
"Aishh.. awak ni siapa? Apa awak buat dekat saya hah? Awak ada buat apa apa dekat saya ke?" soalan Haejung bertubi-tubi lalu menarik selimut yang menutupi tubuhnya.
"Bwoh? Buat apa apa dekat kau? Eh sorrylah. Setakat muka kau cam anak siput babi ni aku tak pandanglah! Ramai lagi yeoja kat luar sana yang tergilakan aku. Aku tengok muka kau pun aku dah loya. Bukannya nak ucap terima kasih tolong dia lemas dalam sungai dua hari lepas"
Lelaki itu terus mencapai ps4 miliknya dan matanya mula tertancap di skrin tv.
Haejung mula rasa serba salah. Lelaki itu yang selamatkan dia dari lemas dalam sungai hari tu? Eh tak sangka dah 2 hari dia tidak sedarkan diri.
Lelaki yang berpaling membelakanginya itu dipandang. Uishh.. handsome sia. Ini bermakna bukan Taehyung saja yang handsome dalam dunia ni.
Sekeliling rumah yang menjadi tempat dia berehat ini agak kecil dan sempit. Nampaknya lelaki ini tak adalah kaya macam Taehyung. Tapi kalau kaya pun celaka buat apa?
Bubur yang diletakkan dihadapannya disua sedikit. Lapar. Dah dua hari tak makan.
Dengan teragak-agaknya dia bersuara,
"Terima kasih sebab selamatkan saya.. Ermm.. siapa nama awak?"
"Jeon Jungkook. Panggil Jungkook saja"
"Ouh.. saya Im Haejung. Panggil Haejung"
"Perluke aku tahu siapa kau?"
"Hehe tak nak tahu pun tak apa" Haejung menggaru kepalanya yang tidak gatal namun Jungkook sedikit pun tidak memandang wajahnya sebaliknya hanya main dengan ps4 miliknya. Haih kalah budak umur 10 tahun.
Walaupun Jungkook kelihatan agak sombong, tapi tak boleh dipertikaikan bahawa dia agak baik sebab sudah menyelamatkannya. Handsome namatey pula tu. Kalau nak dibanding dengan Taehyung, jauh dia ni lebih baik.
Taehyung sudah menang takkan nak biarkan dia terus kalah dengan lelaki pengkhianat taguna tu? Dengan muka tak malunya dia bertanya Jungkook,
"Jungkook, awak dah kahwin?"
Tergamam Jungkook seketika. Ps4 diletakkan di lantai. Kemudian dia ketawa
"Soalan bangang apakah kau tanya ni ha? Ofc nope. Perempuan mana nakkan aku ni. Dah lah miskin HAHAHA!"
Eh tadi cakap ramai lagi yeoja kat luar sana yang tergilakan dia? -,-"
Baru sahaja Jungkook ingin mencapai kembali ps4, Haejung terus mencantas
"Kalau macam tu jom kita kahwin" terpapar satu sengihan comel Haejung.
"KAU GILA KE?"
++++
For ur information, im sorry sbb buat Taehyung jadi jahat. Watak dia jahat okay and please dont hate him ;-;
Untunglaa siapa boleh tengok mama malam ni. Kite mereput je 😭
Kbai !
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.