Selepas siap order makanan di kaunter, mereka berdua berjalan menuju ke meja sambil membawa makanan tadi.Mata mereka melilau mencari meja kosong memandangkan banyak meja sudah penuh di sini. Akhirnya mata mereka tertangkap pada sebuah meja panjang yang sebelah kanannya kosong tetapi sebelah kirinya ada orang.
"Tu ada satu!" Kata Jungkook seraya mereka berdua pergi ke sana.
Dulang makanan diletakkan di meja itu. Baru sahaja mereka ingin duduk,
"Eh Jungkook !"
"Taehyung?"
Berderau darah Haejung melihat orang yang berada di sebelah kiri meja ini adalah Taehyung bersama isterinya, Yeonha.
Kenapa mereka mesti ada di sini sekarang?
"Jungkook.. Saya nak balik" Haejung mengangkat kembali dulang makanan tadi tapi Jungkook menahannya.
"Bukan ke kau nak teruskan plan kau?" bisik Jungkook agar tidak didengari pasangan itu. Haejung terdiam seketika. Kemudian dengan ragu-ragunya dia duduk.
Kelihatan Yeonha juga sudah menarik-narik tangan Taehyung supaya pergi dari sini, tidak selesa bila berhadapan dengan Haejung.
Tapi sayangnya dia tidak dihiraukan Taehyung.
"Korang macam mana? Okay?" soal Taehyung dengan ramah seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka.
"Okay.. Kita bahagia sangat kan sayang?" Jungkook merembat air Haejung dan meminumnya. Wat der..?
Tapi Haejung tetap mengangguk tanda setuju.
"Ouh baguslaa.." Taehyung tersenyum.
"Korang berapa hari lagi kat sini?" soal Taehyung lagi. Nampaknya Taehyung ni memang pandai berlakon mesra walaupun dia tahu Haejung amat bencikan dia.
"Ermm hari ni last. Sebab tu lah kitaorang nak enjoy hari ni teruk teruk kan Haejung?" Jungkook memeluk leher Haejung yang berada di sebelahnya dan menepuk-nepuk bahunya.
Haejung hanya tersenyum. Dia tahu Jungkook ni pun pandai berlakon bukannya Taehyung sorang!
"Hyung pula macam mana? Bila Yeonha nak beranak?" soal Jungkook pula dengan memanggilnya 'hyung'. Mungkin sebab Taehyung lebih tua dua tahun darinya.
"Mungkin dalam 2 atau 3 bulan lagi kot. Okaylah, haa jomlah makan. Berbual ni tak habis" pelawa Taehyung bila mereka berempat masih belum menyentuh makanan di hadapan.
Jungkook mengangguk.
Selepas itu mereka mula menikmati ayam berempah KFC yang lazat lagikan sedap serta delicious dengan penuh selera.
"Sayang, oppa minum air sayang tau. Yang oppa punya ni boleh kita simpan untuk minum dalam flight pagi esok" kata Jungkook sambil tersenyum manja kepada Haejung.
Hamboih! Kat rumah kemain lagi aku-kau tapi depan Taehyung, mulalah nak sayang-oppa. Lakonan yang terbaik Jeon Jungkook!
"Ermm boleh" jawab Haejung walaupun sebenarnya dia rasa sangat janggal. Apa pun, dia bahagia kerana Jungkook tetap mahu membantunya membalas dendam terhadap lelaki itu.
Sesekali Taehyung dan Yeonha memandang mereka. Kemudian,
"Oppa perut saya sakitlah. Baby ni tendang agaknya" rungut Yeonha.
"Baby daddy.. baby daddy jangan tendang perut mummy tau. Kesian mummy.." Taehyung mengusap-usap perut Yeonha.
Haejung hanya menggulingkan mata.
"Sayang pakai lipstick apa ni? Kenapa rasa straw ni manis sangat? Macam strawberry" Jungkook mencuit hidung mancung Haejung seusai saja menghirup air yang pastinya mereka kongsi.
"Apalah awak ni" Haejung menggosok-gosok hidungnya.
"Eh sayang ni.. awak tu pregnant. Biar oppa yang suapkan" Taehyung menyuapkan Yeonha kentang putar dengan menggunakan sudu apabila ternampak Yeonha hendak memakan sendiri.
"Haejung sayang, bukan macam ni cara nak potong" Jungkook pula membantu Haejung memotong burger menggunakan pisau kecil dan garpu.
"Haa nganga cepat.. Aaa~~" Jungkook turut menganga mulut lalu menyuapkan cebisan burger itu ke dalam mulut Haejung. Halahai sweetnya..
"Thanks awak.." Haejung tersenyum sambil mengunyah cebisan burger tadi.
Yeonha sudahpun menggulingkan mata. Begitu juga Taehyung yang tidak lepas memandang mereka berdua.
Jauh di sudut mata, hati Taehyung sangat sakit melihat kebahagiaan Haejung sekarang.
"Sayang ni makan pun comot. Macam budak budak" Taehyung bersuara sambil mengelap kesan comot pada bibir Yeonha.
"Haa ni sayang saya ni pun comot juga makan mengalahkan baby!" Jungkook terus mencium bibir Haejung sekilas walaupun kenyataannya Haejung makan tak comot pun.
Terkaku Haejung dengan tindakan drastik Jungkook kali ini dan di HADAPAN Taehyung dan Yeonha.
"Manis bibir sayang. Rasa macam nak kiss lagi" kata Jungkook lagi.
"Apalah awak ni" Haejung tersenyum malu.
Taehyung dah perasan muka Yeonha sudahpun memerah menahan marah. Mungkin dia tahu yang Yeonha sememangnya bukan cemburu pada Haejung, sebaliknya cemburu apabila Taehyung asyik duduk perhati mereka berdua.
Emosi dia sekarang sangat tak stabil. Ye lah, emosi orang mengandung kan?
"Ermm Jungkook, Haejung.. Aku balik dululah ni baby aku asyik duk tendang perut Yeonha je" kata Taehyung kepada mereka berdua.
"Ermm.. tak pe.. baliklah.. kesian Yeonha" kata Jungkook.
Taehyung mengangguk dan mereka berdua terus keluar dari KFC itu.
Dah kalah ke macam mana ni? ( ͡° ͜ʖ ͡°)
++++
Adakah Jungkook ikhlas bantu Haejung? ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Hey yo im back! Maaf sebab sekarang aii tak sempat nak hapdet tiap tiap hari macam dulu. Waa dah jadik mangsa SPM tahun ni 😭 tapi tak pe, aii tetap akan update sebab senarnya dah banyak chapt siap dalam draft ni ahaa! Maklumlah time tengah excited hari tu 🌚
Cuma masalahnya sekarang adalah... Aku nak pegang phone pun tak sempat 😭
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfiction+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...