Prolog

111K 2.7K 37
                                    

Langkah kakinya menghampiri isterinya yang ketika itu sedang meraba-raba dinding sambil tangan kanannya menggenggam erat sebuah bingkai. Bibir nipisnya menguntum senyum nipis bila lihat usaha isterinya itu.

"Sayang, nak buat apa ni?" soalnya merapati isterinya yang masih sibuk mencari paku yang terpacak di dinding.

Dengar sahaja suara garau milik suaminya, terus dia pusingkan kepalanya ke arah suara itu. Ya, dia tak mampu untuk melihat namun dia masih ada telinga untuk mendengar suara di sekelilingnya. Bila suara orang yang dia cinta menyapa, bibir Diandra mengukir senyum nampak gigi.

"Abang, tolong saya bang. Dari tadi saya cari paku tapi tak jumpa. Seingat saya tadi, saya dah suruh Kak Ipah pacak paku pada dinding ni."tutur Diandra sambil tangannya masih meraba dinding.

Bibir Zaharil menyeret sengih. Ekor matanya menjeling pada paku yang terletak agak tinggi daripada tangan Diandra. Hahah, patutlah tak jumpa! Diandra ni tinggi dia comel aje. Nak menjengket pun, confirm tak dapat juga memegang pakunya itu. 

Tangan Zaharil yang tadinya berpeluk tubuh tak semena-mena menggenggam erat tangan Diandra yang masih tercari tempat paku itu. Tergamam Diandra seketika sebelum akhirnya bibir mungil itu menguntum senyum pendek.

"Mungkin kalau kita berdua sama-sama cari, Dian mungkin akan jumpa."sempat ayat cia-cia dihambur kan Zaharil.

"Ada-ada ajelah, abang ni. Isy, sempat lagi nak berjiwang dengan saya kan?"ujar Diandra diselangi tawa kecilnya.

Tipulah kalau dia tak cair. Setiap kali Zaharil menghidangkannya dengan ayat-ayat jiwang begitu, dia sudah merona merah kerana menahan malu. Dan.. bila setiap kali Zaharil melihat pipi Diandra sudah memerah, ada saja point untuk lelaki itu menyakatnya.

Sudah setahun, dia dan lelaki itu berumahtangga. Respons? Haha.. dia bahagia. Yurp! Dia sangat bahagia kerana menjadi isteri kepada Megat Naufal Zaharil. Baginya, lelaki itulah suami paling sweet yang orang lain tak mampu miliki.

Mereka berkenalan sejak zaman universiti lagi. Zaharil adalah seniornya dan dia pula adalah junior lelaki itu. Pada awal perkenalan, mereka berdua memang sama-sama tak suka antara satu sama lain tapi makin lama berkenalan, hati masing-masing jadi makin suka. Dari situ, dia belajar untuk mencintai lelaki bernama Zaharil itu.

Tiga tahun mereka bercinta. Bukan masa yang sekejap untuk saling mengenali perangai masing-masing. Tipulah kalau mereka tak ada pasang surut dalam percintaan. Perfect sangat itu kalau bercinta tak ada gaduh bagai itu. Kerana pasang surut itulah, mereka makin mengenali hati budi masing-masing.

Selepas tamat sahaja belajar dan graduate, Zaharil terus menyatakan hasrat untuk menghantar rombongan meminang. Perempuan manalah yang tak teruja bila dapat berita itu kan? Tak tidur malam Diandra dibuatnya bila tahu Zaharil mahu mengahwininya. Terlampau seronok!

Namun, hubungan mereka teruji bila... Diandra kemalangan. Tiga hari sebelum berlangsungnya pernikahan mereka,  gadis itu terlibat kemalangan yang melibatkan kereta yang dipandunya dirempuh oleh dua kereta dari arah bertentangan. Sadis! Kerana kejadian itu, Diandra hilang deria penglihatannya.

Dia buta dan kerana itu dia rasakan dirinya tak sempurna untuk bersama dengan Megat Naufal Zaharil. Tak.. tak boleh! Zaharil tak boleh dapat isteri yang tak sempurna sepertinya. Zaharil perlu dapat perempuan yang lebih baik..

"Awak lupakan saya,Aril. Saya buta! Awak faham tak yang sekarang ni saya dah cacat!!" jerkah Diandra dengan air mata derasnya mengalir di pipi.

Walaupun tak dapat melihat namun telinga Diandra berjaya menangkap keluhan berat yang meniti dari bibir lelaki itu. Sangat berat dan.. lelah.

Zaharil memandang Diandra yang membelakanginya. Perlahan-lahan, langkah kakinya diatur kemas menghampiri tunangnya itu. Bahu Diandra disentuhnya perlahan.

"Saya tak kisah pun kalau awak cacat sekalipun. Di mata saya awak begitu sempurna. Kalau awak hilang mata, saya sudi jadi mata untuk awak asalkan awak selalu ada di sisi saya, Dian."ujar Zaharil dengan nada sebak.

Makin deras air mata Diandra mengalir. "Saya taknak awak jadi mata untuk saya, Aril. Saya taknak jadi beban untuk awak. Awak sepatutnya boleh dapat perempuan yang lebih baik daripada saya.. saya, saya nak awak lupakan saya, Aril." keluh Diandra mengesat air matanya kasar.

Diandra, pujuk hati kau supaya jangan menangis. Kalau kau menangis, Zaharil akan perasan yang kau.. hati kau memang taknak lepaskan dia pergi. Kalau kau kuat kehilangan Zaharil, kau juga perlu kuat untuk menahan air mata kau terus jatuh. Diandra cuba memberi peringatan kecil pada hatinya sendiri.

"Awak ingat semudah itu untuk saya lupakan awak, Dian. Lepas apa yang kita lalui semua ni, semudah itu awak suruh saya tinggalkan awak? Huh.." Zaharil menarik tangannya dari menyentuh bahu Diandra. Pelipis matanya diurut perlahan.

Diandra mengetap bibir. Dia menekur ke bawah. "Awak boleh kalau awak cuba."satu ayat meniti keluar dari bibir merah milik Diandra.

"Habis itu, awak? Awak sanggup lupakan saya?"soal Zaharil cuba membidas Diandra.

Tergamam Diandra dibuatnya. Tak.. dia tak boleh untuk lupakan Zaharil. Kenangan tiga tahun bercinta itu bukannya suatu kenangan singkat yang boleh senang datang dan pergi. Ia perlukan masa berbulan malah bertahun untuk dilupakan. Akhirnya, soalan Zaharil tidak disahut Diandra.

Satu keluhan kecil, Zaharil lepaskan. Dia akhirnya mengambil tempat di sebelah Diandra. Tangan kanan Diandra digenggamnya erat sambil matanya melirik ke arah pemandangan hijau yang terhidang di sekitar Banglo dua tingkat milik Dato' Haiel, ayah Diandra.

"Awak mungkin tak dapat lihat semua ni tapi.. saya akan cuba untuk buat awak nampak guna mata hati awak. Tanpa awak di sisi saya, semua deria yang saya miliki semuanya tak ada makna. Apaguna mata telinga saya kalau saya tak boleh nampak dan dengar suara awak, Dian.."ujar Zaharil dengan penuh makna.

Terpaku Diandra bila dengar ayat Zaharil itu. Ya, kerana ayat itulah Diandra jatuh hati pada lelaki bernama Megat Naufal Zaharil. Dan, dari situ dia yakin yang lelaki itu akan menjaganya walaupun dia tidak lagi sesempurna seperti dulu.

"Mari sini lukisan yang sayang pegang itu, biar abang yang gantung kan." ajuk Zaharil sambil mendepa kan tangan kanannya pada Diandra.

Diandra menganggukkan kepala. Perlahan-lahan lukisan itu diberikannya pada Zaharil. Untuk seketika Zaharil menilik lukisan yang kini berada dalam tangannya. Bibirnya menguntum senyum nipis sebelum matanya beralih pada Diandra yang diam.

Isterinya itu memang meminati lukisan hasil _Ren. Sejak zaman universiti lagi, lukisan daripada pelukis itu akan selalu disimpannya dalam telefon. Walaupun dia dan Diandra mengambil jurusan yang sama iaitu Architecture tetapi Diandra lebih gemar kepada lukisan yang tidak begitu geometrik. Gadis itu lebih gemarkan lukisan yang bebas dan tidak terikat pada sudut dan skala saja.

"Bukan dua minggu lepas, sayang ada beli lukisan ke? Hari ni, beli lagi?" soal Zaharil sambil dia sibuk menggantungkan lukisan milik isterinya itu.

Bibir Diandra menguntum senyum nipis. "Saya tak kisah habis beribu ringgit untuk lukisan itu. Bagi saya lukisan Ren itu bernyawa." ujar Diandra perlahan.

Zaharil tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Sekali lagi lukisan itu diperhatinya. Entah kenapa, dari lukisan itu dia dapat baca sesuatu. Gambar seorang gadis dengan selendang merah menutup matanya.. dalam. Makna lukisan itu sangat dalam.

'Mungkinkah itu Diandra? Matanya ditutup dengan selendang merah, bukankah itu membawa makna hilang deria penglihatan?' soal Zaharil dalam hati sendirian.

Terus, kepalanya memusing memandang wajah bersih Diandra. Kelihatan bibir isterinya itu masih tersenyum dengan lesung pipit menghiasi kedua-dua belah pipinya.

Zaharil mengukir senyum tawar. Tak semena-mena jari jemari Diandra digenggamnya erat. Tak.. dia tak kan mungkin lepaskan Diandra dari dakapannya.

Takkan sesekali..
...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now