BAB 26

30.7K 1.3K 21
                                    

Sudahpun seminggu lebih aku menjadi pengasuh kepada Zaheen. Sudah tiga hari jugalah aku bekerja seorang tanpa Mak Uda. Akhirnya, aku terpaksa buat kerja sendiri. Memandangkan pembantu rumah yang baru tiada, maka buat sementara waktu.. aku diambil sebagai pembantu rumah juga.

Erk, kira naik pangkat ke tu? Penat itu memanglah penat tapi bila jaga Zaheen, penat aku tu terasa hilang. Dapat bermain sorok-sorok dengan Zaheen sudah cukup buatkan aku mampu bertahan dalam rumah villa milik Zaharil ini.

Seperti pagi-pagi sebelum ini, selesai sahaja memarkirkan kereta, aku terus mengatur langkah kemas menuju ke arah rumah Zaharil. Sempat rambut yang aku ikat seperti ekor kuda aku rapikan.

Tiba sahaja di muka pintu, aku terus mengeluarkan kunci pendua untuk membuka pintu rumah tersebut. Yurp, memandangkan sekarang tiada sesiapa yang akan bukakan pintu untuk aku maka si Zaharil itu 'berbesar hati' buatkan kunci pendua untuk aku. Tak adalah buatkan pun.. hmm, buat kunci pendua itu pun, guna duit aku. Pfft.. kedekut!

Baru sahaja aku mahu memasukkan kunci ke dalam lubang kunci pada pintu, tak semena-mena pintu dibuka dari dalam. Terkejut aku dibuatnya. Terus mataku aku alihkan ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan ku.

Tak seperti pagi-pagi sebelumnya, hari ini Zaharil hanya berpakaian kasual dengan seluar jeans hitam. Selalunya, dia akan berpakaian pejabat. Dia tak kerja ke hari ini? Tapi.. erm, handsome lah pula si duda ni pakai kasual. Aumm gitu!

"Apsal?" kasar bahasanya menegur aku yang sedari tadi diam membelek nya.

Terus aku kalihkan mataku ke tempat lain. Urgh!!! Sengal punya Aqishah! Mata itu sopan sikit boleh tak? Pantang betul mata itu bila nampak lelaki hotstuff?! Pfft..

"Erm, encik Megat tak kerja ke hari ini?" soalku sudah menundukkan pandangan ke bawah. Konon nak jaga pandangan lah itu. Acah tunjuk baik kejap.

Dia diam untuk seketika. "Aku tak kerja hari ini. Hmm.. tiba-tiba Zaheen demam pula pagi tadi." mendatar sahaja nada suaranya. Tak dengar pun nada risaunya di situ.

Aku pula yang sudah terkejut semacam. Buntang mata aku bila dengar berita itu daripada mulut Zaharil. Aik?! Semalam bukan main sihat lagi aku tengok si Zaheen itu. Siap, terloncat-loncat atas sofa lagi itu. Pfft.. Hari ini sakit pula dah?!

"Zaheen kat mana sekarang?" soal ku dalam nada sedikit risau.

Zaharil ketap bibir. Wajah aku dipandangnya untuk sejenak sebelum matanya dialihkan ke tempat lain. Dia berpeluk tubuh.

"Ada dalam bilik dia. Erm.. aku dah panggil doktor untuk rawat dia." beritahu Zaharil. Kali ini, baru aku rasakan getaran resahnya.

Walaupun muka dingin Zaharil itu tak menggambarkan kerisauannya namun aku tahu dia resah memikir kan kesihatan anaknya. Yalah, bapa mana yang tak risau bila lihat anak nya sakit?

Kalau boleh, tiap hari dia nak melihat anaknya itu tumbuh menjadi budak yang sihat dan aktif bermain. Namun , sebagai manusia kita perlulah terima hakikat yang hidup kita ini bukannya selalu baik. Kadang waktu masa susah itu juga akan menyerbu kita, seperti contoh: sakit.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Wajah Zaharil aku pandang. Ada riak wajah penuh mengharap bermain di wajah bersih ku.

"Encik Megat, boleh tak kalau saya nak tengok Zaheen? Saya risau lah kalau dengar dia sakit ni." keluhku resah.

Zaharil sudah ketap bibir. "Alah, dia cuma demam biasa aje. Kau jangan risaulah. Pergi terus buat kerja kau." arah Zaharil dalam nada acuh tak acuh.

"Tapi, saya risau Encik Megat. Saya sebagai pengasuh yang jaga anak encik sepatutnya kena jaga anak encik baik-baik. Itu tanggungjawab saya dalam memastikan Zaheen dalam keadaan baik." hamburku cuba menjelaskan tanggungjawab aku sebagai pengasuh Zaheen.

Kali ini, kata-kataku berjaya buatkan si Zaharil itu angkat kening. Dia mungkin tak menyangka yang aku akan berkata sampai macam itu sekali. Ehem.. sebenarnya, aku pun tak sangka yang aku akan bermuqa-dimah sendu tadi.

Lama lelaki itu mendiamkan diri sebelum akhirnya, satu keluhan berat dia lepaskan. Wajah aku dipandangnya. "Okey. Aku akan izin kan kau tengok Zaheen tapi make sure, lepas itu kau buat kerja kau semula." Zaharil beri peringatan.

Terus aku anggukkan kepala. "Baik, encik Megat."

Dia tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tanpa banyak bicara, lelaki itu terus meninggalkan aku. Langkahnya diatur menuju ke dapur.

Aku yang terpinga-pinga sendiri terus menyusun langkah laju ke arah bilik Zaheen.
...
Setelah hampir 20 minit aku menunggu di luar, akhirnya kelibat doktor Yuna keluar dari bilik tidur Zaheen. Keluar sahaja, dia berikan senyuman pada aku. Terus, aku membalas senyumannya.

"Suami puan mana ya?" itulah soalan pertama yang terpacul dari mulut doktor tersebut apabila melihat aku sendirian di situ.

Tergamam aku dibuatnya bila dia sebut suami. Erk? Tang mana pula suami ni? Calon pun tak ada. Namun, aku sekadar menarik sengih pendek.

"Apa maksud doktor dengan suami? Saya.." belum sempat alu menghabis kan bicara ku.

Tak semena-mena aku rasakan ada aura dingin di belakang ku. Yurp, aura sesejuk ais. Aku menoleh sedikit ke belakang. Seperti tebakan ku, Zaharil sudah berdiri di belakang aku dengan wajah tanpa perasaan nya itu.

"Dia pengasuh anak saya doktor." balasnya dengan nada mendatar.

Aku lihat riak wajah doktor itu sedikit terkejut. Mungkin dia juga turut menyedari kesilapannya dalam berbicara. Bila Zaharil katakan itu, baru aku faham yang doktor itu anggap aku adalah.. erm.. isteri dia?!

Erk?! No way, man! Kalau aku jadi isteri dia, mesti aku kena kutuk tiap hari. Kalau dah jadi pengasuh pun, selalu kena perli. Inikan lagi kalau jadi isteri?! Pfft.. mau berdarah telinga aku dengar dia punya perlian yang menyakitkan hati itu.

"Maaf, encik Megat. Saya ingatkan dia isteri encik. Sorry atas keterlanjuran saya." mohon doktor tersebut sudah menayangkan wajah serba salah.

Aku sekadar diam. Tak boleh nak kata apa, sebab si empunya badan ada kat sebelah. Kalau aku mencelah nanti, tak sopanlah pula kan. Tapi, kasihan jugalah aku dengan doktor itu.

Dengar kata, doktor ini doktor baru yang rawat Zaheen. Maka, salah silah keluarga Zaharil ini dia tak tahu. Doktor yang sebelum ini? Hmm.. Mak Uda pernah cerita kat aku fasal kebanyakan perempuan yang mahu menggoda Zaharil dan doktor yang lama itu adalah salah satunya. Mungkin kerana rimas, Zaharil akhir nya memecat doktor tersebut dan menggantikannya dengan doktor peribadi yang baru.

"Tak apa. Ermm.. how's my son? Is he, okay?" kali ini nadanya sudah berubah ingin tahu. Wajahnya yang tadi tak beremosi kini berubah mahu tahu.

Aku di sebelah Zaharil juga turut pasang telinga. Dalam hati, aku berdoa agar Zaheen hanya demam biasa sahaja. Tolonglah, jangan yang teruk sangat.

Bibir doktor itu menguntum senyum. "Erm.. biasalah encik Megat. Demam budak nak membesar. Dalam dua tiga hari nanti, mungkin dia akan sembuh."  ujar doktor itu dalam nada tenang. Riak wajah bersalahnya juga turut hilang.

Aku sudah melepaskan keluhan lega. Tenang sikit hati aku bila dengar keadaan Zaheen tidak ada apa-apa. Mujurlah.

"Boleh saya tengok dia, doktor?" soal ku berharap.

Belum sempat doktor itu buka mulut, tak semena-mena lelaki di sebelah ku bersuara. "Tak payah. Kau buat kerja kau semula." dingin suaranya menyapa halwa telinga aku.

Terus aku tolehkan kepalaku ke arah Zaharil. Dia juga turut pandang aku maka mata kami berlaga. "Kenapa tak boleh pula? Lagipun, saya dah siapkan kerja dalam rumah ini." aku sudah membangkang jawapannya itu.

"Jangan banyak tanya. Kalau aku suruh kau buat kerja, buat ajelah kerja." ujarnya dalam nada mendatar.

Aku kerut dahi. Lama aku pandang wajahnya. Erghhh!! Kalau ikutkan hati, huh.. kenapa hanya kalau? Haih! Isy!! Aku hanya mampu geram dalam hati. Nak melawan? Dia majikan aku. Akhirnya aku mengalah.

"Fine." jawabku pendek. Sempat jelingan aku berikan pada dia apabila matanya tak bersua pada wajahku. Langkahku aku aturkan meninggal kan mereka berdua. Huh!!!!

Ada juga lelaki macam ni? Sudahlah dingin, kejam, tak berperasaan! Macam manalah cik Diandra itu boleh tahan hidup satu rumah dengan dia ni?!
...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now