Keluar sahaja dari rumah Zaharil, satu keluhan aku lepaskan. Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi dan tempoh 2 bulan itu akan cukup. Sampai sekarang, aku tak dapat apa-apa tanda yang Zaharil sukakan aku. Urghh!! Yurp, dia adalah lelaki yang paling susah untuk aku cairkan hati nya.
"Baru balik kerja ke, sayang?"sapa seseorang dari arah hadapanku.
Tergamam aku tatkala mendengar suara itu. Tak mungkin lah? Aku yang sedari tadi jalan menunduk lantai terus mendongakkan kepala memandang ke arah sesosok tubuh yang sedang bersandar pada kereta BMW nya. Ha-Haris?
Senyuman sinis Haris meleret. "Ap-apa kau buat kat sini?"
"Anak Encik Jaafar kerja jadi babysitter? Haha.. kalau ya pun syarikat ayah kau tu itu tengah ada problem, pfft.. janganlah sampai buat kerja parttime, sayang." perli nya. Hujung ayatnya ditekan dalam. Seperti terselit nada marah dalam katanya itu.
Nafasku mulai turun naik. Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni? Aku cuba untuk tak pedulikan Haris dan berura-ura mahu melangkah pergi namun tak semena-mena tangan aku direntap kasar oleh dia. Aku yang terkejut dengan perilaku nya itu tak semena-mena cuba untuk melepaskan tanganku.
"Haris, lepaslah." beberapa kali aku cuba meronta namun tidak berjaya.
Malah genggaman tangan lelaki itu makin kejap pada pergelangan tanganku. Air mataku tak semena-mena mengalir deras. Aku cuba pandang ke pondok pengawal namun tiada sesiapa di situ. Hmm.. sesiapa.. tolong!
"Woi!" aku menoleh ke arah suara itu. Zaharil?
Wajahnya nampak marah malah pandangan tajam dia berikan pada Haris. Malah, Haris memberikan senyuman sinis pada lelaki itu. Sempat Haris belek Zaharil atas bawah. Pfft.. compare kau dengan aku, aku lagi handsome!
"So, inilah lelaki yang cuba nak goda bakal isteri aku eiyh? Huh.. dah macam tak ada perempuan lain yang kau boleh kacau selain Aqish ke hah?!" gertak Haris dalam nada marah.
Aku yang masih cuba untuk lepas kan tangan Haris daripada tanganku terus tergamam. Goda? Zaharil tak pernah goda aku?! Itu semua auta. Siapa yang sebar cerita bodoh itu?!
"Aku.. bukan sesiapa pada kau lah, Haris! Jadi, tolong lepaskan aku sekarang!!!" aku masih meronta dalam tangan Haris.
"Lepaskan dia.." dingin sahaja suara Zaharil menerjah. Aku alihkan panda ngan aku pada Zaharil. Mataku seperti mengharapkan pertolongan daripada lelaki itu. Air mata ku semakin menjadi-jadi.
Haris tersengih sinis. Tak semena-mena tangan ku ditariknya menyebabkan aku masuk dalam pelukannya. Makin meronta aku dalam pelukan Haris. Air mataku bercucuran deras. Beberapa kali aku cuba untuk lepaskan diri namun kekuatannya tak mampu untuk aku tandingi. Kepalaku mulai terasa berat.
Zaharil tak semena-mena meluru ke arah Haris dan sebuah tumbukan padu menyinggah ke pipi Haris. Lelaki itu terus terjatuh ke lantai tar manakala aku yang ada dalam pelukan nya terus terlepas. Sempat tubuhku disambut oleh Zaharil.
Darah merah segar mengalir deras dari celah bibir Haris. Tubuhnya yang meniarap dipaksakan untuk bangun. Tajam pandangannya diberikan pada wajah Zaharil.
Zaharil pula dengan tenang memberi kan pandangan pada Haris. Tiada sekelumit rasa takut pun yang menghiasi wajah milik lelaki itu. Aqishah semakin lemah dalam tangan Zaharil.
"Tolong jangan buat perempuan barang mainan kau. She's not your toy, dude." spontan Zaharil menghamburkan bicaranya. Nampak tenang dalam nadanya.
Haris mengacip gigi menahan geram. "Dia bakal tunang aku lah, bodoh! Kau siapa nak halang aku untuk sentuh dia!!" jerkah Haris dalam nada marah. Bibirnya yang sudah pecah diurutnya perlahan.
Zaharil berdecit sinis. "Aku tak kisah lah kau siapa pun pada dia tapi.. jangan buat semak depan rumah aku. Kau patut pergi kalau kau taknak terima penangan daripada aku." tegas Zaharil mengotakan kata-katamya.
Haris sudah mengetap giginya. Kalau boleh, dia mahu saja panjang kan masalah namun memandang kan tumbukan yang Zaharil berikan padanya masih terasa kebas. Haris mulai berkira-kira. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk mengundur diri.
"I see you!" sempat Haris berikan amaran sebelum dia kembali menaiki keretanya.
Tak semena-mena kereta BMW yang dipandu oleh Haris berlalu dari pandangan Zaharil. Aku yang masih ada dalam tangan Zaharil tak semena-mena jatuh dalam pelukan lelaki itu. Zaharil tergamam. Dahiku yang sudah lembab dengan peluh dingin disentuhnya. Panas. Dalam samar-samar, aku sempat lihat wajah Zahril yang sudah diterpa rasa risau.
"Kau okey tak?" soalan bodoh yang ditanyakannya itu buat aku rasa tersenyum dalam sakit. Aku dapat rasakan nada risaunya di situ.
Soalannya aku tak sahut. Benda terakhir yang aku lihat adalah wajah risau Zaharil sebelum akhirnya mataku tertutup rapat.
...
Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui jendela sedikit sebanyak menganggu lenaku. Terkedip-kedip aku mahu membuka mataku. Dalam samar-samar, aku lihat sosok tubuh seseorang yang duduk di birai katil bersebelahanku."Aqish?"
"..Aril.." yurp, nama itu mula-mula disebut oleh aku.Aku dapat rasakan tangan hangat menggenggam tanganku. Makin lama pandanganku makin jelas dan aku lihat wajah yang memandang aku tersenyum melihat aku. "Kak Ara.." seruku bila wajah itu makin jelas dalam anak mataku.
Ara menguntum senyum nipis melihat aku. Tercalit juga riak risau di wajahnya. "Baguslah Aqish dah sedar. Ibu dan abah pun risau tengok Aqish tak sedar. Dah dua hari kami tunggu Aqish bangun, alhamdullillah .. akhirnya Aqish sedar juga."
Dahiku berkerut. "Du-dua hari?" soal ku dalam nada hairan.
"Yurp, dua hari. Sekarang, Aqish ada kat rumah ibu dan abah. Encik Megat yang tolong hantarkan kamu ke sini malam itu." ujar Ara. Nadanya sedikit kendur kali ini.
Bila kak Ara sebut nama lelaki itu, tak semena-mena kejadian malam itu kembali menerjah dalam fikiranku. Yurp, setiap satu persatu yang jadi seperti di hadam dalam kotak kepalaku. Zaharil yang selamatkan aku malam itu.
Terus aku bangun dari katilku. Kepalaku yang masih berbaki sakit, langsung aku tak pedulikan. Namun belum sempat aku menuruni katil, Kak Ara terus menahan aku dari turun.
"Aqish nak pergi mana?" soal kak Ara sambil menahan aku.
"Aqish nak kerja kak. Aqish nak jaga Zaheen. Dah lambat ni." sempat lagi aku terfikirkan fasal Zaheen. Ya, dua hari bercuti.. kasihan Zaheen.
Tak semena-mena aku mendengar keluhan keluar dari mulut kak Ara. Dia seperti cuba untuk menenang kan aku. Belakangku diurutnya perlahan. Aku sudah pandang pelik.
"Kenapa ni, kak?" soalku dalam nada hairan.
Kak Ara hanya tersenyum kelat memandang aku. "Lepas aje hantar Aqish balik, Encik Megat minta akak cakap kat Aqish supaya tak datang kerja lepas ni. Dia minta supaya Aqish fokus pada diri Aqish aje." beritahu Ara dalam nada serba-serbi.
Aku terpana saat mendengar butir bicara Kak Ara. Terkilan pun ada juga. Jadi.. di-dia pecat aku untuk jaga Zaheen?
...
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...