Bab 13

31.1K 1.4K 98
                                    

Kereta Honda Civic yang aku bawa aku parkingkan agak jauh dari rumah villa milik Megat Naufal Zaharil. Untuk tacapan kali terakhir, aku oleskan lipstik merah menyala ke bibir. Bibirku aku kemam sekejap bagi meratakan lipstik itu memenuhi bibir comelku. Apabila merasakan aku sudah lawa mengancam gitu, bibirku terus mengukir senyum lebar. 

Wou. Lauren Aqishah!! You look so perfect in red. Auummm gitu!! Aku sudah tersengih menggoda. Dalam fikiranku asyik terfikirkan someone. Yurp, someone yang tiba-tiba buat semak dalam jiwa aku.

"Mesti Abang Duda tu akan terpikat kat aku!" punyalah melangit confident aku ni.

Ya, si abang duda. Lelaki anak satu. Ayah kepada si Zaheen a.k.a lelaki paling dingin yang pernah aku jumpa setakat ini. Dan.. yurp! Lelaki itu berjaya buatkan si Lauren Aqishah jadi perempuan acah-acah psiko untuknya.

Rambutku yang terlerai sampai paras pinggang aku rapikan. Blouse hitam yang aku pakai juga aku betulkan. Lagi seksi, lagi bagus. Mengancam gitu. Mesti abang Zaharil tergoda. Aku sudah fikir ke laut.

Pagi tadi, belum sempat jam loceng aku berbunyi.. aku sudahpun bangun dulu. Selalunya, aku tunggu jam loceng aku memekak untuk buat aku bangun. Kadang aje bangun, mostly aku akan sambung balik tidur. Malas nak bangun dari katil.

Tapi..

Pertama kali dalam sejarah hidup Lauren Aqishah, aku berjaya bangun pukul 6.30 pagi. Selesai sahaja menunaikan solat fardhu subuh, aku terus bergerak masuk ke dalam tandas. Lepas bersiap, aku memandu ke pusat beli belah berdekatan pula untuk beli blouse dan pakaian lain yang aku rasakan akan nampak menarik di mata lelaki.

Dari situ, boleh nampaklah kesungguhan aku nak menarik perhatian si Megat Naufal Zaharil itu kan? Huh!! Aku dah dapat bayang reaksi dia nanti kalau nampak aku pakai baju macam ni. Mesti dia terpaku.. wait! Nope.. bukan setakat terpaku aje, ternganga and terbeliak bila nampak kecantikan aku..

Nampak tak expectation aku itu melangit sangat? Well, tak salah nak bermimpi pun kan? Bagus apa ada mimpi yang high-high ni, lagilah korang akan berusaha untuk dapatkannya kan?

Setelah merasakan semuanya baik-baik, aku terus keluar dari perut kereta. Langkahku aku susunkan menuju ke rumah villa Megat Naufal Zaharil. Sedari tadi bibirku meleret senyum panjang bila terbayangkan expectation aku yang melangit itu.

"Cantik,cik Aqishah hari ini."sapa Pak Guard yang semalam.

Aku sekadar menyungging sengih sambil mengucapkan terima kasih. Look?! Pak Guard dia pun cair tengok aku, takkanlah si papa Zaheen itu, takkan? Kalau tak, confirm dia bukan lelaki.

Pintu rumah aku ketuk dua tiga kali. Tak sampai beberapa minit, pintu rumah villa tersebut terbuka dan aku lihat kelibat Mak Uda menjenguk. Sebingkis senyuman aku hadiahkan pada wanita itu.

Aku lihat riak  terkejut yang bermain di wajahnya. Fikirku, wanita itu memuji aku dalam hati. Al-maklumlah, akukan cantik hari ini. Ahahah..

"Cik Aqishah ke ni? Hmm.. kenapa lawa sangat ni?" kan? Aku dah kata. Confirm ramai puji aku punya.

Aku sekadar meleret sengih innocent gitu. "Lawa ke Mak Uda. Tak adalah. Perasaan Mak Uda aje kot." acah rendah diri aku pamerkan. Gila nak menunjuk, nanti orang menyampah pula kan?

"Lawalah. Semalam lawa, hari ini lagi lawa." pujinya lagi.

"Haih,Mak Uda ni. Janganlah cakap macam itu.. saya pula yang rasa segan dibuatnya." balasku masih berlakon baik innocent.

Belum sempat Mak Uda membalas kata-kataku. Sepasang mataku teralih ke arah sesosok tubuh yang memang aku amat nantikan. Wajahnya sama seperti semalam, mungkin sama seperti hari-hari lain. Dingin. Tiada langsung senyuman. Lirikan matanya juga tampak bersahaja.

Atas bawahku dibeleknya. Pandangannya tampak tak begitu tertarik dengan penampilanku. Aku sahaja yang terlebih senyum sampai ke telinga.

"Badut mana pula yang Mak Uda bawa ni?" spontan dia bicara.

Aku dan Mak Uda sama-sama terbeliakkan mata namun aku lebih sikit. Mana tak terbeliaknya, inilah kali pertama ada orang panggil aku badut. Badut tau tak?!!! Serious, dia punya ayat itu buat aku rasa nak tanam diri hidup-hidup dalam tanah.

"Aish, encik Megat ni. Tak baik panggil orang macam itu. Ini cik Aqishah lah, pengasuh yang semalam buat interview dengan encik Megat." cepat-cepat Mak Uda membela aku.

Zaharil terus mengalihkan pandangannya daripada ku. Tenang sahaja wajahnya. Langsung tak terpamer riak bersalah.

"Tahu. Saya cuma nak pastikan aje, Mak Uda. Belum pernah lagi saya jumpa pengasuh bermekap tebal macam dia ni." mendatar sahaja dia menutur kata.

Deep untuk kedua kalinya. Aku sudah tundukkan pandangan aku ke lantai. Entah kenapa, tubir mataku terasa panas bila suara lelaki itu membisikkan kata-kata yang sangat buat hati aku berdarah. Dia malukan aku.. depan Mak Uda.

"Encik Megat.."belum sempat Mak Uda menghabiskan ayatnya, Lelaki itu mencelah.

"Kalau jadi pengasuh, buat cara jadi pengasuh. Aku bayar gaji kau untuk jaga anak aku, bukannya melawa acah-acah kau cantik." ayat pedas yang dia susun menusuk jiwa aku.

Setelah itu, Zaharil mengatur langkah keluar dari rumah. Bahuku dilanggarnya kasar sehingga aku turut sama tertolak ke belakang. Aku masih menundukkan kepala. Huh, aku malu dan aku sedih bila diejek dan diperli tanpa rasa belas oleh lelaki itu. Tak guna!!

Aku dengar enjin keretanya di hidupkan dan perlahan-lahan kereta yang dinaiki lelaki itu meninggalkan perkarangan rumah. Suasana hening membelengu aku dan Mak Uda. Aku masih rasakan wanita itu masih ada di hadapanku.

"Aqishah.."serunya lembut lalu bahuku disentuhnya.

Aku masih tidak mengangkat wajah. Tubir mata yang sudah bergenang akhirnya jatuh membasahi pipi. Tak semena-mena tubuh Mak Uda aku peluk erat. Di bahunya, aku menangis semahunya.

"Kenapa mulut dia laserrr sangat, Mak Uda?"aduku dalam nada sebak.

Mak Uda sekadar mengurut belakangku. Cuba meredakan tangisanku yang makin hebat. Ya, mana mungkin aku dapat bertahan dengan perlian macam itu? Hey, for the first time aku dihina seteruk itu. Siapa tak menangis kalau macam itu?

"Sabarlah Aqishah. Encik Megat badmood kot, sebab itu dia cakap main lepas aje." pujuk Mak Uda masih menyapu belakangku.

Aku tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Aku masih teruskan tangisan ku.

Huh, hari pertama bekerja. Dan...ianya pengalaman teruk seumur hidup aku.

...

Sepanjang pemanduannya, suasana dalam kereta hening saja. Hanya bunyi radio sahaja yang memecah keheningan dalam kereta tersebut. Sambil matanya fokus pada pemanduan, fikiran nya sedari tadi asyik terimbau kan kejadian tadi.

"Lauren Aqishah.."sebutnya sebelum senyum sinis dia lukiskan pada bibirnya.

Zaharil bukannya bodoh sampai tak dapat baca apa yang gadis itu mahukan. Dia ada PhD yang dapat membuktikan IQnya bukannya calang-calang. Dia masih ada akal yang dapat bandingkan perangai setiap manusia yang datang dan pergi dari hidupnya. Pfft.. orang yang bodoh aje akan diperbodohkan oleh Zaharil.

Bukannya dia tak tahu niat si Aqishah itu. Sama seperti perempuan lain. Niat mahu menggoda nya, memikatnya dan selepas itu mahu menikmati hartanya yang berlimpah ruah. Dia sudah lali dengan perangai perempuan yang macam itu. Sudah hampir beribu perempuan yang berperangai seperti itu jadi dia dah ada sense untuk detect ciri-ciri perempuan kaki kikis ni.

Lauren Aqishah ada lah salah satunya. Melawa. Bermekap, berlipstik, pakai baju cantik.. huh, itu aje yang mampu perempuan itu hidangkan? Pfft.. Zafriel tersengih sinis.

Dia masih tak dapat lupakan wajah Lauren Aqishah tadi. Malu. Segan. Marah. Semuanya dia dapat lihat dari wajah 'manis' gadis itu.  Dan.. Zaharil suka bila tengok gadis itu menunduk kerana malu. Yurp, gadis itu perlu sedar tempat dia berdiri.

Takkan semudah itu, Zaharil akan terpikat.. Datanglah beribu perempuan di dunia ni, Zaharil takkan pernah berubah hati.

Diandra, akan selalu ada dalam hatinya..

...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now