BAB 44

31.4K 1.2K 36
                                    

Telefon pintarnya yang seringkali bergetar di atas meja sedikit sebanyak menganggu konsentrasi nya untuk melakukan kerja. Sudah lah lusa dia bakal membentangkan projek terbaru syarikatnya. Jadi, masa yang ada, Haris gunakan untuk perbaiki kesilapan kecil yang mungkin akan merosakkan kualiti syarikatnya.

Belum sempat kiraan detik, sekali lagi telefon pintarnya bergetar. Akhirnya, satu keluhan kasar dia lepaskan. Tangannya terus mencapai iPhonenya lalu dengan wajah geram dia membelek.

'Biy, you free tak hari ni? Temankan I shopping, please..'-Suzana.

'Babe, apa kata hujung minggu ni kita pergi New York. Ada fashion Show kat sana.'- Xixi.

Dan, beberapa lagi mesej daripada perempuan yang sebenarnya dia sudah anggap seperti perempuan pemuas nafsu semata-mata. Perempuan jalang tapi demand nak tinggi. Mungkin masih tak cermin diri sendiri kot.

Akhirnya, Haris ambil keputusan untuk matikan terus telefonnya setelah itu.. dia tolak iPhonenya jauh-jauh. Yurp, that's the good idea untuk teruskan kerjanya senula.

Belum sempat Haris mahu menyentuh keyboard laptopnya, tak semena-mena ketukan pada pintu pejabatnya pula menyinggah. Ah, damn! Now what?!

"Bos, ada seseorang nak jumpa bos." beritahu pengawal peribadinya dalam nada yang sedikit mendatar. Mukanya juga nampak cool.

Haris mengalihkan ekor matanya memandang ke arah pengawalnya tersebut. Dahinya sudah berkerut. Seseorang? Untuk sejenak, jam tangannya ditilik. Jam baru menuding ke angka 12 tengah hari. Hmm.. rasanya dia tidak memiliki apa-apa temujanji hari ini.

"Lelaki atau perempuan?" soal Haris kembali memandang ke arah pengawalnya tersebut.

"Seorang perempuan, bos." balas pengawal itu dengan hematnya.

Makin berkerut dahi Haris dibuat nya. Hmm.. masih terlalu awal rasannya dia menempah seorang gadis untuk ditiduri. Yurp, awal lah pula perempuan serah diri padanya.

"Bos izinkan dia masuk ke tak?" soal lelaki bersut hitam itu dengan nada mahukan kepastian.

Haris ketap bibir. Sempat dia alihkan pandangannya ke arah komputer ribanya. Huh!! Time aku nak siap kan kerja jugalah, manusia durjana ni datang nak kacau masa aku! Pfft.. Haris mendengus kecil.

Akhirnya, dia menganggukkan kepala. "Bagi dia masuk. Kau setkan 20 minit jam kau. Kalau orang tu still tak keluar dari pejabat ni, kau terus tarik dia keluar dari pejabat aku. Faham?" arah Haris memberikan arah.

Dengan patuhnya, pengawalnya mengangguk setuju. Setelah itu pintu pejabat Haris kembali ditutup. Haris sempat menyiapkan sedikit kerjanya. Selang beberapa minit kemudian, ada sosok tubuh memasuki pejabatnya.

Serentak itu, Haris mendongakkan matanya. Tergamam dia tatkala melihat kelibat gadis itu ada depan matanya. Sesekali mata nakalnya meliar membelek tubuh seksi gadis itu.

"Ara?" tergamam Haris tatkala melihat kelibat Ara sudah berjalan ke arahnya.

Gadis itu ukir senyum sinis. Yurp, meluat tengok muka mamat yang dah hancurkan seluruh hidupnya tapi Ara terpaksa. Supaya rancangannya berjalan dengan lancar, dia perlu buat semua ni.

"Hai, tak guna! Aku ingat kau dah lupakan aku." balas Ara dalam nada perli. Tanpa banyak kata, kerusi di hadapan Haris didudukinya.

Haris terus alihkan matanya daripada Ara bila rasakan perlian itu berjaya membunuh moodnya. Pfft.. kai fikir kau cantik?

"Patutnya dah lupa. Erm.. ke you sebenarnya yang tak dapat lupakan I?" sengihan sinisnya terukir. Nampaknya peryemuan dengan Ara lebih menarik dari menyiapkan kerja nya tadi.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now