BAB 41

31.8K 1.3K 21
                                    

Langkahku aku atur menuju ke perkarangan rumah Villa Megat Naufal Zaharil. Sambil-sambil itu aku rapikan sedikit rambut yang aku ikat sanggul. Simple but the style is so nice to me. Like it!

"Anak cari siapa?" mati langkahku tatkala mendengar suara wanita menegurku dari belakang.

Perlahan-lahan, aku toleh ke belakang. Terlihat sesusuk tubuh wanita berumur sekitar 50-an memandang ke arahku dengan perasaan hairan. Terlihat juga kerutan di wajahnya seperti mahu tahu siapakah aku.

"Makcik ni siapa?" soalan berbalas soalan.

Takkanlah baru sehari cuti, Zaharil ambil pengasuh baru kot? Wait, kalau makcik yang ada kat depan aku ni pengasuh baru maksudnya.. Zaharil nak buang aku? Huh?!!

Buntang terus mata aku apabila tebakan aku buat itu mengganggu fikiran aku. Tergamak dia buat aku macam ni? Tak cair dengan aku tak apalah asalkan jangan buang aku dari kerja ni!

"Mak-makcik nak rampas kerja saya ke? Makcik pengasuh baru Yeen ke? Betul ke makcik."bertubi soalan aku hamburkan. Resah.

Wanita itu sudah angkat kening bila mendengar butir bicaraku. "Pengasuh?"

"Ya, betul kan mak cik?!!! Huh! Sanggup encik Megat buat saya macam ni.. Apa salah saya sampai dia buat saya macam ni? Saya pun.." belum sempat aku menghabiskan bicaraku.

Tak semena-mena aku terdengar deheman kecil di belakangku. "Itu mama akulah." spontan suara garau itu menyergah.

Kelu lidah aku tatkala mendengar jawapan Zaharil itu. Telan liur aku dibuatnya bila dengar kenyataan Zaharil. Hilang terus rasa kecewa aku dan kini ianya diganti dengan rasa seram sejuk.

Omaigod!!!! Kenapa aku boleh tersalah sound ni? Huh!! Dahlah aku panggil makcik lepas itu sesuka hati aku aje panggil dia.. pengasuh. Habislah kau, Aqish. Say bye-bye to your job!

"Siapa ni, Megat?" soal Engku Dahlia dalam nada tegas.

Zaharil sudah ketap bibir. Keningnya yang tidak gatal digarunya sambil tangan kirinya sudah bercekak pinggang. Habislah kau, Megat! Apa kau nak jawab dengan mama kau sekarang ni?

Perempuan ni pun satu hal. Cubalah rajin kan diri baca whatsapp tu. Aku dah suruh dia tak payah datang hari ini tapi still bebal! Now, the problem comes!

"She's a babysitter. Dia yang jaga Yeen bila Megat pergi kerja." balas Zaharil. Sempat matanya memandang ke arah Aqishah yang sudah tertunduk-tunduk bersalah. Yurp!! Memang bersalah pun..

Engku Dahlia ketap bibir. Keningnya sudah terangkat memandang aku atas bawah. Muka serius dia tayang kan pada aku.

"Nama siapa?" mendatar saja dia mengajukan soalannya.

Aku dongakkan pandangan ku menatap wajah Engku Dahlia. Wajah serius nya itu berjaya buat aku kecut perut. Erk.. mak dengan anak muka memang dingin ke?

"Lauren Aqishah, puan." balasku dengan terselit nada risau.

Wanita itu sekadar menganggukkan kepala. Sekali lagi, atas bawah ku dipandangnya sebelum matanya dialihkan memandang ke arah Zaharil.

Entah kenapa, bibirnya menguntum senyum penuh makna.
....
"Awak masak apa ni?" sergahan dari belakang buatkan aku yang ketika itu sedang leka memotong cili merah terus berhenti.

Belakangku aku toleh dan aku lihat kelibat Engku Dahlia di belakang ku. Senyuman dia berikan kepadaku dan tak semena-mena aku membalas nya.

"Saya masak tomyam seafood aje, puan." beritahuku sambil kembali menyambung memotong cili.

Yurp, perkenalan yang agak teruk hari ini namun tak sangka Engku Dahlia jenis yang tak ambil kisah. Malah, dia siap tolong aku kemas rumah lagi. Wou!! Tak sangka ada orang kaya yang merendah diri macam ni.

Engku Dahlia memerhati saja gelagat aku yang sedang memotong cili hijau dan cili merah. Dia sudah bercekak pinggang. Resah? Gila tak resah bila madam besar perhatikan aku semacam. Huh, aku silap ke?

"Aqishah reti masak apa aje?" soal nya memulakan topik.

Aku pandang Engku Dahlia. "Saya tak adalah pandai sangat, puan. Kalau masakan melayu, western itu bolehlah juga sikit-sikit. Ermm.. biasa-biasa aje." sempat aku merendah diri. Yurp, kena jaga imej Lauren Aqishah. Even sebenarnya perangai merendah diri itu tak pernah pun wujud dalam kamus peribadi aku. Ahahah..

Wanita itu menganggukkan kepala. Sekali lagi dia diam. Posisi bercekak pinggang tadi berubah kepada posisi berpeluk tubuh. Spontan tubuhnya disandarkan pada dinding menghadap ke arah aku.

"Tomyam seafood ni salah satu kegemaran Megat. Aqish tahu ke fasal ni?" soal Engku Dahlia mengalihkan pandangannya ke arah aku.

Terpana aku sejenak, terus aku alih kan pandangan ku menatap wajah bersih Engku Dahlia. Dahiku sudah berkerut. Serious, aku pun tak tahu fasal ni..

"Saya tak tahu pun, puan. Erm, saya masak tomyam ni pun random." beritahu ku jujur. Tak sangka aku boleh korek rahsia Zaharil melalui mamanya.

Engku Dahlia tersenyum nipis. Yurp, manis sahaja senyumannya yang menampakkan lesung pipit pada pipi kanannya. Terus dia menghampiri aku.

"Kamu nak saya ajar macam mana nak masak tomyam kegemaran Megat? Bolehlah lepas ni kamu practice." ujar wanita itu. Nadanya kali ini berubah ramah.

Aku tergamam. Wajah Engku Dahlia aku pandang semacam tak percaya. Bagai bulan jatuh ke riba.. yurp, apa pertolongan yang mahu Tuhan berikan pada aku ketika ini?

Selama lebih kurang sejam aku berada di dapur, banyak tips-tips yang Engku Dahlia berikan pada aku. Dia juga banyak buka menu makanan yang digemari oleh Zaharil dan menu makanan yang kurang digemari oleh Zaharil.

Hmm.. rupanya, Zaharil ini jenis yang bukan pemilih. Apa jenis makanan pun dia makan asalkan benda itu tiada kaitan langsung dengan daging lembu. Yurp, patutlah hari itu.. aku masak daging lembu, hanya Zaheen aje yang makan dan bukannya Zaharil. Dia pun tak pernah beritahu aku tentang apa yang dia tak suka.

Bila fikir balik, Zaharil tak pernah merungut fasal menu makanan yang aku masak cuma.. masa  awal itu ajelah dia demand sikit. Apa yang aku masak semuanya tak kena tapi semenjak dua menjak ni, dia dah tak banyak complain. Kalau dia suka dia makan, kalau dia tak suka dia tinggal kan. Agak kejam tapi tak menyakit kan hati.

Selesai sahaja menyiapkan lauk makan petang, aku terus bawanya ke meja makan. Engku Dahlia tanpa segan silu turut sama membantu aku menghidangkan makanan di atas meja. Risaulah juga aku. Dia dah lah mak kepada Zaharil, maam besar pulak itu tapi dia pula yang tolong aku hidangkan makanan. Yurp.. Engku Dahlia memang terbaik.

"Saya pelik kenapa Megat tiba-tiba nak ambil pengasuh. Perempuan muda pula itu." bicara Engku Dahlia berjaya menjedakan sejenak perbuatan ku mahu menyusun lauk.

Terus aku alihkan perhatian ku pada Engku Dahlia. "Maksud puan?"

Bibirnya menguntum senyum kelat. "Semenjak Diandra tak ada, Megat tak pernah teringin untuk jatuh cinta. Malah, kalau boleh dia taknak dekat pun dengan perempuan. Sebab itulah, dia minta Mak Uda yang bekerja dalam rumah dia untuk jaga Yeen. Tapi.. sekarang, saya tak sangka dia boleh terbuka hati untuk ambil kamu bekerja." jelas Engku Dahlia. Senyuman nipis meleret di wajahnya.

Aku ketap bibir. Pandanganku aku tundukkan ke bawah. "Sebenarnya, Mak Uda yang paksa Megat terima saya puan. Tak ada sebab lain pun sebenarnya." balasku jujur.

Yurp, tak ada sebab lain. Bukan kerana suka tapi kerana terpaksa.
...

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now