BAB 6

37.2K 1.6K 17
                                    

Farid yang sedang tidur aku pandang sebak. Kasihan melihatkan budak yang masih di bawah umur terlentang dengan tubuh tak berdaya seperti itu. Sedangkan budak-budak yang seumuran dengannya ketika ini sedang asyik bermain sakan, melompat sana-sini seperti tiada hari esok.

"Terima kasih cik Aqish sebab sudi bantu anak saya. Tanpa pertolongan cik Aqish dengan encik Zaharil, saya tak tahulah macam mana nasib anak saya ni. Mungkin.. saya akan kehilangan dia." ujar wanita berumur sekitar 30-an itu kepada aku.

Air matanya turun deras menambah kan rasa sebak di dadaku. Aku pegang bahunya. "Puan, bukan saya yang bantu puan tapi boss saya yang tolong Puan. Saya hanyalah orang tengah kepada boss saya, puan."bohongku.

Yurp, aku mesti rahsiakan siapakah gerangan yang membantu Farid ini. Tiada siapa boleh tahu yang aku tolong dia.

Wanita itu sekadar menganggukkan kepala. Tangan kecil Farid digenggamnya erat. Sebagai seorang ibu, mana mungkin kita mahu kehilangan seorang anak yang sudahpun kita kandung 9 bulan kan? Ibu mana tak sayangkan anak?! Binatang pun reti sayang anak, ini kan lagi manusia.

Bahunya aku urut perlahan. Berharap agar apa aku buat itu dapat mereda kan kesedihan yang menjerat tangkai hati wanita itu.

"Puan janganlah cakap macam itu. Saya yakin Farid akan cepat sembuh. Saya tahu dia kuat. Harap duit itu cukup untuk beli jantung baru Farid, ya puan?" pujukku masih membelai bahunya perlahan.

Wanita itu sekadar menganggukkan kepala. Wajahnya suram memandang Farid yang masih terbaring lena. Air mata yang tadinya bergenang diseka. Aku turut sama memandang ke arah Farid juga. Sebingkis senyuman tipis aku ukir kan di bibirku.

"Terima kasih untuk kesekian kalinya ,cik Aqish. Saya tak tahu nak balas apa untuk pertolongan boss cik yang tak terhingga ni." tuturnya dalam nada serba-serbi.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Tangan kanan wanita itu aku genggam erat. "Tak payah balas apa pun, puan. Cukup dengan berita yang Farid dapat sembuh pun dah kira hadiah untuk boss saya. Hmm.. dah, puan. Jangan fikir apa-apa lagi. Sekarang kita doakan apa yang terbaik untuk anak puan." balasku mengukir senyum pendek.

Wanita itu sekadar menganggukkan kepala. Ekor matanya dialihkan pada Farid semula. Sesekali selimut yang membaluti tubuh kecil Farid dibetul kannya. Melihatkan itu, aku hanya mampu ukir senyum.

Kasih seorang ibu itu memang hebat. Patutlah nabi sebut tiga kali kasih ibu baru kasih bapa. Nampaknya, pengorbanan wanita bergelar ibu ni memang besar.

Suasana hening mulai membelengu ruang antara aku dengan ibu Farid. Aku lihat sahaja wanita itu membelai ubun rambut hitam Farid. Entah kenapa, aku rasa menganggu pula mereka berdua itu bermesra.

"Erm, puan. Saya nak minta diri dulu." ucapku sudahpun berdiri berura-ura mahu pergi.

"Nak ke mana, cik Aqish?" soal wanita itu ingin tahu.

Aku mengukir senyum pendek. "Saya nak pergi kafe sekejap. Sejak pagi tadi saya tak makan. Saya minta diri dulu, eiyh?" ujarku.

Apabila ibu Farid mengizinkan, aku terus mengatur langkah keluar dari bilik rawatan Farid. Satu keluhan aku lepaskan lalu bibirku melukis senyuman. Puas. Yurp, puas sebab akhirnya aku dapat juga tolong irang yang memerlukan.

Selama ini, duit aku banyak habis kepada benda-benda yang langsung tak bermanfaat. Beribu-ribu ringgit aku habiskan hanya untuk membeli beg dan baju yang aku hanya pakai dua tiga kali untuk satu tahun. Membazir. Namun sekarang, baru aku rasakan duit aku itu berguna. Sedekah itu lebih baikkan?

Aku mengatur langkah menuju ke arah kafe yang berada di aras 4. Sesekali itu sekeliling hospital itu aku pandang. Ramai betul orang yang sakit zaman sekarang ni. Hmm.. sepatutnya makin maju sesebuah negara itu makin kurang lah bilangan pesakitnya kan. Ke tidak? Hmm.. nevermind.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now