BAB 29

29.8K 1.2K 4
                                    

'Kahwin dengan Haris?'

Aku masih tak dapat lupakan apa yang terjadi pagi tadi. Huh!! Aku tak sangka abah akan terfikirkan idea gila seperti itu. Haris? Abah nak jadikan lelaki itu sebagai suami aku?! Huh, sampai bila-bila pun aku takkan ambil bekas tunang Kak Ara itu menjadi suami kepada aku. No way, no more!

"Abah, Ara rasa Ara nak batalkan pertunangan ni."kata-kata Kak Ara itu berjaya buatkan semua yang ada di ruang tamu itu semuanya terkejut. Abah yang tadinya elok bergelak tawa dengan papa Haris terus menayangkan muka tergamam. Begitu juga dengan orang tua Haris yang datang pada hari itu.

"A-Ara.. apa kamu cakapkan ni?"soal abah masih tak percaya pada keputusan Kak Ara itu.

Aku yang ketika itu sedang duduk bersebelahan ibu hanya menarik senyum pendek. Yurp, aku suka pada keberanian Kak Ara yang berterus terang itu. Antara semua yang ada kat situ, hanya aku seorang sahaja yang tahu apa yang jadi sebenarnya sehingga Kak Ara buat keputusan untuk putuskan pertunangannya dengan Haris.

Sempat mataku melirik ke arah Haris. Seperti apa yang aku tebak, bibirnya juga menguntum senyum teruja. Huh!! Dasar lelaki tak guna!

Mata Ara dialihkan ke arah Haris. Terus senyuman yang tadi terlukis di birai bibir Haris mati. Kini, dia gantikan dengan wajah penuh beremosi. "Ke-kenapa Ara buat keputusan macam itu?" nada sedih dia layangkan.

Wajah Kak Ara jadi serba-serbi bila mendengarkan soalan Haris. Yurp, wajah yang penuh terpaksa. "Saya tak sukakan awak." balas Kak Ara pendek sebelum berlari memanjat tangga rumah menuju ke biliknya barangkali.

Semua yang ada di situ semuanya terpaku pada kejadian yang berlaku sebentar tadi. Terasa seperti menonton sinetron indonesia pukul 2 petang sahaja rasanya. Wajah kedua orang tua Haris sudah berubah geram, terus dua pasang mata itu memandang ke arah abah dengan rasa tak puas hati.

"Apa semua ni, Jaafar? Kata nak jadi besan tapi sekarang..??" soal papa Haris bersertakan dengusan marahnya.

"Aku pun tak tahu kenapa Ara buat keputusan macam itu. A-aku rasa dia moody itu, biasalah perempuan." balas abah cuba menyedapkan hati masing-masing. Walaupun aku tahu abah tak berjaya untuk memujuk hatinya yang semua ini bukannya sebuah gurauan.

Sejak kejadian itu,hubungan persahabatan abah dengan papa Haris mulai renggang. Kalau kebiasaannya, keluarga Haris akan datang menjenguk keluarga kami namun selepas sahaja kejadian itu, nak nampak batang hidung mereka pun susah.

Bukan setakat hubungan sahabat dengan sahabat menjadi renggang malah hubungan anak dengan ayahnya juga jadi berantakan. Kak Ara hilang kepercayaan daripada abah. Kasih sayang abah padanya juga semakin luntur dan.. yang paling teruk, abah tak sudi nak tengok muka Kak Ara. Layanannya pada kak Ara pun dingin.

Kadang, aku kasihan melihat nasib kak Ara. Dia bukannya degil seperti aku. Kalau boleh, apa yang dia buat itu perlukan kepuasan abah walaupun benda itu amat menyakitkan perasaannya.

Abah minta dia teruskan bisnes keluarga, dia buat. Abah minta dia berhenti melukis, dia buat. Abah minta dia kahwin dengan anak kawan abah? Dia buat juga walaupun sebenarnya kak Ara masih belum bersedia untuk berkeluarga.

Kadang, aku boleh buat kesimpulan bahawa hidup kak Ara hanya dibawah lidah abah sahaja. Mengiakan arah abah tanpa sedikit pun memikirkan perasaan sendiri.

Telefon pintarku yang berdering di dalam kocek seluarku tak semena-mena mengembalikan tumpuan ku ke realiti. Terus, tangan kananku mencapai telefon pintarku lalu nama pemanggil aku belek untuk sejenak.

Tak semena-mena, senyuman lebar terukir di birai bibir tatkala nama pemanggil itu menjadi tatapan mata. Hmm.. panjang umur!

"Kak Ara~~"mendayu aku menyeru nama kak Ara selepas salam yang diberikannya aku sambut.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now