BAB 64

39.1K 1.6K 81
                                    

"Aku tak fahamlah. Kenapa encik Megat kau itu ego sangat?" gerutu Wani dalam nada geram. Nampak rasa tak puas hati pada riak wajahnya.

Faizul di sebelah Wani juga turut sama menganggukkan kepala. Aih, mentang-mentang Wani itu girlfriend  dia, terus join pakatan Wani lah. Cis!

Aku di hadapan sudah mengeluh perlahan. Aku dah dapat agak apa yang akan jadi kalau aku buka cerita tentang Zaharil pada Wani. Mesti dia akan berleter panjang. And.. apa kes dia bawa boyfriend dia sibuk sekali nak dengar citer aku ni?

"Aku pun tak tahulah macam mana nak buat? Sejak dapat tahu siapa aku, dia langsung tak contact aku." beritahu lagi dalam nada kesal.

"Whatsapp pun tidak?" soal Faizul pula ingin tahu.

Hanya gelengan saja yang mampu aku berikan. Huh!!! Aku tak faham apa yang Zaharil nakkan sekarang ni. Dia betul-betul tak sayang aku ke? Habis, kalau tak sayang.. kenapa perlu ikat aku dengan sebuah pertunangan. Kenapa biarkan aku macam ni?

"Jadi, korang ni masih tunang ke atau pun.. erm, kau faham-faham lah." soal Wani pula.

Satu keluhan aku lepaskan. "Aku pun tak tahu apa status aku sekarang ni. Dia pun tak cakap apa." jelasku dalam nada lelah.

Wani dan Faizul sudah saling berpandangan. Serentak itu, mereka berdua sama-sama menggaru dagu. Seperti berat aje kes aku yang satu ni.

"Berat kes kau ni, Aqish. Berat-berat.. hmm, kau tak contact dia ke?" soal Faizul lagi.

Sepanjang perbincangan ni berlangsung, Faizul lebih banyak bertanya dan mengangguk. Jawapan kepada masalah aku, dia tak bagi. Pfft.. lebih baik tak payah macam itu kan?

"Aku ingat dia akan contact aku, jadi.. aku pun tak contact dia." tutur ku dalam nada bersalah. Air milo sejuk yang terhidang depan mata aku pandang dengan rasa kosong. Sama kosong seperti apa yang hati aku rasa.

Wani menarik nafas dalam. "Kalau kau pun taknak mengalah. Jawab nya sampai bila-bila pun korang tak kan berbaik. Dalam kes macam ni, salah seorang daripada korang kena mengalah. Kalau tak dia.. engkau." Wani sudah bagi jalan lurus.

"Kau nak aku mengalah berapa banyak kali lagi? Aku perempuan, dia lelaki.. sepatutnya dia yang kena concern tentang perasaan aku. Bukan aku yang concern tentang apa yang dia rasa." aku sudah mula menegakkan pendirianku.

"So, that's why lah masalah kau dengan Encik Megat ni tak selesai. Kau still ada pemikiran kolot macam itu. Kau fikir lelaki aje yang kena minta maaf.."tiba-tiba Faizul meluah kan pendapatnya.

"But, that's true. Lelaki memang patut faham perempuan, not.. perempuan yang kena faham lelaki." aku masih berkeras.

Wani mengeluh perlahan. Tak semena-mena tangan aku, digenggamnya erat. Terus aku alih kan pandanganku memandang kawan baik aku itu. Senyumannya dihidangkan pada aku.

"Aku dengan Faizul pun selalu gaduh tapi ending kitorang pun akan berbaik juga. It's not about our gender rules but its all about how far we trust each other feeling. Kau sayang dia.. means, kau kena cari cara macam mana nak dia ada selalu dekat dengan kau." terang Wani dalam nada memberi nasihat.

Aku tergamam. Dalam diam, aku mengiakan apa yang Wani bicara kan. Hmm.. mungkin aku lebih banyak pengalaman bercinta namun pengalaman itu langsung tak mematangkan aku. Yurp, kerana sebelum ini cinta yang aku rasa bukannya melibatkan perasaan tetapi kerana mahu bergembira dan berfoya.

"How sweet , my dear." suara garau Faizul mencelah ruang kosong antara kami bertiga.

Terus aku dan Wani tayang muka jijik bila dengar Faizul buat ayat jiwang minta kaki. Namun setelah itu, kami bertiga sama-sama ketawa. Yurp, memandangkan aku, Wani dan Faizul sama-sama perangai masuk air jadi senang nak ngam.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now