BAB 51

35.3K 1.5K 82
                                    

Sedari tadi, bibir Zaharil menarik sengih. Yurp, perkara yang paling pelik dalam seumur hidup adalah apabila melihat lelaki seperti Zaharil mampu tersenyum. Lagi pelik bila lelaki itu tersenyum begitu apabila dia masih dalam waktu bekerja.

'Papa, tengok Yeen lukis siapa ni.' Zaheen terus menarik tangan Zaharil untuk menunjukkan lukisan yang dia lukis.

Zaharil yang ketika itu sedang asyik membetulkan tali lehernya terus menoleh ke arah anak terunanya itu. Tali leher hitam yang dipakainya buat kan Zaharil lebih terpentingkan ke situ sedikit berbanding panggilan daripada Zaheen.

"Sekejap Yeen, papa nak betulkan tali leher papa ni." ujar Zaharil cuba merapi kan tali lehernya secepat mungkin.

Namun, Zaheen yang jenis keras kepala itu masih lagi menaggoyang-goyangkan tangan Zaharil untuk melihatnya terlebih dahulu. Akhirnya, Zaharil mengeluh akur. Yurp, akur. Nasib baiklah si Zaheen ni, anak sendiri.. kalau anak orang dah lama dia cubit hidung. Manja dan juga keras kepala.

Zaharil melutut di atas lantai. Wajah comel Zaheen dipandangnya lalu pipi chubby Zaheen disentuhnya.

"Mana lukisan yang Yeen nak tunjuk kan itu? Show me." pinta Zaharil dalam nada ingin tahu.

Bibir mungil Zaheen mencoret senyum nampak gigi. Jelas kelihatan barisan gigi putihnya yang menyala. Kertas A4 putih yang tercoret lukisannya disembunyikan menghadap dada nya. Yurp, Zaheen cuba untuk main sembunyi dan teka dengan papanya itu.

"Cuba papa teka Yeen lukis apa?" Zaheen sudah mulakan permainannya.

Zaharil mengeluh kecil. Sudahlah pukul 11 nanti, dia ada meeting dengan Tan Sri Mukim.. Tapi.. wajah Zaheen dipandangnya dengan penuh rasa kasih sayang. Yurp, dia tidak mahu lihat wajah kecil milik Zaheen menangis kecewa lagi kerana dirinya. Zaharil taknak lihat itu.

"Yeen lukis singa?"Zaharil mulai masuk dalam permainan keanak-anakan Zaheen.

Terus Zaheen menggelengkan kepala. "Papa cuba lagi sampai papa betul." ujar Zaheen masih mahu meneruskan permainan teka teki itu.

"Bomba?"
Gelengan sebagai jawapan.

"Kek Birthday?"
Gelengan lagi daripada kepala comel Zaheen.

Akhirnya, Zaharil angkat bendera putih. Dia kalah. Wajah Zaheen dipandang nya dengan wajah acah-acah sedih minta kaki.
"Okay, papa fade up. Now tell me.. what it is?" soal Zaharil mahu tahu.

Bibir Zaheen melukiskan senyuman. Dia tidak lagi meneruskan permainan teka-tekinya. Perlahan-lahan dia tunjuk kan lukisan itu pada Zaharil.

Tangan Zaharil terus mencapai lukisan anak tunggalnya itu. Terdapat tiga orang manusia; 2 lelaki dan 1 perempuan. Zaharil sudah berkerut dahi.

"Gambar siapa ni, Yeen?"

Zaheen menarik kertas itu dari tangan Zaharil. Tubuh kecilnya disadar pada bahu sasa milik papanya itu lalu dia pegang lukisan itu agar dapat dilihat oleh Zaharil. Zaharil yang ketika itu juga diserba rasa ingin tahu terus memamndang ke arah lukisan yang dipegang Zaheen itu.

"Ini papa, ini Yeen dan ini.. kak Aqishah." spontan bicara Zaheen terhambur sambil satu-persatu watak dalam lukisan itu diperkenalkan pada Zaharil.

Tergamam juga Zaharil bila Zaheen kata begitu. Tak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa Zaheen akan berfikir sejauh itu.

"Aqishah.." nama itu diserunya dan tanpa sedar senyuman terbit di birai bibirnya.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now