Drama bersiri 'Hello, Mr. Simple' yang bertayang di kaca televisyen langsung aku tak menarik minatku untuk melihatnya. Entah kenapa, fikiran aku asyik melayang memikirkan perkara yang sampai sekarang aku tak dapat terima dengan akal yang waras. Yurp!
Aku yakin lukisan yang tergantung dalam rumah Zaharil itu adalah lukisan milik aku yang sah. Itu adalah satu-satunya lukisan yang aku lukis hasil permintaan orang dan ianya juga merupa kan lukisan aku yang hanya seorang sahaja mampu miliki. Dan.. sampai sekarang, aku masih ingat lagi siapa pemiliknya, Cik Diandra.
Kalau betul lukisan itu adalah lukisan aku, macam mana lukisan itu boleh ada dalam rumah Zaharil? Mungkin ke lelaki itu membeli lukisan tersebut daripada Diandra? Tapi.. aku tak rasa Diandra akan jual lukisan itu pada orang lain. Ya, dia sangat sukakan lukisan aku. Takkan mungkin dia akan tergamak untuk jual lukisan aku itu.
Aku sudah menarik nafas dalam. Entah kenapa, aku seperti diserbu rasa ingin tahu yang mendalam. Siapa saja yang tak rasa sangsi bila lukisan yang dibuatnya berada dalam tangan orang yang tak sepatutnya?
Mungkin ke Zaharil rompak lukisan itu? Pfft..
Terus aku tampar pipi aku berkali-kali. Andaian paling mengarut setakat ini! Ahaha.. muka Zaharil itu walaupun ada iras-iras muka perompak tapi, aku yakin dia tak ada niat nak mencuri ke merompak ke.. Dia kaya kot. Sekali dia bagi duit, dia boleh dapat apa saja yang dia mahu. Orang kayalah katakan?
Akhirnya aku mengeluh perlahan. Televisyen yang terpasang terus aku tutup. Kepalaku aku sandarkan pada kepala kerusi. Siling rumah aku tatap dengan seribu satu persoalan. Hati aku mengatakan bahawa Cik Diandra dan Zaharil itu ada kaitan.
Tak semena-mena mataku buntang. Terus kepalaku aku tegakkan lalu mataku pandang ke depan. Mungkin ke..mereka itu.. suami isteri?
Aku sudah ketap bibir. Terus aku bangun dari sofa lalu berlari anak memanjat tangga menuju ke bilikku. Ya, walaupun andaian aku ni gila tapi..aku rasa aku punya andaian ini tercukuplah bernasnya.
Tiba sahaja di dalam bilik, aku terus menyelongkar laci yang terletak di sebelah katilku. Fail peribadi milik Megat Naufal Zaharil aku keluarkan. Pada awalnya, aku rasa serba-serbi untuk mengetahui kenyataan yang sebenar namun.. bila fikir balik, misteri tentang lukisan itu aku perlu juga rungkaikan. Rasa serba-serbi itu terus aku tolak tepi.
Perlahan-lahan birai katilku aku duduki. Fail yang berada dalam tanganku aku letakkan di atas katil. Aku ketap bibir. Perasaanku tiba-tiba sahaja berdebar semacam. Dengan penuh berdebar nya, aku buka fail itu lalu segala dokumen yang berada dalam fail itu aku belek dengan teliti.
Nama: Megat Naufal Zaharil bin Megat Urhah Nudin.
Status: Duda
Bekas Isteri: Diandra Iris binti Dato' Ikhwan Nordin (Buta ketika usia 21 tahun)
Memiliki seorang anak lelaki bernama Megat Jabbar Zaheen bin Megat Naufal Zaharil, berumur 7 tahun dan bersekolah di SK Panglima Darius.Megat Naufal Zaharil adalah pemilik tunggal kepada syarikat Nirma Holdings. Salah satu syarikat maju yang menghasilkan badan automotif untuk kereta dan berada dalam senarai Top 5 syarikat paling berjaya di Malaysia.
Telan liur aku dibuatnya bila melihat nama penuh Diandra yang terpapar pada salah satu dokumen peribadi milik Zaharil. Huh? Bagaimana aku boleh tak perasan nama Diandra yang tertera dalam dokumen tersebut? Jadi, Zaharil dan Diandra merupakan suami isteri? Aku sudah ketap bibir.
Buku nota kecil milikku yang terletak di atas laci meja aku capai. Itulah buku catatan yang aku gunakan untuk simpan maklumat mengenai setiap lukisan yang telahpun aku lukis. Buku nota itu jugalah aku gunakan untuk menggambarkan perasaan aku. Senang cerita, semua yang ada kaitan dengan lukisan aku, aku akan catat dalam buku kecil itu.
Satu persatu helaian dalam buku itu aku selak sehinggalah akhirnya halaman mengenai lukisan yang ke-7 ku menyapa pandanganku. Tertera nama penuh Diandra pada halaman tersebut.
Nama: Diandra Iris binti Dato' Ikhwan Nordin.
Umur: 23 tahun. (Cik Dian buta ketika berumur 21 tahun kerana kemalangan)Ya, sekarang aku betul-betul tak sangka yang aku pernah berjumpa dengan isteri Zaharil suatu ketika dahulu. Huh!!!
Apakah itu semuanya hanya kebetulam atau ada petunjuk lain yang Allah mahu berikan pada aku?
...
"Zaharil, you tak rasa ke yang you patut cari pengasuh lain untuk Zaheen?" soalan Hana itu berjaya buatkan Zaharil kerut dahi.Terus mati seleranya mahu menikmati mee goreng seafood yang masih panas. Matanya terus beralih pada wajah Hana yang tampak rasa tak puas hatinya.
"Kenapa you kata macam itu?" soal Zaharil ingin tahu. Celah bibirnya disapu menggunakan tisu.
Hana ketap bibir. Dia sudah berpeluk tubuh memandang ke tempat lain. Jelas wajahnya yang kelihatan sangat sugul.
"I dapat baca yang pengasuh baru you ni bukannya baik sangat. I dapat baca dari gerak geri dia yang dia saja gunakan Zaheen untuk dapatkan you." ujar Hana.
Kata-kata Hana kali ini mengundang tawa kecil Zaharil. Hana sudah angkat kening bila mendapat respon sebegitu daripada Zaharil. Ada yang kelakar ke pada apa yang aku kata kan tadi? Huh!
Please, take it as a serious thing, Zaharil..
"Why you gelak? I tak buat lawak free, you know?!" gertak Hana sedikit geram.
Zaharil sudah memperlahankan tawa nya. Masih berbaki tapi tak semeriah tadi. Wajah Hana dipandangnya dengan perli.
"Well, sorry about that. You tak perlu beritahu pun I sudah tahu. I'm not interested to her because sampai bila-bila pun hati I takkan pernah berubah."di hujung ayat, nada Zaharil sedikit bertegas.
Hana sudah ketap bibir. Wajah Zaharil yang memainkan memek muka serious itu dipandangnya. Sakit juga hatinya bila mendengar kan pengakuan daripada Zaharil itu. Bukannya dia tak tahu siapa yang Zaharil katakan itu. Tidak lain dan tidak bukan.. pasti si Diandra itu.
Pfft.. dah mati pun masih nak menyusahkan aku. Kan bagus kalau dia mati bukan setakat jasad tetapi juga kenangan. Tak adalah orang yang akan ingat dia. Senang sikit aku nak dapatkan Zaharil, getus Hana hanya mampu dalam hati.
Untuk seketika, Hana berdiam. Milo ais yang tinggal separuh dihirupnya perlahan. Sengaja untuk sejukkan hati yang sedang membara marah ketika ini. Nope, dia kena jadi profesional. Jangan melenting.
"You tak pernah terfikir ke nak cari kan mama baru untuk Zaheen?" soal Hana sudah beralih topik.
"What do you mean dengan mama baru?" soalan berbalas soalan. Zaharil sudah berkerut dahi. Pelik pula soalan yang ditanya Hana malam ni.
Hana sekadar menarik senyum nipis. "You tak rasa ke yang Zaheen perlu kan seorang mama untuk besarkan dia? Well, budak-budak perlukan ibu dan ayah untuk membesar."
Zaharil menarik sengih sinis. Sekali lagi, kata-kata Hana berjaya mengundang rasa lucu dalam hatinya. Nampaknya, Hana layak masuk MaharajaLawak Mega di astro Warna.
"Buat apa perlukan mama, kalau I boleh berikan kedua-duanya." jawab Zaharil dalam nada mendatar.
"I know you mesti fikir yang kasih sayang yang you berikan itu cukup untuk Zaheen but, kasih seorang mama ni lebih terasa compare dengan kasih seorang ayah. There are different between it." tutur Hana seperti memujuk Zaharil.
Zaharil diam untuk seketika. Dalam diam, dia mengiakan bicara Hana. Selalu juga dia dengar Zaheen mengigau sambil menyebut-nyebut mama. Kasihan juga dia bila mengenangkan perkara itu tapi..
Zaharil masih tak sedia untuk menerima kehadiran seorang perempuan dalam hidupnya. Hatinya juga masih sayangkan Diandra. Man mungkin, dia dapat gantikan orang lain di tempat Diandra.
Akhirnya, satu keluhan berat dia lepaskan. Matanya redup memandang wajah Hana.
"I tak boleh nak gantikan Diandra. Hati I masih pada Diandra." pengakuan Zaharil itu berjaya buat kan api cemburu makin marak dalam jiwa Hana.
Tak guna kau, Diandra. Hidup menyusahkan orang, mati pun menyusahkan orang. Huh!
...
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...