"Encik Megat, encik Megat!!" terlaung-laung wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu menyeru namanya.
Zaharil yang ketika itu baru sahaja berura-ura mahu melangkah keluar dari rumah terus mematikan langkah. Wajahnya yang dingin melirik ke arah Mak Uda yang berlari namun perlahan mendekatinya.
"Kenapa Mak Uda?"soal Zaharil apabila wanita itu kini ada depan matanya. Keningnya sudah terangkat.
Wanita itu cuba mencari ruang untuk bernafas sejenak. Al-maklumlah, dia bukannya muda. Lima tahun lagi umurnya bakal mencecah 70 tahun. Jadi, kudrat sebagai seorang wanita tua itu menghadkan segala kekuatannya.
"Mak Uda dah ada pekerja baru yang dapat gantikan Mak Uda. Baru tadi dia call Mak Uda tanya pasal kerja sebagai pengasuh itu."beritahu Mak Uda dalam nada perlahan. Sesak dadanya masih belum hilang.
Zaharil tak semena-mena sudah ketap bibir. Wajah tua itu dipandangnya. Huh, satu keluhan terlepas di mulutnya.
Sudah hampir lima tahun Mak Uda bersama mereka anak beranak. Sejak umur Zaheen 2 tahun sampailah sekarang, hanya wanita itu sahaja yang boleh dia harapkan. Zaharil tak berani bagi tanggungjawab jaga anaknya itu kepada orang lain kerana dia takut perkara buruk bakal terjadi.
Sekarang ni, banyak kes yang melibatkan penderaan. Tak kisahlah anak orang ke anak sendiri, hampir kesemuanya menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar harian. Itulah yang Zaharil risaukan. Kalau Mak Uda yang jaga, tak ada lah dia risau sangat memandangkan wanita itu dulu pernah berkhidmat sebagai pembantu rumah di rumah mamanya suatu ketika dahulu. Kira, Mak Uda sudahpun dia anggap sebagai keluarga jugalah.
"Siapa dia?"
"Dia beritahu mak Uda yang nama dia Lauren Aqishah. Dia ada cakap yang dia pernah mengasuh anak juga sebelum ni. Mak Uda minta dia datang petang ni untuk temuduga. Encik Megat tak sibuk kan petang ni?" soal Mak Uda seperti mengharap.
Zaharil diam sejenak. Lama dia berfikir. Cadangnya, petang ini dia mahu berjumpa dengan Hana bincang fasal kes kematian Diandra tapi memandangkan Mak Uda dah tersasul fikir dia tak sibuk. Hmm.. terpaksalah Zaharil tolong Mak Uda.
Sebuah gelengan dia berikan. "Megat memang tak sibuk petang ni, Mak Uda. Pukul berapa dia nak jumpa?"soal Zaharil.
"Katanya pukul 3 petang ni. Dia cakap lagi cepat dapat kerja ni, lagi bagus. Bagi Mak Uda, dia semangat orangnya."
Zaharil sekadar menyungging sengih. "Siapa aje yang tak semangat nak cari duit, Mak Uda?" sempat pula dia hambur kata perli.
"Tak elok encik Megat kata macam itu. Mak Uda yakin yang dia boleh buat kerja sebagus Mak Uda mungkin lebih bagus lagi."
"Tengoklah macam mana. Tapi, bagi Megat.. Mak Uda still the best untuk jaga Zaheen." sempat dia memuji wanita di hadapannya itu.
Kalau boleh dia memang tak mahu lepaskan wanita itu pergi. MAk Uda, sudah dia anggap seperti ibunya yang kedua. Namun sayangnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Setelah hampir 20 tahun berkhidmat dengan keluarganya dan 5 tahun berkhidmat dengannya, akhirnya wanita itu buat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya semula.
Pada awalnya, Zaharil memang tak putus untuk bersetuju namun akhirnya dia akur. Dia tahu Mak Uda bukannya muda lagi. Wanita itu makin lama makin dimamah usia. Sepatutnya umur seperti sekarang ni, Mak Uda perlu duduk di rumah sahaja. Buat kerja yang ringan-ringan, tenangkan fikiran..tengok tv.
Tersenyum simpul Mak Uda dibuatnya. Wajah bersih Zaharil dipandangnya. "Ada ajelah encik Megat ni. Saya buat kerja apa yang patut. Encik Megat bayar saya, jadi saya buat kerja saya.." ujarnya dengan penuh disiplinnya.
Zaharil sekadar menganggukkan kepala. Susah nak jumpa wanita berusia yang pandai menyusun kata ni.
...
Rumah villa tiga tingkat itu aku pandang dengan mata terbeliak. Erk? Aku tak salah alamat kan? Aku belek kertas kecil aku semula. Yurp, alamat aku memang tak salah. Untuk seketika, aku hanya memerhati seni bina rumah itu dari luar. Teruja tengok rumah sebesar itu.
Nampaknya, Megat Naufal Zaharil ni memang sangat kaya orangnya. Aku pun duduk rumah banglo aje. Itupun still rasa tak bersyukur dengan apa yang ada. Itulah manusia, tak pernah nak puas dengan apa yang dah terhidang di depan mata.
"Cik, cik cari siapa?" tegur Pak guard yang sedari tadi perhatikan tindak tandukku.
Aku terus alihkan mataku ke arah Pak Guard tersebut. Sebingkis senyuman aku hadiahkan sebelum aku tunjukkan kertas kecil aku itu kepadanya. Dia turut sama melihat ke arah kertas itu.
"Betul ke ini alamat Megat Naufal Zaharil?"soalku cuba untuk memastikan.
Takut-takut tersalah rumah ke? Mau malu seumur hidup kalau masuk salah rumah.
Terus lelaki berbangsa melayu itu menganggukkan kepala. "Ya, inilah rumah dia. Erm.. cik ni ada kepentingan apa ya nak jumpa tuan saya?"
"Saya ada mohon kerja sebagai pengasuh kat sini. Mak Uda minta saya ke sini untuk temuduga." sopan sahaja aku susun ayat. Tak ternampak langsung perangai sebenar si Lauren Aqishah yang hati batu itu.
Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala. "Oh, Mak Uda ada beritahu saya tadi. Erm.. tak apalah. Cik masuk aje guna pintu kecil kat sebelah itu. Encik Megat ada kat dalam." pelawa nya sambil menuding ke arah pintu kecil yang terletak tidak jauh dari tempat kami berdiri.
Selesai sahaja mengucapkan terima kasih, aku terus menyusun langkah menuju ke arah pintu utama rumah tersebut. Sekali-sekala aku terpesona dengan dekorasi luar rumah tersebut. Ibarat rumah dalam taman sahaja. Di hadapan rumah itu terletak pancuran air yang besar manakala di sekitarnya tumbuh pokok-pokok rendang yang bagi aku sejuk mata memandang. Dan, aku juga ada perasan terdapat kolam ikan tidak jauh dari rumah tersebut. Hmm.. memang menyamankan untuk si otak serabut macam aku ni.
Tiba sahaja di muka pintu, loceng rumah aku tekan. Tiga kali aku tekan dan tak semena-mena pintu rumah tersebut terbuka. Terjongol kelibat seorang wanita yang berusia menyambut kedatanganku. Bibirnya yang menguntum senyum lebar, aku balas dengan senyuman lebar juga.
"Anak ni Lauren Aqishah ke? Yang call makcik pagi tadi?"soalnya mahukan kepastian.
Terus aku menganggukkan kepala. Tanpa aku sedar, senyumanku makin melebar panjang. Entah kenapa, perasaan aku jadi berdebar semacam. Lagak macam jumpa jodoh pula. Ahakks..
"Ya, saya Lauren Aqishah. Makcik ni mesti Mak Uda kan?" soalku acah-acah tak tahu.
Wanita itu mengiakan tebakan ku. Dia terus membuka pintu luas. "Cik Aqishah silakan masuk. Encik Megat sedang menunggu di dalam. Silakan.."ramah dan tiptop pelawaannya itu. Aku pun turut sama memuji cara wanita itu dalam hati.
Aku menurutinya ke ruang tamu. Yup, apa yang aku bayangkan memang betul . Dekorasi luar pun cantik, dekorasi dalam rumah pun cantik. Aku masuk dalam istana ke apa sekarang ni? Sudahlah besar, barang pun nampak mahal belaka. Tv pun ada dua buah kat ruang tamu. Ya Allah, kayanya mamat ni?!
Aku dibawa menuju ke sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari ruang tamu. Tak semena-mena aku telan liur. Entah kenapa, makin hebat pula jantungku berdebar ketika ini. Hmm... kenapa aku boleh rasa sampai macam ni sekali?
"Masuk!" arah suara garau tersebut dari dalam.
Mak Uda meminta aku untuk duduk di luar buat seketika. Aku patuh pada perintahnya itu. Wanita itu terus memasuki ruang tersebut. Lama juga aku menunggu di luar sehinggalah kelibat Mak Uda keluar semula dari ruang tersebut.
Bibir wanita itu menguntum senyum memandangku. "Mak Uda doakan cik Aqishah berjaya. Encik Megat itu baik orangnya, kamu jangan risau." sempat dia hulurkan kata semangat untuk aku.
Telan liur aku dibuatnya. Depan Mak Uda memang dia nampak baik tapi belakang Mak Uda, dia dingin sangat. Takut saya tau..
Perlahan-lahan dedaun pintu aku tolak lalu aku mengatur langkah kemas memasuki pejabatnya. Wajahku aku tundukkan memandang lantai.
"Cik Aqishah?"serunya dari meja kerja.
Aku sekadar menganggukkan kepala. "Ya, saya.."
"Silakan duduk."
...
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...