BAB 58

34.2K 1.3K 37
                                    

Surat yang aku jumpa di sebalik lukisan pagi tadi masih aku genggam erat. Sudah hampir sepuluh kali, isi surat itu aku baca. Entah kenapa, setiap kali aku baca surat itu, air mataku mengalir deras. Aku faham apa yang Diandra rasa ketika itu. Dikhianati oleh sahabat sendiri memang sakit.

'Kepada: Megat Naufal Zaharil.
Daripada: Diandra.

Assalamualaikum abang, saya harap kalau boleh abang takkan pernah jumpa surat ini. Saya tak tahu nak luahkan semua ini pada siapa dan akhirnya saya pendam sendiri. Saya takut bila saya cerita perkara ini pada abang, abang akan marah Hana dan mungkin.. abang akan bawa dia masuk ke penjara.

Walaupun nanti abang baca surat ini, saya harap abang takkan buat semua itu. Please, saya merayu.. Saya taknak abang buat semua itu pada Hana bila tahu apa yang jadi pada saya dan dia. Mungkin, dalam hal ini saya seorang pesalah pada Hana. Bagi dia, saya juga seorang perampas.

Saya faham apa yang dia rasa bila tahu yang saya bercinta dengan abang bila abang putus dengan dia beberapa tahun dahulu. Waktu itu, Hana jauhkan diri dia daripada saya. Perkara itu betul-betul buat saya rasa dalam dilemma. Saya taknak kehilangan Hana dan dalam pada masa yang sama.. saya juga taknak kehilangan abang. Beberapa kali saya cuba untuk buat abang bencikan saya tapi abang tak boleh, abang masih pertahankan saya.. abang masih inginkan saya.. dan, itu buat saya rasa terharu.

Sebelum kita kahwin, Hana datang jumpa saya. Dia katakan yang dia dah tak marah pada saya. Dia kata.. dia terima takdir itu dengan hati yang terbuka. Sebab saya terlalu gembira untuk tahu semua itu, saya percayakan dia. Hari-hari yang saya rasakan bila bersama dia sangat membahagiakan. Kami keluar tengok wayang, jalan-jalam sambil buka cerita waktu sekolah rendah. Bila ingat kan itu, saya rasa sebak tiba-tiba..

Sampailah satu hari itu, saya sedar saya buta. Orang pertama yang menjenguk saya pagi itu adalah dia.. Hana. Saya gembira dan dalam masa yang sama.. saya terkejut kerana dia beritahu saya yang dia ke luar negara semasa saya kemalangan waktu itu. Namun, saya usir rasa sangsi saya itu jauh-jauh.

Bila dia beritahu saya yang dia adalah punca di sebalik kemalangan itu. Saya rasa sedih, saya rasa terkejut tapi.. saya tak rasa marah. Yurp, betul apa yang Hana kata.. Saya patut terima balasan yang setimpal dengan perbuatan saya. Sekarang saya buta, mungkin abang patut dapatkan perempuan yang lebih baik daripada saya. Yang sempurna, yang dapat urus kan abang dengan baik.. bukannya menyusahkan abang kerana kecacatan nya.

Yang Ikhlas, Diandra..

Surat itu kembali aku lipat lalu aku selit kan di sebalik dokumen berkaitan Diandra. Makin lama, cerita silam Diandra mulai terbongkar. Aku tak sangka Hana sanggup buat semua itu demi mendapatkan sebuah cinta Zaharil. Sanggup korbankan persahabatan semata-mata untuk cinta. Huh, selfish!

Tak semena-mena aku teringat kan perbualan Hana yang semalam. Rakaman itu aku masih simpan kemas dalam memori telefon ku. Yurp, itu adalah bukti penting untuk aku masukkan Hana ke dalam lokap tapi bukti itu tak berapa nak cukup. Aku perlukan seseorang untuk sabit kan hukuman yang berat pada Hana.

"Aizad.." seruku perlahan bila nama itu menyergah fikiranku.

Itulah nama yang Hana sebut semalam. Nama lelaki yang aku boleh jadikan saksi dalam kes kematian Diandra ni. Tapi, mana aku nak cari Aizad? Kalau aku suruh Wani cari pun tak ada guna, maklumat tentang lelaki itu pun aku tak ada.

Telefon bimbitku tak semena-mena berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp yang masuk. Segera aku capai telefon pintarku.

Bibirku terus menguntum senyum tatkala mendapat pesanan daripada dia.. Zaharil. Ini adalah kali pertama aku dapat whatsapp dari dia. Terkejut lah juga aku dibuatnya tapi memandangkan ini detik manis, jadi aku tak nak terkejut sangat.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now