BAB 54

33.5K 1.4K 61
                                    

Kotak merah kecil yang terletak elok di atas meja soleknya dicapai lalu ditilik untuk seketika. Satu senyuman terukir di birai bibir merah milik Zaharil. Ya, senyuman yang menggambarkan betapa gusarnya dia untuk menanti apa yang jadi lepas ni.

Mungkin ini agaknya jalan yang Tuhan telah tetapkan untuk dirinya. Mungkin juga ini adalah jalan yang terbaik untuk kehidupan seharian Zaheen yang seterusnya. Tak semena-mena, Zaharil memegang dadanya yang sedari tadi tak henti- henti berkobar.

Betul ke apa yang dia buat sekarang ni? Dengan mencari pengganti Diandra setelah hampir tujuh tahun dia menduda?

"Kenapa Encik Megat datang sini awal pagi? Ada benda penting yang Encik Megat nak bincangkan ke?" soal Encik Jaafar.

Hairan juga dia melihat Zaharil datang ke rumahnya. Selalunya, kalau berkaitan hal busineess, Zaharil lebih suka memilih tempat yang lebih privasi misalnya dalam pejabatnya. Zaharil kan penasihat business nya yang professional. Walaupun usia Zaharil lebih muda daripada dia, namun Encik Jaafar lebih menghormati lelaki itu kerana cekap dan mahir dalam selok belok perniagaan.

Sebab itu, Encik Jaafar mahu anak-anak gadisnya jadi seperti Zaharil. Belajar business, bila sudah graduate.. bolehlah anak-anaknya itu dapat memberi idea-idea bernas untuk mengembangkan syarikatnya namun.. Tuhan berkehendakkan yang lain.

Zaharil ketap bibir. Dari riak wajahnya menunjukkan dia masih ragu-ragu untuk meneruskan bicaranya. Wajah Encik Jaafar yang penuh menanti buatkan dia jadi serba tak kena.

Akhirnya, satu keluhan dia lepaskan. Ya, dia tak boleh pendam lagi. Kena terus luahkan apa yang tersimpan dalam hatinya.

"Memang saya ada benda penting pun nak bercakap dengan Encik Jaafar tentang.. erm.. Aqish.." di hujung ayat nadanya sedikit kendur.

Terus hilang sifat cool yang dibelanya selama ini. Apa yang dilihat kini adalah seorang Zaharil yang segan dan gelisah untuk ungkapkan apa yang tersirat dalam hatinya.

Dahi Encik Jaafar sudah berkerut seribu. "Kenapa dengan Aqish, Encik Megat? Dia ada buat masalah dengan Encik Megat ke?" soal Encik Jaafar sudah menduga.

Terus Zaharil menggelengkan kepala. Sekali lagi dia ragu. Tolonglah keberanian, menjelma lah!!!.. Zaharil sudah mulai resah. Sebelum ini, dia okey aje bila dengan Diandra takkan lah yang kedua tiba-tiba dia resah macam ni?

"Habis itu, apa dia Encik Megat?"

"Saya rasa... saya nak ambil Aqish jadi..huh.. saya nak ambil dia jadi isteri saya. Erm.. boleh ke Encik Jaafar?" soal Zaharil dalam nada yang sukar ditafsir. Cuak, malu, gelisah, resah.. semuanya bergumpal menjadi Zaharil yang sekarang ini.

Tergamam Encik Jaafar mendengar niat Zaharil. Matanya buntang, lidah nya kelu. Tak sangka, dia akan dapat Zaharil sebagai menantunya. Lagi pelik bila Encik Megat yang berhati dingin akhirnya memilih untuk mengambil anak daranya sebagai isteri.

"Saya tak salah dengar kan, Encik Megat? Tadi, encik kata encik nak.." belum sempat Encik Jaafar menghabis kan bicaranya, Zaharil terus menganggukkan kepala.

"Saya memang.. nak melamar dia jadi isteri saya. Kalau Encik Jaafar setuju, saya akan lamar dia malam ni." kali ini Zaharil sedikit bertegas. Supaya dapat cover rasa berdebarnya ketika ini.

Encik Jaafar sudah menggaru dagu. Kalau bab hati dan perasaan ni, dia sudah tidak mahu masuk campur lagi. Selepas kes berkaitan Haris beberapa minggu yang lalu, Encik Jaafar sudah janji pada diri tidak mahu terlibat berkaitan pasangan hidup anak-anak gadisnya itu.

"Kalau pihak saya, memang saya berbesar hati untuk terima Encik Megat dalam keluarga saya tapi.. bagi pihak Aqish, hmm.. itu Encik Megat kena cakap dengan dia sendiri." ujar Encik Jaafar dengan tenang.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now