BAB 57

34.3K 1.4K 38
                                    

'Tuk! Tuk! Tuk!'

Dengan sekali ketuk, pintu rumah milik Zaharil terbuka. Aku fikirkan Zaheen yang buka jadi aku berikan senyuman yang sangat lebar. Namun senyumanku pudar tatkala melihat wajah si bapak Zaheen yang tercongol. Dia sudah angkat kening melihat aku.

"Apsal datang?" spontan dia tanya kan soalan itu pada aku.

Aku pula sudah berkerut dahi. Aik? Tadi Engku Dahlia kata Zaharil pergi kerja, apsal tiba-tiba pula dia ada dalam rumah ni. Tubuh sasanya aku belek atas bawah. Tiada tanda-tanda yang dia akan pergi ke pejabat.

Zaharil yang perasan akan pandangan liar aku terus berdehem kecil. Rasa tak selesanya cuba ditepis sejauh yang mungkin. Wajah aku dipandangnya pelik.

"Aku tanya tadikan? Kenapa.. kau datang sini?" soal Zaharil masih bernada mendatar.

Aku ketap bibir. Wajah bersih nya aku pandang. Hmm.. tak sangka mamat tu tunang aku sekarang. Sesekali, jarinya yang tersarung cincin pertunangan juga aku kerling.

Yurp, semalam bukan aku seorang aje yang pakai cincin.. aku pun turut sama pasangkan cincin ke jari manis milik Zaharil. Cincin itu masih tersarung pada jarinya. Tak semena-mena senyumanku terukir tanpa aku sedar.

"And now, kenapa kau senyum?" soal Zaharil sudah bernada hairan. Dahinya berkerut.

Terus aku tersedar dari lamunanku. Wajahnya aku pandang kembali. "Saya senyum pun salah ke?" soalku dalam nada hairan.

Zaharil diam untuk seketika sebelum akhirnya mata dialih ke tempat lain. "Pelik kalau tiba-tiba kau senyum macam itu. Orang lain akan fikir kau ni tak waras." spontan ayat kejam nya itu dibagi.

"Abang aje yang fikir macam itu. Orang lain tak.." balasku cuba menegakkan keadilan untuk diri sendiri. Kalau tiap hari kena perli, sekali sekala aku kena balas juga kan?

Akhirnya Zaharil mengeluh perlahan. "Whatever. Erm.. kenapa kau datang sini?" soal Zaharil cuba mengalih ke topik asal.

"Mama cakap abang tak ada kat rumah sebab itu saya datang. Erm.. saya tak sangka pula mama kelentong saya." di hujung ayat aku perlahankan nada suara ku.

Pfft.. kenapa Engku Dahlia buat aku macam ni? Hmm.. mungkin dia nak cuba rapatkan aku dengan Zaharil? Atau.. memang secara sengaja nak kenakan aku?! Aku sudah diam sendiri.

Zaharil di hadapan ku sudah berdiam diri. Tanpa sedar matanya ralit memandang wajahku yang sedang acah-acah berfikir itu. Tak semena- mena terbit sebingkis senyuman di birai bibirnya lalu dia tundukkan pandangannya.

"Now, kau nak buat apa kalau aku ada kat sini?" soal Zaharil menghilangkan keheningan yang membelengu kami berdua.

Terus pandanganku aku kalihkan pada Zaharil. "Kalau macam itu, saya baliklah."balasku. Serentak itu, aku sudah mula berura-ura mahu pergi namun belum sempat aku menjauh, tak semena-mena namaku diseru dari belakang.

Suara garau Zaharil menyapa halwa telingaku menyebabkan langkahku mati. Terus wajahnya aku pandang. "Kenapa abang panggil saya?" soal ku sambil mengangkat kening.

"Sebelum kau pergi, tolong masak kan aku breakfast. Lepas itu, masak makanan tengah hari untuk Yeen lepas dia balik sekolah nanti." arah Zaharil dan terus berlalu meninggal kan aku dalam keadaan terpinga- pinga.

Satu keluhan aku lepaskan. Mataku sedikit bundar. Tolonglah jangan dingin lagi pada aku, Zaharil.
...
Hampir setengah jam aku bertungkus lumus di dapur menyiapkan tugasku memasakkam sarapan pagi untuk Zaharil. Hari ini menu masakan aku agak simple. Hanya Mee goreng pattaya seafood. Bau haruman mee goreng aku sudah mulai mengisi ruang dapur. Dari bau pun tahu, ia menyelerakan.

Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)Where stories live. Discover now