Zaheen yang sedang terbaring lena di atas katil diperhatikan oleh Zaharil . Satu keluhan lemah dia lepaskan sebelum akhirnya Zaharil mengucup lembut dahi anak kecilnya itu.
Semenjak, dia pecat Aqishah, Zaheen tak henti-henti buat mogok. Bagi makan, Zaheen tak nak.. Suruh pergi sekolah, Zaheen tak malu. Malah Zaheen akan selalu merayu supaya Aqishah menjaga dia semula. Zaharil sudah buntu untuk pujuk anak tunggalnya itu.
Zaharil menarik nafas dalam. Tak semena-mena jasad Zaheen ditinggalkan. Dia mahu anaknya itu berehat secukupnya. Hatinya jadi resah kalau Zaheen sakit atau apa. Zaheen satu-satunya permata yang dia ada sekarang ni dan dia perlu jaga sebaik mungkin.
Selesai sahaja menutup pintu, Zaharil terus berjalan menuruni tangga. Tekak yang terasa kering membuatkan langkahnya di arah ke dapur.
"Megat..mama nak cakap something dengan kamu." sapaan Engku Dahlia di ruang tamu buatkan langkah Zaharil mati.
Terus dia menoleh ke arah mama nya itu. Entah sejak bila wanita itu ada kat situ pun dia tak tahu. Mahu tak mahu, Zaharil terpaksa akur. Tubuhnya dibawa menuju ke arah mama kandungnya itu.
"Ada apa, ma?" soal Zaharil seperti tidak mahu berlengah.
"Kamu duduk dulu." arah wanita itu dalam nada sedikit tegas.
Kerana tidak mahu memperpanjang kan masalah, Zaharil akhirnya akur. Sofa panjang itu didudukinya lalu wajah bersih mamanya itu dipandang untuk menanti bicara yang seterusnya.
"Yeen dah tidur ke?" soal Engku Dahlia sebagai pembuka bicara. Matanya memandang mata hazel milik Zaharil.
Zaharil sekadar menganggukkan kepala. "Dah." balasnya pendek.
Engku Dahlia diam seketika sebelum akhirnya satu keluhan berat dia lepaskan. Wajah Zaharil dipandang nya.
"Mama tak pernah nampak Zaheen macam itu. Nampaknya, dia betul-betul sayangkan Aqish tu. Kamu tak rasa bersalah ke buat Zaheen macam itu?" Engku Dahlia memula kan rentaknya.
Zaharil mengeluh perlahan. Yurp, dia sudah dapat agak apa topik hangat yang bakal dibincangkan dengan mamanya itu. Zaharil memandang mamanya.
"Megat buat semua itu untuk kepentingan Zaheen juga, ma. Megat taknak dia terlalu rapat dengan orang yang dia tak kenal sangat lagipun.. hmm, Aqish itu bukannya sesiapa dia." ujar Zaharil. Di hujung ayat, dia perlahankan suaranya.
Masih teringat jelas di fikirannya, Aqishah menangis. Ketika itu, Zaharil rasakan perasaan yang pelik. Entah kenapa, berat hatinya untuk lepas kan Aqishah namun kerana ego nya, Zaharil menidakkan itu. Yurp, dia anggap itu hanya kerana belas kasihan sahaja.
"Yang fasal business abahnya itu, kamu yakin ke Aqish buat semua ini sebab nak tolong business abah dia? Kamu yakin yang dia buat semua ini kerana niat buruk?" makin personal pula soalan yang dihamburkan oleh Engku Dahlia.
Kali ini, Zaharil menundukkan pandangannya ke bawah. Yurp, dia cuma tuduh tapi tak pernah terlintas dalam fikiran Zaharil yang Aqishah tergamak buat macam itu. Dia boleh nampak betapa ikhlasnya Aqishah sayangkan Zaheen. Ibarat kasih seorang ibu pada anaknya.
Satu keluhan berat Zaharil lepaskan. "Megat tahu dia tak buat semua itu." akhirnya Zaharil menjawab guna kata hatinya.
Engku Dahlia menarik senyum nipis. "Kamu sebenarnya dah mula ada perasaan pada Aqish kan, Megat? Betul tak?" soalan Engku Dahlia buatkan Zaharil tersentak.
Terus lelaki itu mengangkat matanya memandang mamanya itu. Terkejut juga dia bila dapat soalan cipumas itu. Dadanya juga turut berkobar bila soalan itu mulai menerjah.
"Kenapa mama boleh terfikir sampai ke situ? Pfft.. merepeklah, ma." Zaheen sudah mulai berdalih. Duduk nya juga kelihatan tak selesa.
Makin meleret senyuman Engku Dahlia bila lihat Zaharil sudah mulai gelabah semacam. Yurp, dia lahir kan Zaharil, besarkan Zaharil.. takkan lah dia tak tahu perasaan anak sendiri kan?
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...