"So, how's your firstday as a maid?" soal Wani seperti memerliku.
Aku yang selesai membelit rambutku dengan tuala terus menuju ke beranda rumah teres yang aku sewa. Memandangkan rumah sewa itu dekat dengan rumah si Encik Megat itu maka ia akan menjimatkan kos minyak kereta aku dan senang untuk aku bergerak tanpa menempuhi jame yang akan buat serabut kepala.
Aku duduk bersila di atas kusyen lembut yang tersedia di beranda. Aku mengeluh perlahan sambil mataku aku pusingkan dengan rasa menyampah. Geram bila si Wani ni sibuk sangat nak perli aku.
"Bukan maid okay. Pe.. nga.. suh!"sengaja aku sebut satu-satu suku kata supaya si Wani itu faham.
Ke dia tak tahu beza pengasuh dengan maid?
Aku dengar tawa mengekek Wani di hujung talian. Tak guna punya kawan, dia gelakkan aku?!
"Fine. Pengasuh. Hmm.. how's your first day? Okay tak?"
"Macam itulah." aku malas nak bahas panjang.
"Macam itu macam mana?"aih, si Wani ni. Beria sangat nak tahu hari pertama aku bekerja ni kenapa?
Takkanlah aku nak cerita kat Wani yang aku sudah kena perli kaw-kaw dengan si duda hati dingin itu? Gila! Mati aku kena gelak dengan si perempuan senget akal ini. Cukuplah aku kena bahan tadi.. takkanlah nak kena bahan sekali lagi kan?
"Okay."sepatah aku balas.
"Tipu."sepatahjugalah si Wani mengagak.Nampaknya Wani nak main tarik tali dengan aku ni. Well, i'm good in debate but not good in 'tarik-tarik tali' ni. Ending mesti aku akan kalah. Percayalah..
"Betullah aku okay. Kau ni.. nak tahu sangat ni kenapa?"aku sudah berang bila Wani bersungguh mahu tahu apa yang jadi pada aku hari ini.
"Dari suara kau pun aku dapat agak, yang first day ko bekerja ni tak berapa nak cantik. Betul kan?" duga Wani sudah mengacah-acah aku.
"Eleh, kau agak aje kan?"
"Nak kelentong aku ke, cik Ren? Aku ni kawan dengan kau sejak sekolah rendah lagi. Kau tipu ke, kau sedih ke.. semuanya aku dapat baca tau." ujar Wani mengukuhkan penjelasan nya.
Aku mencebik. Pfft.. si Wani ni. Acah-acah kenal aku luar dalam pula. Tapi.. betullah. Semua orang aku boleh tipu termasuklah ibu dan abah aku tapi dengan Wani.. aku tak boleh nak kelentong.
Jangan harap yang rahsia dari aku akan menjadi rahsia untuk dia. Akhir nya, dia akan dapat juga hidu rahsia aku ni. Hmm..BFF lah katakan.
Aku diam seketika. Keputusan ku masih aku pertimbangkan sama ada buka mulut fasal kes hari ni atau pendam saja. Akhirnya satu keluhan aku lepaskan.
"Fine, aku cerita tapi.. kau janji takkan gelak. Promise me." aku sudah mahu ikat janji.
"Okay, I will. Hmm.. now story." terdesak betul minah ni nak tahu fasal cerita aku. Mak cik Bawang.
Aku menarik nafas dalam. Even tak ready, terpaksa juga buka mulut. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata, pfft.. padan muka.
"This day is my baddest day ever. Lelaki itu mulut dia memang mulut longkang nak mati. Ada ke patut dia panggil aku ni badut? Weiyh, perempuan mana yang tak sakit hati bila diejek macam itu? Belum pernah lagi tau orang panggil aku badut. Kebanyakannya puji aku lawa, cantik, gorgeous.. and this day, aku dihina macam itu. Huh!!! Dia itu memang tak ada hati perut. Aku benci dia. Benci mulut dia yang serupa taik itu. Ergghhhhhh!!!" apa yang terpendam dalam hati aku lepaskan. Geram!
"Wait, siapa dia yang kau maksud kan ni?"
"Si Megat Naufal Zaharil itu." nama penuhnya aku sebut. Sudah terbiasa di lidah.
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Losowe@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...